"Morning mama, papa." Aku melambai tangan ke arah kedua-dua orang tuaku sambil mengucap selamat pagi.
"Morning sayang. Jom breakfast. Mama masakkan makanan kegemaran kamu hari ni." Mamaku sambil menghidangkan roti nutella bersama serbuk coklat yang ditaburkan di atas roti dan coffee mocha...
Fuh sedapnya...
"Thanks mama."
"Eh tak payahlah berterima kasih ni. Mama buat untuk anak mama sendiri kan." ujar mama dengan penuh ikhlas.
Untung tahu kalau dapat mama macam ni. Jam ditangan, aku tilik seketika sebelum mendekatkan cawan berisi kopi mocha ke mulut lalu disisip perlahan.
8.30 pagi.
Flashback
"Mama, papa. Sebenarnya, Rose dapat tawaran sambung belajar ke Korea. Mama dengan papa tak kisah?
"Alhamdulillah. Ya ke, Rose? Kalau macam tu, mama dengan papa tak kisah."
Melihat senyuman mama dengan papa pun dah buat aku gembira.
"Papa izinkan anak papa ni menuntut ilmu di sana."
Dua tubuh separuh abad di hadapan, aku peluk. Tanpa kedua-dua insan ini, mustahil aku dapat tawaran yang sebegini. Doa mereka, kepercayaan mereka dan sokongan mereka tak akan aku lupakan walaupun berada jauh di negara orang.
"Terima kasih sangat-sangat. Rose janji, Rose takkan hampakan harapan mama dengan papa. Itu janji Rose."
End flashback
"Okay sayang. Jaga diri baik baik dekat sana. Jangan buat perkara yang memalukan nama keluarga. Tunjuk budaya yang baik. Jangan lupa pesanan mama ni."
"Rose... Jangan lupa papa dengan mama tau. Papa dengan mama sayang Rose." ujar papa. Aku mengangguk sebelum memeluk papa dengan mama.
"Baiklah papa, mama. Rose akan ingat semua pesanan tu. Rose sayang sangat papa dengan mama. Jangan lupa doakan kejayaan Rose di sana, ya. Rose pergi dulu. Asslamualaikum."
Aku melambai. Agak berat untuk aku meninggalkan kedua orang tuaku ini. Apa yang boleh aku lakukan lagi melainkan
Pak Mat mengangkat bagasi bagasi aku lalu memasukkannya ke dalam kereta. Aku masuk ke dalam perut kereta.
Setelah sampai di perkarangan airport, aku keluar dari kereta. Pak Mat pula mengeluarkan beberapa bagasi dengan penuh cermat.
"Terima kasih ya, Pak Mat."
"Sama sama. Tak apa, Pak Mat ikhlas. Jaga diri ya rose. Ok lah Pak Mat pergi dulu. Assalamualaikum."
"Baiklah, waalaikumussalam." Aku membalas pendek.
Aku melihat jam di tangan. 9.00 pagi. Hmm. Lagi 15 minit aje lagi. Aku menuju ke cafe sebelah.
Tiba-tiba...
"Bah!!!"
~Countinue~
YOU ARE READING
Instant Girl
Teen FictionRoseville binti Ahmad Rosli. Dia... Bukanlah seperti gadis-gadis di luar sana. Cara yang biasa, pemakaian yang biasa. Mahu dibandingkan dengan gadis yang lain, jauh langit dengan bumi. Kesempurnaan yang dapat dilihat pada mata kasar? Tiada membawa...