Bab 7- Misteri

2.8K 69 0
                                    

"Asbella turun sayang! Sarapan!" jerit Mak Jah disebalik pintunya.
"Yee Mak Jah.Kejap lagi saya turun" Kata Asbella sambil menguap beberapa kali.

Asbella pergi ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah membersihkan diri Asbella turun untuk sarapan pagi. Papanya sudah awal awal lagi turun untuk bersarapan.
Asbella duduk berhadapan dengan papanya. Sudah seminggu dia berada di rumah. Dia ingin menyatakan hasrat untuk mula kerja di syarikat papanya tapi papanya seakan tidak mahu ingin dia bekerja. Manakan tidak kalau betulah papanya mahu dia bekerja sudah tentu tentu papanya memberitahunya untuk mula bekerja. Ini tidak.

"Papa rasa Asbella tak payah lah kerja sebab tak lama lagi Asbella nak jadi isteri orang dah."kata Datuk A'Maleek setelah memikirkan tentang anak daranya akan berkahwin tidak lama lagi . Asbella tersedak mendengar kata papanya . Cepat cepat dia minum air.
"Haa?! Apa papa cakap ni? Kalau papa tak bagi Asbella kerja buat apa Asbella belajar tinggi tinggi?! Dulu papa yang cakap lepas Asbella habis belajar Asbella boleh terus kerja tempat papa? Ni takkan sebab Asbella nak kahwin Asbella tak bole kerja?!"Bentak Asbella geram. Dulu papanya yang beriya riya suruh dia kerja tempat papanya. Ni sebaliknya pula.

"Yee papa tau. Tapi bila papa fikir balik. Papa masih bole uruskan syarikat. Papa taknakla lepas Asbella kahwin Asbella sibuk dengan kerja. Lagipun kalau Asbella kahwin , Asbella ada tanggujawab sebagai seorang isteri.    Besar tanggujawab tu sayang."kata Datuk A'Maleek dengan lembut. Dia sudah tahu dengan perangai Asbella yang akan mengamuk tu. Jadi dia cuba bersikap tenang walaupun dalam hati geram dengan sikap degil anaknya.

Melihat Asbella tidak merespon apa-apa Datuk A'Maleek terus bangun dari kerusi. "Papa dah lambat ni. Nanti pukul 3 kamu pergi ke Starbuck Jusco . Suami kamu tunggu"kata Datuk A'Maleek selamba. Asbella merengus geram. Belum pape lagi dah kata suami papa ni. Sengaja naikkan marahnya .

------------

Jam sudah pukul 3.45 tapi kelibat bakal suaminya masih belum muncul.
"Ish dia ni .kata pukul 3 ni nak dekat 1 jam aku tunggu tak sampai sampai lagi" bebelnya dalam hati sambil memandang sekeliling. Melihat keadaan sekeliling yang agak sesak ,

Asbella bangun dari tempat duduknya dan ingin berlalu dari situ. Semasa ingin meninggalkan cafe tersebut Asbella terlamggar seorang jejaka. Asbella memandang mata lelaki sekilas dengan wajah agak masam. Lalu dia terus berlalu tanpa sepatah maaf dari mulutnya.

Lelaki itu tersenyum sambil geleng kepala melihatnya.

-------------

Asbella memandu keluar dari bangunan Jusco tersebut . Dia sememangnya tidak suka dengan orang yang punctual. Dahla ni baru first "date" dengan bakal suaminya yang entah siapa. Tapi dah buat hal. Ni nak jadi laki. Memang taklah. Bentaknya dalam hati.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Asbella memberhentikan keretanya di laluan kecemasan. Dia tidak berani ingin membuka mesej sewaktu memandu. Lagi lagi dia baru sahaja dapat lesen P . Kang tidak sia sia lesennya ditarik balik kalau terjadi apa apakemalangan.

