Kembali

3 0 0
                                    

Kembali
“Sejauh mana aku cuba pergi, kelak aku kan tetap merangkak pulang kembali ke pangkuan Mu”

Kembali
“sujudlah ke lantai, hadapkan hati, cukuplah persoalkan itu ini”

melati : putrajaya : 2:00 pagi
“Setiap manusia itu tuhan sudah tetapkan jatuh bangunnya tahap mana, tidak kan pernah sama cerita hidup kita. Antara kau dan aku juga sudah terlalu banyak beza inikan pula dengan dia.

Tuhan uji kita ikut kemampuan kita. Ada masa, kita kuat bahagian itu, ada masa tidak. Dan kau juga harus sering ingat yang bahawasanya ujian itu juga cara paling halus, paling cantik, paling lembut yang Tuhan guna untuk tarik kau kembali kepada Dia.

Bukan bermakna kau tidak pernah sujud tetapi mungkin kau sedikit leka dan lalai terbuai bahagia dunia. Kita manusia, memang sering kali lupa walaupun kau alim tahap mana sekalipun, akan ada masa kau perlu orang untuk tegur silap kau. Kita pendosa, bukan maksum macam nabi. Kadang-kadang kita juga kalah dengan nafsu serakah dan godaan syaitan durjana. Kita manusia biasa”

Melati terus menulis, menggunakan komputer ribanya hingga larut malam dan adakalanya hingga awal pagi. Menulis adalah cara terbaik untuk dia ubat rasa sakit yang menusuk itu.

Dia banyak diam, sengaja melarikan diri daripada bercakap dengan manusia. Dia hanya ingin bercakap dengan penulisannya, kerana baginya dia sudah hilang kudrat untuk berkata-kata dan berhadapan dengan sesiapa cukuplah kelak hasil penulisannya yang berbicara menerangkan setiap satu sakit gundah yang dia alami.

Semakin hari Melati semakin dekat dengan Tuhannya. Dia sudah tidak pernah lekang dengan kitab suci, kerana baginya itu sahaja yang boleh mengisi hatinya. Setelah dia membaca kalam suci itu, dia akan membaca maknanya dengan titisan air mata yang sengaja dia tidak mahu seka. Dia merasakan tuhan mengetuk-ngetuk pintu hatinya. Kemudiannya, keletihan lalu tertidur di atas sejadah yang masih terbentang.

Itulah aktiviti Melati. Setiap seusai solat subuh dibacanya surah Yaasin, diamati dan dihayati. Cukup satu permulaan hari yang membahagiakan baginya. Rasa hidup itu mula menyelinap masuk ke seluruh aspek jiwa. Surah-surah lazim itu dibacanya mengikut jadual yang ditetapkan oleh Melati. Iya, Melati seorang yang sangat sistematik, hidupnya penuh dengan jadual dan perancangan. Benarlah kata bonda, tuhanmu itu tempat kau cari kembali semangat yang hilang.

Iya, semangat yang hilang. Melati bukan kehilangan dirinya, dia Cuma kehilangan semangat untuk hidup.

Melati menarik nafas lega dalam kepayahan yang begitu mencengkam, dia tidak terasa lepas daripada ujian ini Cuma sedikit ringan kerana dia sudah mula menerima yang bahawasanya ketentuan tuhan itu adalah yang paling baik dan paling utama.

Menidakkan sesuatu yang dia sentiasa iyakan itu sangat payah, tapi apakan daya, kudrat Melati selaku hamba kepada keesaan Tuhan tidak kan pernah mampu menolak setiap satu perancangan tuhan.

Melati mencari kekuatan untuk pasrah dan berserah.

Melati : rawang : 1:00a.m
Penat aku tahan perasaan,
sakit aku telan derita,
perit aku mamah rindu,
sukar untuk aku senyum.

Aku sudah terlalu sakit untuk membenarkan air mata menitis,
Ianya tidak pernah pandai untuk berhenti,
Penat aku paksakan jiwa menahan rindu,
Tapi ianya tak pernah tertahan.

Apa kolam-kolam ini sampai bila harus ku bawa?
Sampai bila harus ku tanggung?

Pergilah derita, pergilah.

Berilah peluang untuk aku senyum dan ketawa.
Aku sakit sangat.

Melati mencari hobi baru iaitu melakukan senaman , jika ada sahaja masa lapang dia pasti akan bersenam. Dia mahu letih itu supaya nanti senang dia nak rehat.

Melati banyak buka youtube untuk memuat turun video-video senaman, video motivasi, video perniagaan. Lagu-lagu cinta itu lama dah dia benamkan ke lantai kerana biasanya lagu itu akan megingatkan dia akan Tuah. Tuah suka menyanyi.

Tapi, ada lagu yang Melati sering ulang dengar. Semua lagu daripada manusia yang bernama fynn jamal. Lagu-lagu itu Melati ulang dengar sambil dia faham lirik bait lagu itu, terutamanya lagu berjudul “jangan jatuh, suatu yang pernah”. Kerana itulah yang Melati rasakan, dia struggle memujuk hatinya yang degil keras macam batu.

Melati banyak membuka laman-laman web untuk dia perbaiki diri, dia ingin ceburi pelbagai bidang supaya dia banyak tahu pelbagai perkara dan supaya peluang maju diri itu semakin hari semakin dapat dia kejar.

Melati ubah mentaliti jumudiyyah yang dimomokkan daripada kecil menjadi Melati yang bersikap lebih terbuka dan senang menerima pendapat.Melati banyak belajar daripada orang-orang ternama mengenai communication skills, confidence, money management, bussiness, beauty dan segala satu macam cara,dia ingin maju supaya tiada lagi yang menghina jatuhkan dia. Dia tidak lokek masa dan wang menghadiri kelas dan seminar.

Melati tahu andai bukan dia yang mengubah nasibnya sendiri siapakan lagi yang mahu dia harapkan.
Jalan ini jalan kamu. Mungkin akan ada yang berjalan bersamamu, tetapi tidak akan ada yang akan menggantimu berjalan (jalaluddin al rumi).

Melati tahu, yang dia kena mulakan satu-satu usaha yang dia rancangkan dalam benak fikirnya, kerana firman Tuhan itu jelas.

Melati terkenang filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, bagaimana bang Muluk begitu asyik memujuk dan menasihati Zainuddin sehingga Zainuddin percaya diri dan melangkah berubah menjadi manusia yang jauh terlalu mengagumkan, kerana seseorang yang jatuh tertiarap ke dasar yang paling dalam itulah yang akan terbang melangit tingginya. Kau kena tahu itu.

Melati ada Melur, bagaimana berpengaruhnya Bang Muluk dalam kehidupan Zainudin begitulah pentingnya dan berpengaruhnya Melur dalam hidup Melati.
Terima kasih Bang Muluk.
Terima kasih Melur.

Allah Ta’ala berfirman:
إنَّ اللهَ لا يُغَيّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّى يُغَيّرُوْا مَا بِأنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS. Ar-Ra’ad ayat 11)

Ayat itu dia hayati, fahami dan ambil iktibar. Memang Al-quran itu diturunkan sebagai petunjuk kepada umat manusia, dan siapa Melati untuk menidakkan segala itu. Melati terima.

Melati pasrah, dia susun strategi maju diri rapi-rapi bagaikan seorang panglima perang menyusun strategi memenangi musuh perang. Iya, melati memang berperang. Berperang dengan dirinya, emosinya dan jiwanya.

Melati pasrah.
.....................................................................

membumilah jiwaWhere stories live. Discover now