Bab 2 - Siapa?

4.4K 84 0
                                        

Asbella menuruni anak tangga dengan perlahan apabila mak jah memanggilnya untuk bersarapan.Tetibe Asbella mendengar perbualan papanya di telefon.
"Okey baik. Jumpa di tempat biasa nanti." Itu sahaja butir perbualan papanya yang Asbella dengar. Asbella terus ke meja makan. "Papa cakap dengan siapa tadi?" soalnya sahaja selepas melabuhkan punggung ke sebelah kerusi papanya . "Kawan papa". Jawabnya ringkas. Asbella kurang pasti dengan jawapan papanya kerana papa lebih suka bercakap secara face to face dengan rakannya berbanding di telefon.

"Asbella habis belajar lagi sebulan kan?Lepasni bolelah bantu papa di pejabat"Soal Datuk A'Maleek sebaik melihat muka anak daranya seakan berubah. "Haah" jawab Asbella ringkas sambil senyum. Walaupun dia tidak berapa gemar dalam berbisnes tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan papanya yang ingin dia mewarisi syarikat pelancongan papanya.

"Dah. Papa dah lambat ni . Hati hati keluar nanti" kata Datuk A'Maleek lalu mencium ubun ubun anaknya.Asbella hanya melihat papanya keluar sambil tersenyum walaupun dia pelik kerana sejak sejak kebelakangan ini papanya berpesan untuk berhati hati.

•••••••••••••••••••

Asbella berjalan ke arah keretanya. Hari ini Asbella tidak lepak bersama rakan rakanya kerana dia berasa malas dan tidak ada mood.

Tiba-tiba Asbella terasa seperti seseorang mengikutinya dari arah belakang. Apabila tengok kebelakang. Tiada siapa pulak.Takkan hantu pula ada tengah hari buta ni. Fikirnya . Asbella berjalan ke arah keretanya dengan riak wajah yang tenang padahal dalam hati tuhan saja yang tahu .

Semakin lama semakin laju . Lalu dia berlari ke keretanya dan cepat cepat mengunci pintu. Asbella terkejut apabila melihat cermin belakang. Terdapat seseorang lelaki berbaju dan bertopi hitam. Kulitnya putih kemerahan mungkin akibat cahaya yang panas. Wajahnya ditutup dengan mask hitam. Tetapi separuh wajahnya dapat dilihat dengan jelas melalui cermin. Siapa lelaki itu? Dia nak apa dari aku? Asbella terus menjadi panik. Fikirnya dia ingin melanggar sahaja lelaki itu tetapi beberapa minit lelaki tersebut menghilangkan diri.

Dia memberanikan diri keluar dari kereta dan mencari lelaki tersebut tetapi malangnya lelaki itu sudah tiada. Lalu dia menghidupkan kereta dan pergi dari situ dengan seribu pertanyaan di mindanya. Siapa dia?

A S B E L L ATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang