02

68 7 0
                                    

James meninggalkan perkarangan rumah nenek Maria dengan perasaan bercampur-baur.

'Patut kah aku' persoalan itu  hanya terbuku Di dalam hatinya tanpa  sebarang  niat ingin diluahkan.

Dia meraup wajahnya kasar sambil menghembus nafas berat .

'Ahh, Entah lah ' Kata James Cuba akur dengan keadaannya .

James meneruskan perjalanannya menuju ke rumahnya. James tiba dirumah dengan fikiran bercelaru. Suara Atok briz terngia-ngia di telinganya.

"kamu mesti melindungi Lilly , jalankan tanggungjawab kamu melindungi dia"

"kamu lah orang yang lebih layak melindungi dia, jangan sampai si keturunan penghisap darah tu tahu , Lilly ada di Darydale. "

"putus kan hubungan kamu dengan keturunan penghisap darah tu, Cari la kawan yang Sama seperti kita"

James Sekali lagi menghembuskan nafas kasar . Berat baginya menunaikan permintaan Atok briz dan nenek Maria.
'Maafkan aku Vince, Aku terpaksa' Kata James dalam hati.

Kenangan 12 tahun Lalu merupakan tragedi yang sukar dipadam untuk  James , Kenangan itu mempunyai pahit manis yang sukar dibuang dari kehidupannya.

Throwback 12 tahun Lalu~

'Tangkap la saya' Jerit si kecil James.
Riang betul dia berlari .

'James , tunggu kalau aku dapat kau , aku geletek kau sampai pengsan . Kata Si kecil Rose. Dia tidak puas hati kerana tidak dapat mengejar James.

Rose memejamkan matanya. Anak mata yang tadinya berwarna kelabu kini berubah menjadi merah apabila Rose membuka mata.

'hei mana boleh macam tu , it's not fair ' Kata James tak berpuas hati.
Jika Rose seperti itu sudah Pasti James dapat ditangkapnya.

'I don't care ' Kata Rose sambil tersengih mengejek James.

'OK fine tak nak main' Rajuk James sambil duduk bersila mengeluarkan bibir muncungnya.

Rose hanya tersenyum geli hati melihat telatah James, Lalu duduk disebelah James yang sedang merajuk.

"Macam Perempuan lah kau ni , kuat merajuk " Ejek Rose.

"Mana Ada" nafi James.
"tunggu la nanti , bila aku dah besar, aku pun Ada keistimewaan macam kau , time tu aku Pasti lebih hebat dari kau " Kata James meninggi diri .

"yelah tu" Ucap Rose.

"ya betul, ah lepas tu kau dan Vince takpayalah bersembunyi dari the Gonzalez lagi , aku akan jaga kau" Kata James bersungguh-sungguh.

"Promise? " Ucap Rose sambil menghulurkan jari kelengkengnya Kepada James.

"Promise" Jawab James menghulurkan jari kelengkengnya menyambut jari kelengkeng Rose.

"jom kita pergi main dengan Lilly Dan Vince" ajak Rose.

"Jom" Kata James bersetuju.

Mereka berjalan sambil bergandingan tangan menuju kearah Lilly dan Vince yang bermain dibawah pokok yang rendang itu. Pada mulanya keadaan amatlah menyenangkan buat mereka , Namun keadaan berubah apabila duri bunga rose itu menusuk jari telunjuk Lilly. Rose dapat mengawal dahaganya kerana dia Vampire hybrid . Ibunya seorang manusia manakala ayahnya Vampire tulen. Vince sepertinya amat tertarik Kepada darah yang mengalir setitis demi setitis pada jari Lilly. Namun Vince Cuba menenangkan dirinya sambil menutup mata. Sukar bagi vampire tulen seperti Vince untuk menenangkan diri apabila melihat atau terhidu bau darah , apalagi bau darah Lilly. Entah dari mana seorang lelaki berumur sekitar 30-an berkulit pucat datang dan mengganggu aktiviti riadah mereka . Lelaki itu perlahan-lahan mendekati Lilly . Dia sepertinya sama spesis seperti Vince tapi dari puak yang berbeza. Vince yang menyedari kelakuan aneh lelaki itu cuba menolak lelaki itu , Dan dia berjaya membuat lelaki itu jatuh. Vince mengeluarkan taringnya tanda marah . Walaupun bertubuh lebih kecil dari lelaki itu Namun Vince kelihatannya lebih kuat dari lelaki itu.

+Night Hunter+Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang