"Bah!!"
Serta-merta pergerakan aku terencat dengan spontan. Aku menoleh memandang gerangan yang aku tunggu sedari tadi.
Syakilla.
Aku geleng kepala perlahan sambil memandangnya dengan kening yang hampir bertaut. Marah? Salah satu perasaan yang ada pada aku sekarang.
Syakilla hanya tersengih sumbing sambil menarik kerusi di hadapan aku.
"Asslamualaikum. Islam buat cara Islam." Kata sindiran aku keluarkan.
"Waalaikumussalam. Sorry, janganlah marah. Aku gurau aje."
Teringatkan tujuan sahabat baik aku ke sini, rasa marah perlahan-lahan surut. Kalau bukan kerana dia, taklah aku berseorangan ke Korea. Pada mulanya, hasrat Syakilla hendak sambung belajar di Edinburgh. Tapi sebab dia tak nak berjauhan dan lost contact dengan aku, dia buat keputusan untuk ikut aku sekali ke Korea untuk sambung belajar dalam jurusan perniagaan sama seperti aku.
"Tak marah, cuma terkejut dengan geram aje." Segelas air mocha di hadapan, aku rapatkan ke mulut. Sedap. Tapi tak sesedap air tangan mama yang bertahun buatkan aku secawan mocha setiap pagi sebelum ke sekolah.
"Kau dah lama sampai? Kenapa tak call aku? Kalau tak, boleh kita datang sekali." Syakilla mengambil gelas mocha yang berada di hadapan aku. Syakilla tetap Syakilla.
"Dua minit yang lepas baru sampai kut. Tak ada lah lama mana pun. Kau datang dengan siapa tadi? Mummy dengan daddy kau hantar ke? Tak sempat aku nak jumpa dia orang."
"Mummy dengan daddy aku? Jangan haraplah dia orang nak hantar. Sibuk dengan kerja aje selalu. Itu pun, driver aku yang hantar. Kadang aku rasa macam tak ada family. Kau aje lah satu-satunya family yang aku ada."
"Tak baik cakap macam tu, Sya. Kau kena faham juga, parents kau busy dengan kerja sebab nak cari rezeki untuk kau sekeluarga. Belajar bersangka baik dengan semua orang, okay?"
Wajah suram Syakilla aku tatap. Aku turut bersimpati dengan apa yang Syakilla hadapi. Hidup sebagai anak tunggal dan kurang perhatian daripada kedua ibu bapa yang sememangnya seorang anak perlukan. Aku hanya mampu menyokongnya dari belakang untuk menerima takdir Tuhan yang ditetapkan buatnya.
***
Aku dan Syakilla mengambil tempat duduk yang bersebelahan. Perkara yang aku tak berapa suka, tempat kami berdua berada di kawasan tengah yang mana menyediakan tiga kerusi untuk tiga orang. Harapan aku untuk duduk di tepi tingkap menikmati pemandangan apabila berdekatan dengan awan punah.
Syakilla sudah pun selamat melabuhkan punggung di kerusi hujung kanan. Manakala aku pula duduk di kerusi tengah bersebelahan dengannya.
Tiba-tiba seorang lelaki asing yang langsung aku tak kenal mengambil tempat disebelah. Inilah perkara pertama yang aku tak suka apabila ditempatkan di sini. Mengapa bukan wanita, warga emas serta yang seangkatan dengannya dan bukan lelaki?
Malas mahu ambil pusing, aku hanya duduk diam tak berkutik sambil mendengar lagu yang dipasang ditelinga. Syakilla pula, sibuk dengan solekan pada wajah.
Seketika kemudian, aku merasakan Syakilla mencuit bahu. Aku pandang dia di sebelah.
"Sejak bila ada orang kat sebelah kau?" Syakilla menyoal separa berbisik perlahan.
"Sejak kau sibuk dengan makeup kau tu. Aku yang kat sebelah kau ni pun, tak layan. Mamat sebelah ni pula yang kau sibuk nak tanya. Pergi tanya dia sendiri lah."
