Seorang pelajar perempuan dengan rambut panjang berjalan di koridor sekolah dengan rakan rakannya dengan riang .
tiba tiba seorang lelaki nerd yang sedang jalan terlanggar seorang pelajar perempuan yang bernama Atsuko Chiaki .
"Maaf!"kata lelaki itu tunduk 90 darjah dengan pantas menghiraukan buku dia yang bersepah akibat terjatuh tadi.
Dengan pantas selaju 150 km/j tangan Atsuko menampar muka lelaki itu , mahupun dia sudah meminta maaf.Cermin mata yang terpelanting akibat tamparan dari tangan perempuan yang angkuh itu di pijak oleh perempuan itu.
lelaki itu hanya terdiam manakala rakan perempuan itu mengelakkan lelaki itu.
"Kalau kau buat macam tu lagi , tengoklah balasan yang lebih lagi akan datang."kata Atsuko dan terus berjalan pergi dengan rakannya.
Lelaki nerd itu dari keluarga yang tidak kaya seperti Atsuko , dari keluarga yang miskin , kais pagi makan pagi , kais petang makan petang .Untuk membeli cermin mata bukanlah sesenang yang disangka , Lelaki nerd itu terpaksa belajar tanpa cermin mata amatlah susah .
*******
"Atsuko , awak tahu tak macam mana nak jawab soalan ni?"Tanya seorang perempuan .
"Tak" jawab Atsuko sepatah.
"Tapi tadi cikgu cakap , awak dah siap , dia suruh tanya awak , sebab awak je yang dah siap dan jawapan betul."kata perempuan itu.
Muka Atsuko bertukar menjadi marah , dia memang benci kalau pelajar tidak pandai , lagi lagi rank bawah dia .
"Baiklah , aku ajar .."kata Atsuko dengan nada biasa .
Pada petang itu...
"Kau buat apa?!!"kata Perempuan itu dengan nada marah didalam kelas.Dia dikelilingi oleh beberapa orang pelajar perempuan lain.
"Eh, kau faham tak erti bodoh? Atau kau nak aku ajar? Dalam dunia ni .. orang bodoh mesti dengar cakap orang bijak , tapi bila aku cakap aku tak tahu , ada kau dengar? tidak .. haish , sampah tetap sampah kan?"kata Atsuko sambil menghulurkan tangan , gadis itu memarahi Atsuko dan kawan kawannya mereka hanya buat tidak tahu , Buku tulis perempuan itu diambil dan koyakkan , buku tulis itu adalah buku tulis yang ada soalan yang ditanya kepada Atsuko.
"Sampai hati kau.. aku punya tanya sahaja."kata Perempuan itu menanggis.
"Dah jom .. "kata Atsuko dengan nada marah meninggalkan perempuan itu.
Lelaki nerd dan perempuan ni bukan sahaja mangsa Atsuko tetapi ramai lagi yang diperlakukan .. ada yang faham dan tidak berani mendekati Atsuko , ada yang tidak tahu dan mula untuk menahu , ada yang tahu dan melakukan pekara yang sama bagi mencabar Atsuko , tetapi Atsuko itu bagai dilindungi oleh satu dinding besi yang sangat kebal kalau meteor terhempas pun dia akan selamat di balik dinding itu.
Atsuko pelajar yang bijak ,rank no 1 adalah pekara yang biasa bagi dia , ini membuatkan pihak sekolah tidak berani memarahi dia , malahan menyebelahi pihak dia. Lagi satu , Atsuko punya keluarga penyumbang PIBG terbesar di sekolah dia , sebab tu tiada siapa berani sentuh dia. Kalau cikgu itu cukup berani untuk mengambil risiko , cikgu itulah hero kepada semua mangsa Atsuko , tetapi malang sekali tiada siapa berani walaupun pengetua .
******
Pada umur 18 tahun sehingga 29
Atsuko menyambung pelajaran dia keluar negara .. dengan pencapaian yang cermerlang dan universiti yang terbaik di dunia , dia mampu menamatkan pelajar dalam masa 2 tahun sahaja .Kedengaran mustahil tapi tidak .
Pada umur 20 tahun sebaik sahaja dia tamat pelajaran dia terus berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya dan kacak dan mempunyai syarikat terbesar pada waktu itu . Tapi itu tidak bermaksud Atsuko hanya akan menikmati kekayaan suaminya , dia tidak mahu begitu , ia seperti dia lagi rendah dengan suaminya.Jadi dia membina syarikat dan syarikat itu semakin maju dan terus maju , mereka suami isteri sangat di pandang tinggi orang ramai , dalam usia 29 tahun mereka sudah menjadi orang terkaya di Jepun .
YOU ARE READING
Peluang Kedua
FantasyAku Atsuko Chinatsu adalah nama aku , umur aku sepatutnya 57 tahun(2020). Tapi sekarang umur aku 24 tahun(2021) . Ini bukanlah jenaka atau gurauan . Aku seorang yang cantik , kaya , bijak tapi ini membuatkan aku pandang jijik pada orang ramai yang...