EKSPIDISI PEPERANGAN

24 0 3
                                    

Tiga hari lepas , tiba tiba sahaja Atsuko mendapat berita yang sekolah akan mengadakan ekspidisi masuk ke dalam hutan , dan markah peperiksa untuk penggal pertama akan dikira untuk itu. Setiap markah akan dikira dengan apa apa yang dilakukan. Contohnya, cara menjimatkan keperluan dan menjaga disiplin.

********

Tepat jam 11 pagi mereka sampai di hutan.

"Wahh! Kita dah sampailah! "kata Yumi apabila keluar dari bas dan melihat hutan di cantik di hadapan mata.

Mereka yang lain pun turut rasa teruja , cuma ada segelintir pelajar dari kelas 4D lelaki dan perempuan antaranya Asuza geli dan menyampah melihat ke indahan alam.

Harap maaf, saya nak tukar dari kelas 4F ke 4D

"Pelik, bas yang lain lambat sampai. "bisik hati Atsuko.

"Cikgu, hanya kita sahaja yang pergi ekspidisi disini?" Baru sahaja ditanya, jawapan pelajar tersebut telah dijawab. Sebanyak 3 bas berhenti berdekatan dengan bas mereka dalam keadaan teratur.

Kelas 4B pelajar keluar mendahului pelajar 4A dan 4C , Mereka keluar dengan ceria dan gembira. Manakala selepas itu keluar pelajar 4A, mereka semua keluar dalam keadaan teratur dan berdisiplin dengan muka serius ada juga yang senyum sedikit. Dan akhir sekali kelas 4C, mereka keluar dari bas seperti budak tadika yang tidak pernah diajar beratur, ada yang baru hendak keluar dari pintu ditendang. Gurunya hanya membiarkan sahaja.

Dalam ekspidisi ini hanya guru kelas sahaja yang ikut. Manakala guru yang lain tinggi di sekolah juga pelajar yang terlibat hanyalah pelajar tingkatan4.

Seorang pelajar 4A memandang ke arah 4D, seperti memandang ke arah sampah.

"Woi! Asal kau pandang aku macam tu? Kau nak gaduh ke ha?!" kata rakan Asuza, Ike.

"Tapi bukan ke itu realitinya?" balas pelajar lelaki itu dengan tenang.

Ike mula untuk menyerang lelaki itu, tetapi di halang oleh pelajar 4A. Tiba tiba seorang lelaki memakai cermin mata dengan berpakaian yang perfect sehingga tiada ronyok pun di bajunya menundukkan kepala dan meminta maaf.

"Saya minta maaf selaku ketua kelas 4A , atas tindakan yang kurang sopan kepada anda. Saya harap kamu dapat terima maaf dari saya" kata lelaki itu, Seto.

Ike menjadi tenang, pergaduhan itu telah menarik perhatian pelajar dari semua kelas juga.

"Semua bertenang ya, tiada apa apa yang berlaku. "kata ketua kelas 4B.

Manakala kelas C hanya buat tidak tahu sahaja, dan ada yang tersenggih.

Hikigaya memandang ketua kelas pada setiap kelas dengan pandangan seperti tiada perasaan.

"Mereka semua nampak macam tidak gementar dengan apa yang berlaku nanti, ini bukan percutian atau berjalan sambil belajar, ini periksa dan apa yang dirancang oleh mereka, mesti sentiasa bersedia."bisik hati Hikigaya dan terus memandang Haruhi yang keseorangan.

Atsuko dan tiga guru yang lain kembali daripada perbincangan. Dalam perjalanan untuk mendekati kelasnya dia fikir tentang guru kelas.

"..Nampaknya kelas D akan menjadi masalah besar kita disinilah, kenapalah kelasD masuk sekali, mereka bukan boleh menang pun."kata guru kelas C

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Peluang Kedua Where stories live. Discover now