Bangun

5 1 0
                                    

Bangun
“duduk terjelepok berterusan juga tidak akan mampu membuat kau bahagia. Bangunlah cipta bahagiamu sendiri. Aku tak betah melihat aku terusan jatuh” pesan Melati buat Melati

Bangun
“sampai bila kau nak mati?”

Melati mula merangkak bangun daripada kesedihan yang membunuh. Dia cuba untuk kuatkan kaki untuk berdiri walau pada awalnya agak payah untuk menapak.

Iya terlalu payah. Bangun saja dari pembaringan dia terus jatuh terdebuk ke lantai. Kakinya mati dibunuh cinta.
Melur, kawan Melati sentiasa ada untuk terus sama pimpin Melati bangun. Melati tidak bisa sendirian kerana sendirian itu akan membunuhnya kembali.

Melur tanpa jemu mendengar setiap keluh kesah Melati. Melur merupakan manusia yang paling rapat dengan Melati kini, hatta cerita yang dia sembunyikan daripada darah dagingnya sendiri mengenai perasaan itu juga diluahkan setiap satunya pada Melur.
Alhamdulillah, Melur sentiasa ada untuk menasihati Melati.

Apa-apa pun Melati sudah mula makan, walaupun hanya sesuap dua. Itu sudah cukup membuat perutnya menjerit keriangan, dia sudah terlalu lama menyeksa perutnya. Hampir sebulan hanya bertemankan air masak dan sekeping roti sehari, itu benar benar tidak cukup untuk sebatang tubuh manusia yang seusia Melati. Iya, Melati zalim akan dirinya saat itu.

Sejadah itu masih tak lekang dengan Melati, disujudkan dahi ke lantai untuk kumpul kekuatan, memohon tuhan beri dia kuat untuk bangkit senyum dan mulakan hidup baru. Melati jeritkan dalam hatinya, namun yang terzahir cuma titisan air mata dengan esakan tangis yang penuh senduan. Terasa sakitnya.

“Tuhan, kau beri aku kuat, aku ingin senyum dan bahagia. Aku ingin hidup, aku ingin, terlalu ingin.”Begitulah doa Melati saban hari.
Bantal yang dipeluk selalu juga kian kering dengan air mata saat hatinya mati.

Melati sememangnya ingin hidup. Namun iya terlalu payah.
“dan aku masih lagi lebur. Teringat kau yang entah jauh mana dah pergi.
Eh, pelik lah, macam mana rindu ni tak reti berhenti”

Setiap manusia ada ceritanya sendiri , ada cara untuk kembali membibitkan senyum , kembali menjadi kuat dan bersemangat. Lama, iya lama. Setiap manusia tidak sama. Ada yang Cuma memerlukan sesaat dua, sehari dua, sebulan dua dan untuk Melati mungkin lebih lama daripada itu, entah tidak terjangkakan.

Untuk Melati, dia hanya mahu kembali lupa yang dia sebenarnya pernah terjebak dengan segala masalah yang yang dia sedang alami. Bukan cuba berlari daripada masalah Cuma dia sekadar mencari ruang untuk jiwanya bernafas dengan tenang.

Memang itu yang sangat Melati harapkan. Melati kian mati sebenarnya, tetapi ada suara kecil dalam hatinya yang memaksa dia untuk terus hidup. “terima kasih suara kecil”.

Melati : Movenpick Hotel Sepang : 3:00pagi
Jatuh lah tiarap mana pun,
Kalau tuhan kata bangkit,
Susah mana pun kau akan tetap bangkit,
Sebab kita hamba.

Kita tak urus jatuh bangun waktu bila,
Kita ikut apa tuhan susun,
jangan jadi bodoh,
Tuhan dah bagi jalan,
tapi kau masih mahu berpaling.

Hati tu jangan gelap sangat,
Tuhan ada nak bagi cahaya,
Cari DIA,
DIA ada jawapan

Dengan syarat kau sabar dan jangan angkuh dengan DIA.

Melati masih mengimbau setiap satu kenangan bersama Tuah. Masih dia rindukan dalam diam, masih dia sengaja menghiris batinnya sendiri. Iya, Melati masih mahu Tuah.

Acapkali Melati teringat satu demi satu kenangan bersama Tuah lebih-lebih lagi saat melewati tempat tempat yang mereka lawati yang Cuma dalam sehari itu. Melati memang agak bodoh dipermainkan cinta yang menggila.
Iya. Hanya dia seorang yang merasakan cinta namun pada Tuah tidak. Tuah sekadar sebatang tubuh manusia yang menghadiahkan harapan setinggi langit dan menarik talinya dengan rentapan yang ganas saat Melati sudah hampir menggapainya.

