Datuk A'Maleek melihat anaknya menuruni anak tangga . "Asbella come here and sit with me"pinta Datuk A'Maleek sambil menepuk nepuk sofa disebelahnya. Asbella hanya menuruti permintaan papanya dengan lemah . Selesai Asbella duduk di sebelahnya . Datuk A'Maleek hanya pandang wajah anaknya di bahunya dengan pandangan kasih sayang. Manja . Sama seperti mamanya . Bisik hati kecil Datuk A'Maleek.
"Sebenarnya papa ada perkara nak cakap dengan kamu". Asbella terus mendongak kepalanya dan melihat papanya dengan pandangan pelik. Jarang sekali papanya berkelakuan begini. "Apa dia pa?"Soalnya . Datuk A'Maleek memandangnya dengan pandangan redup. Walaupun susah membuat keputusan sebegini. Tetapi dia harus teruskan untuk keselamatan anaknya. " Papa nak kamu kahwin" kata Datuk A'Maleek dengan nada rendah tetapi tegas.
Terbeliak mata Asbella mendengar jawapan papanya. Kenapa papa dia tiba-tiba sahaja suruh dia kahwin? Dengan bukannya ada boyfriend atau kawan lelaki keliling pinggang seperti Naura. Lagipun umur dia baru 20 tahun. Masih muda lagi kot.
"Papa dah ada calon untuk Asbella dan papa harap Asbella terima."Kata papanya seperti faham reaksi anak daranya yang terdiam sejak tadi.
"What?No papa! Bella masih muda dan Bella taknak kahwin! Masih banyak lagi benda yang Bella nak buat! Apa ni papa!?" Bentak Asbella apabila mendengar papanya mempunyai calon suami buatnya. Apa papa dia ingat ni zaman dulu ke kena kahwin dengan pilihan family.Melihat reaksi Asbella sebegitu dia terus bangun dan berkata " You must listen to me and no objection!Perkahwinan akan berlangsung two months from now!" Tegas papanya dan berlalu pergi.
Asbellah terduduk. Dia masih tidak terima dengan apa yang berlaku. Dia tahu dia tiada hak untuk memujuk papanya kerana papanya seorang yang tegas dan degil. Jika papanya kata A makan A la jawapanya.
"Mama...papa jahat.."bisiknya dalam hati. Selalunya mama dia akan memeluknya dan menenagkan dia . Tetapi sejak 7 tahun yang lalu dia terpaksa memujuk hatinya sendiri jika seseorang menyakitkan hatinya . Dan kali ni dugaan ini amat besar buatnya .
habislaa kena kahwin pulaa dahh . agaknyat apa yang terjadi eh lepasni? hehe jangan lupaaa untuk tunggu next chapter xoxo

ANDA SEDANG MEMBACA
A S B E L L A
RomantizmAsbella seorang gadis yang biasa dan kehidupannya normal . Tetapi setelah pertemuan dengan seseorang . Kehidupannya berubah . Apa yang berubah? Dan siapakah seseorang itu?