Haruhi POV...
Aku memandang sekeliling aku , aku berada di tempat duduk bas , barisan pertama sebelah kanan , aku duduk sebelah tingkap , tempat duduk sebelahnya masih kosong , tiada siapa lagi yang duduk.
"Ala , semua tempat duduk dah penuh ke?"kata rakan sekelas ku yang sedang berdiri mencari tempat duduk.
"Kau duduklah sebelah Haruhi! "kata kawan dia dan terus ketawa dengan rakan yang duduk sebelah dia.
"Eeee! Tak nak! dia dahlah bau busuk , jijik! geli!! "kata rakan sekelas ku .Tiba tiba ada rakannya lagi memanggil dia , mengatakan ada tempat duduk kosong di belakang dan dia terus berjalan dengan senyuman dibibir.
Aku tidak kisah kalau dia tidak mahu duduk sebelah aku , aku lagi suka , lagipun kalau orang dah benci bukan kita nak rapat dengan dia , cuma boleh tak jangan buat bising dan hanya pergi dengan senyap , sebab ia sangat menyakitkan apabila mendengarnya .
Apabila bas mula bergerak , aku terasa sangat bahagia.Normal POV
"Haruhi!"
"Haruhi!!"jerit ibu Haruhi sehingga membuatkan Haruhi sedar dari lamunan dia tadi.
"Apa yang kamu termenung tu makan!"kata ibu dia . Haruhi menjawab dengan nada perlahan .
"Cuma kisah 6 tahun lepas sahaja. "kata Haruhi .
"Apa dia?!"Balas ibunya.
"Tiada apa . Mak , mak nak tahu tak yang .. "
******
Didalam kereta Mercedes , Haruhi memandang keluar tingkap.
"Aku takkan jadi macam dulu , inilah balasan dendam aku kepada dunia. "kata Hati Haruhi , tangannya dia gemgam erat .
******
"Aku dengar hari ni , kita akan terima guru kelas baru! "kata rakan Haruhi yang bernama Kato .
"Haah , dan dia sangat muda kalau tak silap semalam aku dengar pengetua ada cakap ngan cikgu lain ."
"Mesti dia nak mengedik je tu , sebab tu dia nak jadi guru waktu muda muda . Hey , hey , apa kata kita buat dia tak nak masuk lagi ke dalam kelas kita. " kata Haruhi dengan nada yang penuh dengan semangat.
"Ala , kau ni macam tak biasa pula , inikan memang dah tradisi kelas 4F . "kata kawannya yang duduk disebelah Kato , Yumi.
"Semua mari sini dekat dengan meja aku!"Jerit Haruhi . Semua orang yang sedang berborak dan ada juga yang sedang bergurau untuk membazir masa sebelum mulanya waktu pembelajaran , terus berjalan dengan muka tersenggih , sebab mereka tabu setiap kali mereka dipanggil oleh Haruhi maka satu operasi menjatuhkan guru akan diisytiharkan.
Semua orang meninggalkan meja mereka kecuali hanya seorang sahaja , seorang lelaki yang duduk pada hujung penjuru kanan belakang kelas yang hanya duduk dan membaca buku.
"Hari ni akan cikgu baru masuk kelas kita , dan dia akan jadi guru kelas kita , macam biasalah! Kita halau dia!"kata Haruhi dengan penuh semangat.
"Aku takkan benarkan korang lakukan , aku akan laporkan kepada pengetua tentang ini nanti ."kata lelaki yang sedang duduk itu yang bernama Hikigaya dengan nada yang lansung tidak takut.
"Apa kau cakap?! Kau fikir kau ketua kelas aku takutlah?! Kau masih tidak serik lagi kena pukul dengan aku? Nak aku pukul mak kau pula?"kata Seorang lelaki yang kelihatan kacak badannya pula boleh nampaklah kesado annya berdasarkan bajunya ketat itu , Asuza
YOU ARE READING
Peluang Kedua
FantasyAku Atsuko Chinatsu adalah nama aku , umur aku sepatutnya 57 tahun(2020). Tapi sekarang umur aku 24 tahun(2021) . Ini bukanlah jenaka atau gurauan . Aku seorang yang cantik , kaya , bijak tapi ini membuatkan aku pandang jijik pada orang ramai yang...