"Alah, sorry lah. Jangan merajuk. Aku tanya aje." Syakilla tersengih sumbing.
"Yalah. Dah, aku nak tidur. Apa-apa nanti kejutkan, eh?"
Tiba-tiba rasa mengantuk. Waktu masih lagi pagi. Mana tak mengantuk, malam semalam baru aku sibuk nak mengemas barang dalam beg. Bila tengok jam, dah pukul 2 pagi. Memang nasib aku lah kena tidur lewat semalam.
***
Perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport ke Incheon International Airport mengambil masa selama 6 jam. Bosan? Memang itu yang aku rasa.
Keluar sahaja dari perut pesawat, aku dan Syakilla terus menuju ke gerai halal yang kecil dan dikenali sebagai Pasha. Memandangkan perut aku pun dah berbunyi meminta diisi, bagus sangatlah kalau kami singgah di situ dahulu.
Pelbagai jenis makanan halal yang dijual di restoran ini. Kami berdua memilih Döner Kebab sebagai hidangan pertama kami berada di sini.
"Rose, lepas makan ni kita check in ke hotel dulu. Then, kita pergi jalan-jalan dekat Yoido Park, nak? Aku teringin nak tengok oppa-oppa dekat sini. Boleh lah..."
Aku membuat muka menyampah. Syakilla hanya menayangkan wajah comel sambil mengerdipkan matanya berkali-kali. Mungkin risau kalau-kalau aku tak setuju dengan cadangannya itu.
" Yalah, kita pergi."
"Yes! Sayang kau."
Aku geleng kepala. Macam budak-budak baru lepas dapat gula-gula.
Usai makan, terus kami menuju ke hotel. Malas mahu berlama-lama dalam bilik, Syakilla mengajak aku untuk ke Yoido Park. Terus aku bangun dari perbaringan dan mencapai beg tangan. Aku pun tak sabar nak menikmati suasana di taman itu.
Jujur aku cakap, aku bukan lah peminat Korea macam gadis-gadis yang lain. Aku cuma suka dengan bandar besar ini oleh kerana keunikan dan kecantikan pembinaan yang ada pada Seoul.
Aku bukan seperti Syakilla yang sentiasa dengan ahli K-Pop yang semakin popular zaman sekarang. Oppa itulah, oppa inilah.
Sampai sahaja di Yoido Park, terus Syakilla mengajak aku mengambil gambar swafoto bersama dengannya. Kadang, aku rasa hendak stapler aje mulut Syakilla ni. Terjerit sana, terjerit sini. Sungguh! Pantang nampak oppa yang dia tak kenal, disuruhnya aku ambil gambar dia bersama mamat korea itu. Sebagai sahabat, aku hanya mampu bersabar.
Dalam pada aku berjalan sambil menikmati suasana di sini, aku rasakan seseorang langgar aku sehingga aku hampir-hampir sahaja menyembah lantai tetapi nasib baik Syakilla lebih pantas menyambut lengan aku. Fuh! Mamat mana yang tak cukup adab ni? Habis beg aku jatuh sembah jalan tar.
"Excuse me, miss. Bila jalan tu, tengoklah depan. Bukan main ikut suka hati aje, lainlah kalau jalan ni bapa awak yang punya."
Bila kami saling berpandangan, aku terkejut. Dia ni... Bukan ke mamat yang duduk sebelah aku dalam pesawat tadi?
Oh my...!
~continue~

ANDA SEDANG MEMBACA
Instant Girl
Teen FictionRoseville binti Ahmad Rosli. Dia... Bukanlah seperti gadis-gadis di luar sana. Cara yang biasa, pemakaian yang biasa. Mahu dibandingkan dengan gadis yang lain, jauh langit dengan bumi. Kesempurnaan yang dapat dilihat pada mata kasar? Tiada membawa...