From:0131145++
Eh marah masam betul muka. 😋

Asbella terkejut melihat nombor yang tidak dikenalinya. Lagi terkejut apabila melihat kandungan mesej tersebut. Macam mana orang tu boleh dapat nombor telefonya? Dan macam mana orang itu tau reaksi mukanya?
Asbella cuba berlagak tenang. Mungkin salah nombor kot . Tidak lama kemudian terdapat satu lagi mesej masuk.

From:0131145++
Tenung apa je kat phone tu? Taknak balas mesej saya ke?😜

Asbella sangat terkejut. Dia menjadi takut. Dia melihat sekeliling jalan raya. Jalan tersebut agak sibuk. Dia melihat ke arah deretan kedai. Kot kot ada orang tengah memerhatikannya.Tapi malangnya terlalu ramai orang untuk disyaki. Asbella tanpa berfikir panjang terus memecut laju ke rumahnya.

Setibanya di rumah dia menghubungi papanya. Dia ingin memberitahu bahawa dia tidak berjumpa dengan bakal suaminya. Papanya mengatakan bahawa bakal suaminya sudah berjumpa dengan dirinya. Asbella menjadi pelik. Sejak bila dia jumpa bakal suaminya . Ke entah entah dia salah jumpa perempuan lain ke.Bisiknya dalam hati . Dia cuba amengingatkan tentang kejadian petang tadi . Tiba-tiba dia teringat lelaki yang dia langgar. Muka lelaki tadi seakan pernah dia jumpa tapi dimana. Soal hatinya.

Dia cuba mengingati lelaki tersebut. Tuppppp!Lelaki tu! Lelaki tu pernah cuba mencabulnya di tempat parking kira kira sebulan yang lalu. Asbella terasa geram membara dihatinya. Kenapalah dia tidak mengingati wajah lelaki itu tadi. Kalau tak dah lama dia tumbuk muka lelaki itu. Bentaknya dalam hati.

Sejak kejadian di tempat parking tersebut. Lelaki tersebut sudah tidak mengikutnya lagi. Asbella berasa bersyukur kerana dia tidak perlu lagi risau tentang keselamatan dirinya lagi. Tapi selepas kejadian tadi rasa takut mula menyerang dirinya.

Tiba tiba dia terfikir tentang kata kata ayahnya bahawa bakal suaminya sudah berjumpa dengan dirinya. Adakah...? Oh tidak tidak..
Asbella mengambil telefon dan mendail nombor yang tidak dikenalinya itu... Tutt.. Tutt... tidak diangkat .. Asbella cuba sekali lagi ... Tutt..Tutt.. tidak angkat lagi . Ish tak reti nak angkat ke telefon tu. Bentaknya. Tanpa berfikir panjang Asbella terus menghantar SMS kepada no yang tidak dikenalinya itu.

To:0131145++
WHO ARE YOU? WHAT DO YOU WANT FROM ME?! IF U A MEN SHOW ME YOUR FACE AND DONT BE COWARD LIKE A LITTLE GIRL!!!

Asbella menunggu SMS dari lelaki tersebut selama beberapa minit tapi tidak dibalas . Arghhh! Dasar lelaki pengecut ! bentaknya. Asbella menunggu sehingga tertidur dibuatnya.

---------------------

Faliq tersenyum melihat mesej yang diterima. Akhirnya rancangannya akan berjaya tidak lama lagi . Dia membaringkan dirinya bersebelahan dengan wanita yang baru dikenalinya beberapa minggu yang lalu di club . Senang jadi lelaki. Mengayat sikit dah dapat habuan untuk memuaskan nafsunya. Dasar wanita murah.Bisik hatinya sambil melihat wajah Sufia didepannya.

haiii awak awak semuaa! macam mana cerita Asbella ni? Okey takk? Kalau okeyy jangan lupa vote and follow tauuu!! kalau tak taknak update lagi hehehehwh

A S B E L L AWhere stories live. Discover now