Truck tua yang dipandu nenek Maria itu tiba dengan Selamat dikediaman Briz.
Kelipan lampu yang berbentuk Kristal menerangi setiap sudut rumah kediaman Briz mencuri perhatian Lilly .
"Hey Maria dan cucunya dah sampai "
Nenek Maria hanya tersenyum mendengar sapaan daripada salah seorang tetamu pada majlis tersebut.
'Nenek Kenapa kita ke Sini' Tanya Lilly sambil merangkul lengan neneknya.
Dia tidak senang akan mata-mata yang ada pada Majlis tersebut.' Lilly kamu tunggu kat sini sekejap , nenek nak jumpa Atok Briz sekejap' Kata nenek Maria kepada Lilly.
Lilly hanya mengangguk .
Lilly hanya berdiri sambil melihat-lihat keadaan sekeliling .' Hi ' Sapa James daripada arah belakang .
Lilly yang mendengar namanya disebut terus memalingkan tubuh kearah belakang.
'Jom ikut Saya' Ajak James sambil menghulurkan tanganya.
'kita nak ke mana' Tanya Lilly
James membawa Lilly ke ruang Tamu rumah mereka . Diruangan tersebut kelihatan Ada barang-barang lama dan gambar-gambar lama yang tergantung pada dinding. Lilly yang kagum dengan perhiasan dan gambar yang ada pada dinding mencapai salah satu gambar yang berbingkai kayu. Kelihatannya begitu klasik sekali. Dalam bingkai tersebut ada gambar seorang lelaki berbadan sasa yang hanya memakai seluar Jeans paras lutut di ikuti dengan 4 ekor serigala yang kelihatan bengis dalam gambar tersebut.
'Ini Siapa?' tanya Lilly membuka pembicaraan.
Mendengar pertanyaan lilly James hanya diam. Takut dia bercerita kepada lilly . Namun dikuatkan hatinya untuk menjawab pertanyaan lilly .
' Itu moyang saya ' Jelas James.
Lilly hanya mengerutkan dahinya .
' Nenek Maria tidak perna cerita pasal Darydale town ni kat Lilly ke? ' Tanya James .
Lilly hanya memuncungkan bibir lalu mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak .
'Jom ikut saya , kita dengar atok bercerita ' kata James sambil menarik tangan lilly .
Lilly hanya akur sambil mengikut corak langkah james .
Keluar sahaja lilly dan james dari rumah tersebut , kelihatannya Atok Briz dikelilingi kanak-kanak . Suasana malam itu tidak suram kerana diterangi dengan cahaya bulan dan satu-satunya cahaya lampu yang terang berada di dekat mereka .
Lilly hanya duduk mendengar Atok Briz memulakan ceritanya.
' Pada zaman dahulu Darydale town ni merupakan tempat dimana Manusia dan makhluk mitos seperti serigala jadian dan makhluk penghisap Darah seperti Vampire hidup dalam keadaan yang aman. Semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja , Namun semuanya menjadi tragedi yang pahit dan tidak akan dilupakan oleh penduduk darydale town . Dimana berlaku pemberontakan dikalangan Vampire . Puak Vampire akan bersifat Agresif apabila terhidu bau darah manusia . Vampire yang bersifat bongkak dan angkuh telah menindas kaum manusia . Mereka menyerang dan membunuh manusia satu persatu untuk tujuan kekebalan diri dan kekuatan diri . Mereka sudah lupa akan perjanjian persahabatan diantara manusia dan Vampire di darydale town . Ini disebabkan puak Gonzalez yang sombong dan bongkak . Mereka merupakan keturunan vampire tulen yang memerintah puak vampire hybrid dan beberapa puak vampire yang lain . Mereka berasa puas menghancurkan manusia . Namun , manusia tidak bodoh membiarkan makhlus penghisap darah itu berkuasa begitu sahaja . Mereka meminta bantuan daripada Werewolf. Werewolf merupakan makhluk serigala jadian . Mereka kelihatan seperti manusia namun berupaya menjadi serigala . Werewolf ini memiliki kekuatan seperti 100 orang lelaki . Dengan sekelip mata sahaja mereka mampu menumpaskan makhluk penghisap darah tersebut . Werewolf berjaya menghalau Vampire daripada menganggu manusia . Werewolf telah membuat tembok mistik yang tidak kelihatan oleh mata kasar manusia . Tujuan mereka membuat tembok tersebut adalah untuk menghalang vampire daripada tembus masuk ke kawasan manusia .

ANDA SEDANG MEMBACA
+Night Hunter+
VampiroHampir 12 tahun Lilly tidak menjejakkan Kaki ke Bandar tua itu . Namun dia kembali selepas kematian Ibunya . Setibanya dia di Bandar tua itu, perasaan aneh menyelimuti dirinya. Sepanjang keberadaannya di Darydale town, dia sering diganggu oleh mimpi...