Setahun kemudian...
Khai P.O.V
"Sayang okay tak ni?" Syakila duduk disisi aku yang terbaring lesu. Demam.
Tangannya diletakkan diatas dahi aku, cuba merasa haba.'Hmm...' Itu sahaja yang aku mampu balas. Kepala aku sakit sangat, rasa macam kena hempap batu besar. Nak angkat kepala pun tak larat.
"Dah makan ubat pun masih panas lagi. Hmm... Nak buat macam mana ni?" Syakila bercakap sendiri. Aku yang berbaring, sekadar menjeling lemah. Rasa lemah sangat, macam nak tido sepanjang hari.
"Khai ada coolfever tak?" Aku geleng.
"Ala, Sya pun takde ni." Keluh dia. Dia diam.
"Tunggu kejap ye, Sya tanya bilik sebelah kot-kot dioarang ada coolfever." Aku mengangguk perlahan. Syakila bangun lalu bergerak keluar daripada bilik.
Hah! Aku dengan Sya dah masuk sem 5. Satu sem je lagi kami nak tamatkan degree ni. Sem ni aku dengan Sya dapat jadi roommate, so apa lagi. Habis kedudukan perabot dalam bilik ni kami ubah. Katil bujang yang disediakan oleh pihak kolej, kami rapatkan dan jadilah katil saiz queen. Hahahaha...
Relationship kami pun dah masuk setahun. Cepat je masa berlalu kan... Tak sangka. Banyak gila moment2 yang aku takkan lupakan. Kalo nak ceritakan, tak habis taip sampai tahun depan jadinya. Biarlah aku je yang tau...
"Nasib baik jiran sebelah ni ada coolfever." Syakila masuk bersama paket yang bertulis 'Coolfever' ditangan. Aku tersenyum.
Tiba-tiba sahaja aku berasa mual. Cepat-cepat aku bangun sedikit dan mengiring ke tepi katil. Baldi berisi plastik aku angkat.
Blueek!
Pagi ni sahaja sudah empat kali aku muntah. Airmata aku keluar. Perit muntah.
Terasa ada tangan mengusap-usap belakang badan aku. Bila aku rasa sedikit lega, aku membaringkan semula badan aku. Makin lemah.
"Lega sikit?" Tanya dia sambil mengelap mulut aku menggunakan tuala lembap. Sedikit pun riak wajah dia tidak menunjukkan rasa geli.
Usai mengelap, dia mengambil pula minyak angin yang terletak diatas meja belajar. Disapu minyak tersebut pada dada dan leher aku. Coolfever tersebut ditampal pada dahi.
"I have to go. Sya dah lambat, hari ni ada test. Habis kelas nanti, Sya bawa Khai pegi klinik ye." Ucap dia lalu bangun. Baru dia hendak berlalu, aku menarik tangan dia perlahan. Dia kembali memandang aku.
"Good luck." Ucap aku. Syakila tersenyum membalas, perlahan-lahan dia membongkok dan mengucup dahi aku.
"Thanks. Jaga diri, kalo ada apa-apa call Sya tau." Sempat dia berpesan sebelum berlalu untuk mencapai beg diatas meja..
Sempat lagi dia memberikan flying kiss sebelum menutup pintu bilik. Aku menghantar dengan pandangan yang semakin memberat. Tidak tunggu lama, aku terus menutup mata. Melayan mata aku yang dari tadi hendak tidur.
*****
Aku terjaga sebaik mendengar telefon bimbit aku berlagu nyaring. Aku meraba-raba cuba mencapai telefon ditepi aku. Aku bangun daripada baring setelah telefon itu berada didalam genggaman aku.
Lagu nada dering sudah pun mati. Aku cuba melihat pada jam telefon. Jam 2 petang. Huh! Lama juga aku tidur. Badan aku pun sudah sedikit bertenaga berbanding pagi tadi.
10 missed call? Tapi dari nombor yang aku tak kenal. Siapa pula ni? Dalam keadaan mamai, aku cuba memerah otak.
Entah-entah Sya, baik aku call semula. Tanpa buang masa, aku dial semula nombor tersebut.
"Hello!" Ucap aku.
"Hello, Khai." Jawab disebelah sana. Aku pandang telefon aku. Eh, suara lelaki? Siapa?
"Siapa ni?" Tanya aku sopan. Yelah, kena lah sopan. Buatnya yang telefon ni pensyarah aku, mampus!
"Aku nak jumpa kau esok." Tanpa menjawab soalan aku, tiba-tiba sahaja dia memberi arahan.
"Eh, jap-jap. Kau siapa tiba-tiba nak jumpa aku ni?" Aku mula berfikir-fikir, cuba untuk mengecam nada suara orang itu
"Jumpa aku, cafe brotherhood jam 4 esok." Sekali lagi, dia sekadar meberi arahan.
"Weh bongok! Kau siapa suka hati je nak paksa aku jumpa kau." Marah aku.
Orang itu diam.
"Gila! Jawab lah, kau siapa?" marah aku semakin memuncak.
"Hisyam." Dan dia terus mematikan telefon.
Aku terkedu. Dan serentak itu juga pintu bilik terbuka dari luar.
"Eh, sayang dah sihat?" Ujar Syakila mendekati aku. Aku memandang dia dengan telefon masih melekap di telinga.
"Siapa tu?" Soal dia sebaik terpandang telefon aku. Perlahan-lahan aku menjauhkan telefon daripada telinga.
"My dad." Bohong aku. Aku menelan liur.
"Iya? Your dad tau ke Khai demam." Tanya dia lagi. Aku mengangguk perlahan.
"Tau. I told him." Tipu aku lagi. Syakila tersenyum.
"Okay lah kalo macam tu."
"Tengok apa Sya belikan untuk Khai. Your favourite ayam McD." Dia mengangkat beg kertas berlogo McD. Aku tersenyum kelat.
Bila dah menipu ni, semua benda jadi tak kena. Semua benda rasa bersalah.
"Sebab tu Sya lambat sikit, Sya keluar kejap belikan ni. Mesti Khai teringin kan. Tapi kalo Khai rasa tak boleh telan ayam ni, Sya boleh belikan bubur dekat cafe bawah. " Ucap dia. Dia meletakkan beg kertas tersebut disebelah aku. Aku semakin rasa bersalah.
"Takpe, Khai boleh makan. Tengok ni, Khai dah sihat kan." Aku mengangkat tangan dan membuat gaya ahli bina badan. Dia tergelak ceria.
No! Sya tak boleh tau pasal Hisyam. Aku kena rahsiakan benda ni dari dia. Aku berbisik didalam hati.
#vote #komen
*kenapa readers cerita ni makin berkurang😢😢😢.. Vote pun makin ckit. Slalu lepas 3 hari publish, dah 3++ yg baca... Skrg ni, lepas 3 hari baru 2++.... Mna korang??? 😭😭😭
Cerita ni dah tak best ke?.... Why? Why? Why?
![](https://img.wattpad.com/cover/146396975-288-k710892.jpg)
YOU ARE READING
Only you, my love! (GxG)
Romance"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...