01

82 11 2
                                    

                    12 tahun pun berlalu

Petang itu Lilly Baru tiba di darydale town. Dia mengelurkan telefon bimbit nya dari poket jacket lalu menelefon nenek nya. Dia memberitahu bahawa dia sudah tiba disana. Sesudah menelefon nenek nya dia duduk di perhentian bas darydale town tempat dimana neneknya menyuruhnya untuk menunggu.
Pelik .Gumam Hati Lilly kenapa neneknya menyuruhnya untuk tunggu , padahal rumah nenek Lilly tidaklah jauh  sangat daripada perhentian bas itu . 'kenapa tak suruh saja aku jalan kaki sampai rumah' fikir Lilly. Lilly melihat sekeliling Bandar tua itu. Perasaan aneh menyelubungi diri Lilly apabila memerhati kawasan itu. Hampir 12 tahun Lilly tidak menjejakkan kaki ke situ. Kali terakhir dia ke sana adalah semasa dia berumur 7 tahun . Tidak Lama selepas itu nenek lily tiba untuk menjemput Lilly menggunakan truck tua milik arwah suaminya . Sampai saja dirumah nenek nya,  Lilly terus masuk ke dalam rumah bersama-sama beg berisi pakaian dan barangan keperluan hariannya.  rumah itu tidak banyak berubah masih seperti dahulu . Sampai sahaja didalam rumah neneknya , Lilly terus duduk di sofa. Lilly memandang  sekitar ruang Tamu .
Lilly tersenyum seketika.  Rindu, Kata Lilly dalam hatinya. Lilly berasa amat hairan dengan diri nya kenapa begini rindu dia akan rumah neneknya dan Darydale Town. Lilly berbaring sambil melihat siling Dan Lilly termenung , dalam dia termenung Lilly akhirnya terlelap  Dan Lilly mimpikan sesuatu.

MIMPI LILLY

kelihatanya Ada 3 orang kanak-kanak sedang bermain di bawah pokok  rendang yang besar. Mereka ketawa dengan girangnya sambil berlari berkejar-kejaran , Tempat itu amat cantik dengan kehijauan nya , seperti Padang  yang luas, nyaman mata yang memandang . Seorang Budak perempuan berambut  Panjang sedang mengejar seorang budak lelaki sambil ketawa dengan girang nya.  Seorang lagi Budak lelaki hanya duduk memandang mereka sambil tersenyum. Aku perlahan-lahan melangkahkan kaki untuk pergi bermain-main bersama mereka. Setiba sahaja aku dibawah pokok  yang besar itu. Budak lelaki yang tadi nya duduk bersendiri terus menghampiri aku. Dia tersenyum sambil menarik tangan ku .  Melihat senyumannya aku pun turut tersenyum . Perasaan pelik menghampiri diri. Aku sepertinya mengenal mereka tapi aku sendiri pun tak ingat. Budak lelaki yang tersenyum tadi memberikan ku setangkai bunga ros berwarna merah . Aku tersenyum berasa gembira . Tanpa berfikir panjang ,aku mengambil bunga itu Dari tangan nya tanda aku menerima pemberian nya . Besar sekali kuntuman bunga itu, tangkai nya yang panjang bersama duri yang tajam berada disetiap tangkaian bunga Ros itu . Tidak di sangka jari ku terkena duri Bunga itu. Setitis darah jatuh dari tangan ku. Lalu muncul seorang lelaki tinggi yang berkulit pucat menghampiri ku dia seperti nya tertarik dengan ku, ya darah yang menitis dari jari ku itu la yang menarik perhatian nya. Budak lelaki yang memberiku bunga Ros Cuba untuk menghalang nya Dari mendekatiku begitu juga 2 orang kanak-kanak tadi Cuba menghalang nya .Namun apakan daya mereka tidak berdaya mengalahkan lelaki itu.
Lelaki itu perlahan-lahan mendekati ku sambil mempamerkan wajah yang mengerunkan. Dua gigi taring yang panjang  bersama dua pasang matanya yang merah sedang memerhatikan ku. Aku terus teriak sepuas hati apabila tangan nya mencengkam leher ku

'ahh' Jerit Lilly kecil Lalu terjaga Dari lena

Lilly mengurut dadanya yang berdegup laju.
Kenapa mimpi itu muncul.
Kenangan masa dia kecil, itu la mimpi yang sering Lilly alami Semenjak ini.

Tersedar daripada lena Lilly terus ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang kering. Lilly terfikir akan mimpinya tadi. Lilly kembali ke sofa dimana dia terlelap sebentar tadi.

Lilly memerhati sekeliling kawasan ruang Tamu rumah itu. Rumah itu tidak la besar mana ia lebih bersaiz sederhana. Terdapat dua sofa berwarna maroon yang menghadap television Dan sebuah jam dinding diatasnya. Dapur pula tidaklah jauh Dari ruang Tamu rumah itu.

'Lilly, Kenapa kamu tak tidur dibilik kamu, nenek  sudah sediakan bilik yang cantik dan khas untuk kamu ' Kata nenek Lilly .

'Lilly tertidur nek' balas Lilly sambil tersengih.

+Night Hunter+Where stories live. Discover now