MISI

34 1 3
                                    

"Alamak, Kazuma pula!"bisik hati Atsuko apabila dia ternampak Kazuma yang sedang dalam perjalanan untuk ke sekolah juga.

Dia cuba untuk mengelak, tapi tidak sempat kerana sudah ditegur dahulu.

"Chiho? Kenapa tangan kamu?!" Kata Kazuma terkejut melihat tangan Atsuko di gantung pada bahu mengunakan kain.

"Oh, semalan saya terjatuh, agak teruk jugalah."

"Jadi? Kenapa datang juga sekolah."Kata Kazuma kepelikkan melihat Atsuko.

"Suka hati akulah nak datang ke tak, Ugh! Melambatkan masa betul!"bisik hati Atsuko.

"Mengajar guna mulut pun boleh, lagipun, hari ni baru, hari kedua saya mengajar, takkan nak cuti."

"Bagus semangat!!" kata Kazuma sambil mengkat tangan tanda semangat.

Dalam berjalanan ke sekolah Atsuko bertanya kepada Kazuma tentang murid kelas 4F.

"Umm, nak tanya, kenapa kelas 4F, semua budaknya nakal? Atau ada yang baik didalam kelas tu. "kata Atsuko.

"Oh, macam mana nak cakap, saya pun tidak tahu, tapi ayah saya cakap, semua budak dalam kelas 4F tu budak yang kurang bijak, dan kalau tidak silap saya, ada dua atau tiga orang belajar yang tidak nakal dalam kelas itu, tapi disebabkan mereka kurang bijak, mereka terpaksa duduk dalam kelas itu, dan juga saya selalu dengan cerita tentang kes buli kat kelas tu." kata Kazuma.

"Oh, ada juga, baiklah terima kasih." kata Atsuko .

*******

Semua orang didalam kelas terdiam melihat Atsuko yang dalam keadaan teruk sebegitu.Lagi lagi Haruhi sangat terkejut

"Apa tengok tengok? Saya masuk kelas bukan nak suruh kamu tengok tangan saya." Marah Atsuko

"Bangun!" kata seorang lelaki yang duduk di hujung penjuru dalam keadaan berdiri , ya , orang itu adalah Hikigaya.

Semua orang memandang Hikigaya dengan muka geram, kecuali 2 atau 3 orang pelajar perempuan hanya duduk dan memandang hadapan.

"Bagus, jadi mereka dah belajar adab." bisik hati Atsuko. Tetapi, tanggapan Atsuko terhadap mereka semua adalah silap, apabila melihat mereka semua memandang lelaki yang suruh mereka bangun dengan muka marah, lepastu melihat mereka mengambil masa yang agak lama.

"Selamat pagi cikgu!" Ucap Hikigaya. Ada yang ikut, ada yang tidak mengikut, yang ikut pun tidak berada dengar suaranya.

"Baiklah, bagus! Duduk."kata Atsuko dengan perasaan bangga yang sebenarnya ditujukan kepada Hikigaya dan berapa pelajar yang lebih berdisiplin.

"Sebelum saya mula pelajaran, saya nak cerita sesuatu yang menarik, kamu semua mesti nak tahu apa yang jadi dekat tangan saya inikan?" kata Atsuko menyebabkan keadaan kelas bising sedikit.

Muka Haruhi mula untuk menjadi pucat. "Saya beritahu kerani dekat sekolah ni saya jatuh tangga, nasib baiklah dia percaya, tapi hakikatnya, saya telah diserang oleh gangster upahan, nasib baiklah saya dari kecil lagi dimasukkan oleh ibu bapa saya kelas, teakwando, judo dan saya juga ada pembantu yang selalu berlatih dengan saya, jadi saya tidaklah begitu lemah, tapi walau hebat mana pun saya, kalau lemah dari segi fizikal, kena pukul sedikit pun saya boleh cedera teruk, saya berjaya tumpaskan mereka yang hanya dua orang sahaja, saya terkejut apabila saya memeriksa telefon seorang dari mereka ada nombor telefone pelajar dari sekolah ni, juga!, pelahar dari kelas ini. Jangan risau, saya tidak akan dedahkan identiti kamu. Jangan takut sangat, dah pucat sangat dah muka kamu tu."kata Atsuko , satu kelas memandang antara satu sama lain, dan akhirnya pandangan mereka tertumpu kepada Haruhi yang jelas kelihatan pucat.

Peluang Kedua Where stories live. Discover now