Atsuko bangun pada awal pagi, badan dia terasa lain , rasa seperti lebih sihat , lebih kuat seperti dia muda dulu. Siling yang mewah biasa kelihatan sudah tidak kelihatan lagi , hanyalah siling berwarna putih.
"Peningnya.. "kata Atsuko dia terkejut sedikit dengan badan dia yang biasanya sakit belakang apabila bangun dan mendengar suara mudanya yang dirindukan .
Atsuko memandang bilik tidurnya , sangatlah sederhana , kalau dulu bilik macam ni hanyalahlah digunakan untuk menyimpan barang lama.
Dan akhirnya , dia melihat diri dia , mata dia membulat . Dia melihat seorang perempuan muda , berambut coklat , anak mata berwarna coklat dan tinggi 165 cm .Dia melihat rupa yang amat dikenali lama ialah diri dia sendiri semasa berumur lingkungan 20 hingga 25 tahun.
Rupa Atsuko ..
Maaf kalau nampak macam dia terlampau muda .Tak mampu nak cari yg lebih elok.tiba tiba sebuah telefone berjenama samsung yang kelihatan seperti baru dibeli berdering di atas meja pendek berhadapan dengan katilnya.
Atsuko berjalan dengan pantas dan mengambil telefone itu.
"Hello?"
"Yo!Hello! Puan Atsuki Chiho!"kata lelaki itu sangat dikenali suara itu .Ya lelaki yang menawarkan dia hidup baru kononnya.Nama lelaki itu adalah Subaru Suzuki
"Atsuki Chiho?"balas Atsuko kepelikkan.
"Oya.. itu adalah nama kamu , baiklah saya taknak kamu lewat ke tempat kerja . Jadi saya akan sekarang .Baiklah kamu sekarang adalah Atsuki Chiho , 24 tahun , dan kerja kamu sebagai seorang guru di Sekolah Menengah A .Kamu tahu kan sekolah tu. Telefon ini milik kamu , tapi kalau nak beli telefon lain pun tidak mengapa tidak salah , kunci rumah , dompet didalamnya disertakan kad pengenalan , bank dan beg tangan kamu ada dibawah meja dimana kamu jumpa telefon ni , baiklah ini sahaja .Oh! lupa pula , kerja kamu mula hari ni , kamu kena datang sekolah pada pukul 9 ..Jangan lambat"kata Subaru nak terus mematikan telifon.
Atsuko dengan pantas melihat masa pada skrin telefonnya .
"Oh My Godddddd!!!"Jerit Atsuko dia terus bergegas masuk kedalam bilik air selepas melihat jam menunjukkan jam 8.20 , usai mandi , memakai baju yang mana baju dia jumpa didalam almari bersaiz sederhana , bau haruman baju itu seperti baju baru juga .Baju Kemeja berlengan panjang berwarna putih dan seluar slack slim fit kelihatan kena dengan rupanya apabila dia lihat dicermin .Dia juga melihat rambutnya yang sudah panjang melepasi bahu , lalu dia mengambil gunting dan memotong rambutnya sehingga menjadi pendek
Cermin mata palsu kelihatan di atas meja cermin , lalu dipakainya .
"Heh , aku nampak hodoh , tapi .. "
Atsuko berlari keluar dari rumahnya beg tangan dipegang pada tangan kanan dengan erat .
"aku sangat sukakannya! "
YOU ARE READING
Peluang Kedua
خيال (فانتازيا)Aku Atsuko Chinatsu adalah nama aku , umur aku sepatutnya 57 tahun(2020). Tapi sekarang umur aku 24 tahun(2021) . Ini bukanlah jenaka atau gurauan . Aku seorang yang cantik , kaya , bijak tapi ini membuatkan aku pandang jijik pada orang ramai yang...