Hari perkahwinan nya akan diadakan lusa. Selama ni dia tidak pernah melihat bakal suaminya . Sudah berapa kali Maklong sebelah arwah ibunya menyuruh dia berjumpa dengan bakal suaminya tetapi Asbella masih tetap berdegil. Bukannya apa dia tahu yang Asbella terpaksa kahwin dengan pilihan adik iparnya itu . Tapi takkan sampai taknak kenal bakal suaminya. Pelik pula dirasanya.
"Kamu ni kalau ye pun tak suka dengan kehendak papa kamu , tapi jangalah protes sampai macam ni. Masetu maklong dah jumpa dia dah. Handsome orangnya. Baik pula tu . Pergila jumpa dengannya" pujuk maklong dibirai katil sambil melihat anak saudaranya sibuk bermain handphone.
"Alaa maklong . Nnti nnti dapat juga jumpa dia . Lagipun dia dah tengok muka Asbella dah . Kalau dia taknak , dah lama dah dia reject" bantahnya.
"Hissh kamu ni . Lantak la ! entah entah laki kamu tu ada bini 3 padan muka kamu!" kata maklong lalu pantas meninggalkannya .
Asbella tergelak sikit mendengar kata kata maklongnya. Takkan la papa sanggup jadikan anaknya isteri no 4.Sebenarnya dalam hatinya teringin juga nak jumpa bakal suaminya . Tetapi dia takut. Dia takut akan kekurangan dirinya itu. Bagaimana dia ingin memberitahu bakal suaminya tentang keadaan dirinya. Dirinya yang bukan dara lagi. Dan paling menyakitkan hati bahawa dirinya telah dirogol.
Tiba-tiba dia teringat kejadian hitam sebulan yang lalu. Selepas dia berjaya melarikan diri dari lelaki tersebut dari hotel. Dia terus balik ke rumah. Dia buntu. Dia malu untuk membuat report polis. Hampir 2 minggu juga dia menyendiri . Tapi setelah dipujuk oleh papa baru lah dia kembali kepada keadaan asal. Dia cuba untuk melupakan hal buruk itu walaupun berat. Dia cuba gembirakan dirinya untuk papa dan untuk hari perkahwinannya akan datang .
"Asbella" jerkah papanya yang sudah berada di birai katil . Terkejut dibuatnya. Entah bila papa dia berada di situ pun dia tidak tahu .
"eh..ye pa?" tanya Asbella .
"Kamu ni termenung apa sampai papa panggil banyak kali tak dengar?" soal papanya pelik. Sejak sejak ni Asbella sering termenung jauh .
"Ee..err.. takde pape la pa"jawabnya perlahan sambil mendekati papanya. Takkan la dia ingin menceritakan tentang kejadian buruk yang berlaku pada dirinya. Kang tak pasal pasal kena heart attack pula.
"Hmm.. Papa ada benda nak cakap ni"Kata papanya sambil mengusap kepala Asbella yang berada di dakapannya. Itulah satu satu permata yang ditinggalkan arwah isterinya.
"ye pa?"soal Asbella pendek. Sungguh dia selesa berada didakapan papanya.
"hmm..nanti kamu dah kahwin..kamu kene ikut cakap suami kamu ye sayang..jangan mengada ngada macam budak budak lagi.. jangan degil macam ni lagi..jadi isteri yang dengar cakap suami...jadi isteri yang solehah macam mama kamu tau..jangan buat perangai buruk kamu lagi...lepasni papa dah takde..tanggujawab papa pada kamu pun dah lepas...papa nak minta maaf kerana paksa kamu kawin dengan pilihan papa..papa sayang Asbella" nasihat papanya dengan nada rendah. Terasa berat dihatinya ingin melepaskan permatanya yang sorang itu. Air matanya ditahan dari jatuh."Paa.."Abil mendongak melihat papanya. Air matanya sudah bercucuran jatuh di pipinya. Selama ini dia berasa bahawa papanya hanya mementingkan kerja dari dirinya. Tetapi tanggapan dia salah.
Dia memeluk papanya erat. Mulutnya seakan terkunci. Tidak mahu mengatakan apa apa. Hanya airmata yang menjadi jawapanya.Datuk A'Maleek meleraikan pelukan itu. Dia mengesat air mata anaknya yang masih bersisa di pipi.
"Dah tak mau nangis nangis macam ni.Hilang seri pengantin nanti" Guraunya. Dia tidak mahu anaknya bersedih.
"Ishh papa ni ada ada je"Marah Asbella manja. Tak kena masa betul papa nak bergurau.

YOU ARE READING
A S B E L L A
RomanceAsbella seorang gadis yang biasa dan kehidupannya normal . Tetapi setelah pertemuan dengan seseorang . Kehidupannya berubah . Apa yang berubah? Dan siapakah seseorang itu?