Terima kasih

3 0 0
                                    

Terima kasih
“Sebaris kata yang cukup mudah diucapkan buat sesiapa sahaja, tetapi tidak buat kamu kerana aku masih lagi terlalu cinta. Aku takut kata-kata ini bakal jadi penamat, dan untuk itu aku enggan”

Terima kasih
“terima kasih sayang, aku masih belum lupa”

Dalam kegelapan malam, Melati keseorangan dalam sebuah bilik kelam yang Cuma mengharapkan cahaya daripada lampu tidur dan sedikit cahaya daripada komputer ribanya menghiasi malam Melati. Seisi rumahnya sudah diulit mimpi indah, malam yang nyaman, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, bayu yang sejuk menambah keasyikan.

Melati terpukau dek indahnya malam itu. Dia merenung melihat bulan yang mengambang di awan, meneliti bintang-bintang yang bergemerlapan, membuatkan Melati senyum dan dalam masa yang sama bersyukur atas ciptaan tuhan yang maha Agung. “Alhamdulillah, aku insan terpilih untuk menatap keasyikan dan keindahan malam ini yang jauh lebih bermakna” monolog Melati jauh di sudut hati.

Melati terus mengalihkan pandangan ke arah komputer riba, jari-jemari halusnya kian lincah menekan satu persatu papan kekunci. Iya, dia sedang menulis sesuatu. Idea malam ini mencurah dan segar.
Sememangnya, kebiasaanya begitu. Malam, tengah malam biasa merupakan waktu kecintaan buat sang penulis, kerana saat itu sunyi, sejuk dan mendamaikan. Idea yang datang seakan-akan segan untuk berlalu pergi lalu diikat satu persatu menjadi cerita buat tatapan generasi di masa hadapan kelak.
Melati menulis sepucuk surat buat Tuah.

Iya, Melati masih ingat Tuah. Mana mungkin dengan sekelip mata sahaja segalanya berubah. Everything needs time, be patient, it’s will be okay soon.

( Buat Yang Meninggalkan Dan Yang Ditinggalkan )

Atas Nama Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Hai kekasih yang pernah aku cintai dengan seluruh jiwaku, apa khabar kamu di sana ? yang kini kita berpisah dan tidak berhubung lagi. Kau tentu tidak mengerti melihat merpati yang jinak terbang tinggi, tidak tergapai di tangan. Hanya mampu melihat di kejauhan mata. Mengerti bagaimana mendengar tawa rakan menjadi sepi lalu kesepian membunuhku perlahan? Mengerti bagaimana mengharungi siangnya hari tanpa sinar mentari? Merasai tidak dapat tidur malam sedangkan punya pengajian sehari suntuk , berbulan-bulan lamanya? Kau tidak akan tahu, memang sengaja aku tidak mahu kau tahu.

Kau tidak akan mengerti kerana yang ditinggalkan tidak akan pernah sama dengan yang meninggalkan.

Pada warkah kali ini, bukanlah aku menagih simpati memujuk rayu dengan kesakitan yang kau bagi supaya kembali. Sejarah walaupun dilakarkan sepahit hempedu sekalipun, mustahil kita padam kerana apa yang terjadi pada satu ketika dulu tapi itulah yang membentuk siapa kita hari ini. Maka menulis sejarah adalah menulis tentang keberadaan diri, bukan sebagai beban menuju masa. Pasti tidak faham kan ? Tidak mengapa, mari aku ceritakan.

Cinta telah mengubah dunia. Kau tentu pernah mendengar mahabbah cinta Muhammad dan Khadijah. Hikayat cinta Qaisy dan Laila,Tun Teja dan Hang Tuah, Romeo dan Juliet serta ramai lagi.

Cinta juga telah mengubah aku yang dulunya merasakan hidup ini telah sempurna dengan adanya kau. Apabila, kau pergi kau bawa bersama separuh inti diri aku, dan aku kehilangannya. Tergagau-gagau aku mencari makna diri walau sehingga pada saat aku menulis warkah ini, aku masih belum kenal sepenuhnya siapa aku yang sebenar.

Saat pertama kali cinta aku dikhianati, aku berharap untuk punya kekuatan agar tidak lagi percaya kepada harapan. Harapan itu sebenarnya yang membunuh aku sehingga aku tidak lagi punya rasa untuk bangun dan tersenyum.

Lewat rasa dikhianati dan hilang separuh makna diri, aku bertemu dengan bonda dan bercerita bahawa tidak berkahwin bukan kerana tidak saling mencintai , tetapi kerana terlalu banyak perkara lain yang jauh lebih wajar difikirkan, berkahwin tetapi tanpa restu keluarga juga membawa kepada kepayahan dalam meneruskan hidup walaupun mereka berkahwin atas dasar cinta sejati yang diagungkan. Kita kena faham cinta itu suci dan besar bukan perkara mudah untuk diperlekehkan dan diperkecilkan. Cinta itu bukan hanya dua jiwa yang terlibat tetapi terlalu banyak jiwa yang perlu dikisahkan, perlu diendahkan, perlu dijaga bukan sekadar aku cinta kau dan kau cintakan aku maka segalanya selesai. Melalui pesan cintanya, kita ini hanya berdiri dan mencari jawapan yang serba ketidakpastian. Ketentuan Tuhan itu yang Maha besar yang perlu kita akui, perlu kita percaya. Siapa jodoh kita juga ketentuan Tuhan. Cinta dalam perkahwinan itu begitu indah tak tergambar dek kata-kata walaupun belum pernah ada bibit cinta antara si laki-laki dan si perempuan sebelum salam perkenalan mula dituturkan.

membumilah jiwaWhere stories live. Discover now