Tuah hanya pandai memberi harapan dan membunuhnya. Manusia itu mati bukan kerana cinta tetapi kerana pengharapan. Tuah datang dengan harapan lalu hilang begitu sahaja. Sekejap. Iya Cuma sekilas tiupan angin yang bayu yang sejuk mendamaikan tetapi membuat batang tubuh mencengkam temulang.

Melati sebaris nama yang sedang hancur oleh harapan Tuah adalah sebagaimana hancurnya harapan Zainudin oleh Hayati dalam novel nukilan Hamka (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck).
Melati keluar dari bilik yang kelam mencari sedikit cahaya. Dia masih lagi belum mampu senyum tapi sudah mampu berhenti menitiskan air mata.

A big achievement for her so far.

Dia sarung baju T lengan panjang, seluar zumba kegemaran, sehelai tudung bawal. Kemudian keluar mencari kasut sukan di dalam rak kasut yang sudah lama tidak terusik. Mana tidaknya, Melati asyik melayan perasaan menangis tanpa jeda, kasut itu semakin hari semakin dilupakan.

Jam di tangan kiri Melati menunjukkan pukul 5:00 petang, Melati melangkah keluar dari rumahnya, mencari tenang keseorangan. Dia ingin sekali letih supaya malam ini dia mampu untuk lena dalam tidurnya. Sudah saban hari tidurnya terganggu. Lebam di bawah mata Melati dan bengkak matanya itu jelas menunjukkan dia sebenarnya sedang menderita. Sejak Tuah tiada untuk mengucapkan selamat malam, Melati sukar untuk tidur. Adakalanya dia tidak tidur pun sehingga langit cerah. Dia memang dirasuk oleh rasanya.

Dulu, saat Tuah hidup dalam dunia Melati 10:00 malam itu sudah cukup lewat baginya. Saat itu Tuah sudah ucap selamat malam, atau kadang-kala Melati ucap dulu.

Jika yang mula mengucapkan selamat malam itu Melati, biasanya Tuah akan tulis begini “awak tidurlah dulu, saya masih kerja ni. Baik-baik ye”.Melati balas “jangan tidur lewat ye, bangun esok pagi tolong kejut saya” Kemudiannya, Melati akan senyum, pejam mata, baca doa dan terus lena. Dia seorang yang jarang bermimpi, maka tidurnya tenang. Tidur dalam senyuman yang mengasyikkan.

Melati berlari atau dengan bahasa mudah fahamnya jogging selama 90 minit , seorang tanpa teman. Sedikit rasa takut sebenarnya memandangkan dunia sekarang sudah semakin kejam. Namu, dia gagahkan juga kerana Melati mencari ruang untuk menenangkan jiwanya yang berkecamuk.

Melati lari sampai dia lemah, sampai dia terduduk letih. Sampai dia tak mampu teruskan larian. Melati menangis semahunya. Jantungnya berdegup kencang, terasa sakit yang dalam. Melati keliru sakit itu adalah sakit kerana larian ataupun sakit kerana perasaan. dia sendiri juga tidak mampu membezakan.
Lama Melati diam atas rumput itu, biarlah orang nak kata apa sekalipun. Melati tetap di situ. Menitiskan air mata sehingga langit yang biru bertukar keemasan. Dia bangun, mengheret kakinya, memaksa setiap langkah menuju rumah sambil seka air mata yang turun dengan lebatnya.
Melati malu, dia tidak mahu keluarganya tahu yang dia masih menangis. Melati tahu andai keluarganya tahu nampak benar bodohnya dia, menangisi Tuah. Langsung tiada rasa kasihan daripada mereka buat manusia bernama Melati.

Melati masih mencari sinar dalam kegelapan zulmat yang begitu hitam, Melati masih cuba keluar daripada rasa yang dia sendiri tidak faham. Satu rasa mahu dan tidak mahu yang berlumba, rasa sedih dan kecewa serta marah juga tidak berhenti berlumba untuk memenangi ruangan jiwa.

Melati akhirnya menjerit di dalam hati, “ wahai suara-suara yang bergaduhan, harmonilah kalian dalam jasad yang satu. Jasad ini begitu keliru mencari kata satu.
Bungkam. Kelam. Tenggelam .

Itu Melati. Dia masih meraba mencari cahaya seperti manusia yang buta matanya. Melati perlu sering sedar yang dia manusia bertuhan.

Melati seorang manusia bertuhan.
.......................................................................

membumilah jiwaWhere stories live. Discover now