"Ibu... Ayah... Kakak rindu ibu dan ayah. Kakak tak sabar nak jumpa ibu dan ayah dekat syurga nanti." kata Nadia Imani selepas membaca surah yassin dan surah Al-Fatihah untuk kedua ibu bapanya.
"Ibu... Ayah.. Kakak dapat sambung belajar IPTA dekat Perlis. Kakak dapat sambung belajar kos Pengurusan Makanan. Tapi... Kakak takut nak tinggalkan adik dengan Mak Su. Kalau kakak tinggalkan adik, mesti adik kena dera dengan Mak Su. Apa yang perlu kakak buat ni ibu ayah... " Katanya lagi sambil memeluk pusara kedua ibu bapanya. Lalu Nadia pun mengemaskan rumah kedua ibu bapanya. Setiap kali Nadia hadir ke rumah baru ibu bapanya itu, Nadia pasti akan mencabut rumput atau lalang yang ada di sekitar rumah ibu bapanya itu. Kini, sudah hampir 15 tahun pemergian kedua ibu bapanya. Ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan antara lori dan kereta ibu bapanya. Ketika itu, usia Nadia hanyalah 3 tahun, manakala adiknya Nur Nazhifah Imani berusia 1 tahun. Sejak daripada kemalangan meragut nyawa kedua ibu bapanya itu, adik kepada ayahnya iaitu Fadzlina atau dikenali sebagai Mak Su yang menjaga mereka berdua adik beradik. Mak Su tidak menyukai mereka berdua kerana mereka berdua sering dikatakan menyusahkan hidup Mak Su. Nadia dan Nazhifah dilayan seperti orang gaji di rumah Mak Su nya. Sejak daripada kecil, Nadia dan Nazhifah diajar memasak nasi lemak dan membuat pelbagai jenis kuih-muih oleh Mak Su nya untuk dijual ketika di waktu pagi. Mereka berdua juga perlu mencari duit perbelanjaan sekolah sendirian tanpa meminta daripada Mak Su nya. Ketika umur 7 tahun lagi, sebaik sahaja selepas pulang dari sekolah. Nadia akan pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk pergi bekerja. Nadia akan ke kawasan longgokan sampah untuk mencari tin-tin kosong atau kotak-kotak untuk dijual. Jika Nadia ke sekolah, Nazhifah akan membantu Mak Su nya di warung kecil di bawah pohon yang besar dan redup. Walaupun Nazhifah masih kecil, Mak Su tetap tegas mengajar Nazhifah bekerja. Dan kini, mereka berdua meningkat remaja, Nadia berusia 18 tahun manakala Nazhifah berusia 16 tahun. Jalan cerita kehidupan mereka masih sama sejak dulu sehingga sekarang."Haaa. Dah puas meratap kubur mak ayah kau? " jerit Mak Su sambil tangannya mencekak di pinggang. Nadia hanya menundukkkan pandangannya daripada melihat Mak Su nya itu.
"Dah, kau pergi naik atas. Tukar baju. Pergi siapkan kuih muih. Malam ni ada tempahan kuih banyak. Seratus karipap, seratus donut gula, seratus kek lapis. Kau ingat aku buat sorang, sempat ke nak siap? " kata Mak Su nya lagi sambil jarinya menunjuk ke arah belakang.
"Baik Mak Su... " balas Nadia pendek sambil meluru ke pintu masuk rumah. Mak Su hanya menjeling sahaja melihat Nadia meluru masuk ke rumah.
"Ehh, Along dah balik? " soal Nazhifah atau lebih mesra dipanggil sebagai Ipah.
"Dah. " balas pendek Nadia sambil membasuh tangan untuk membantu adiknya membuat kuih-muih yang ditempah untuk jamuan malam ini.
"Along nak tahu? Tadi Mak Su marah sangat dekat Along sebab Along lama dekat pusara ibu dengan ayah. Habis telinga Ipah ditariknya. Padahal bukan salah Ipah pun. " kata Ipah sambil menyiapkan kuih karipap.
"Along tahu Mak Su marah dengan Along... Tapi bukannya Along tak bagitahu Mak Su. Along dah siap bagitahu dekat dia yang Along nak pergi pusara ibu dengan ayah. Bukannya Along pergi senyap-senyap. " balas Nadia.
"Kenapa Mak Su benci kita eh? " soal Nazhifah.
Tanpa sempat Nadia membalas soalan adiknya itu, Mak Su telah masuk campur.
"Haaa, korang gosip apa tu? Gosip pasal aku eh? " soal Mak su sambil mencekak pinggang. Nadia dan Nazhifah pandang sesama mereka. Mereka berdua hanya mengunci mulutnya sahaja.
"Korang tahu tak, aku ajar korang buat kuih, nasi lemak semua ni sebab untuk korang sendiri. Aku nak ajar korang bertapa susahnya hidup cari duit. Masa korang kecil-kecil dulu. Memang Mak Su suruh korang kutip tin, kutip kotak. Tapi semua tu bersebab. Korang ingat dengan aku jual kuih-muih, nasi lemak pagi-pagi tu. Cukup ke nak sara korang berdua? Tak cukup Nadia, Ipah... Aku bukannya benci korang. Tak terlintas lansung Mak Su nak benci korang berdua. Dulu memang Mak Su benci sebab dulu Mak Su masih muda. Baru umur berapa belas tahun dah kena pikul tanggungjawab jaga korang berdua. Mak Su berhenti sekolah sebab nak kena jaga korang. Sebab tu Mak Su ajar korang berdua dengan tegas sebab Mak Su tak dapat nikmat belajar macam korang. Duit-duit hasil yang korang jual tin kotak tu semua. Tu semua, Mak Su bayar duit yuran sekolah korang, duit rumah ni, bil api, bil air. Sebab tu kadang-kadang ada duit korang, Mak Su tak sentuh. Mak Su bagi untuk duit belanja sekolah korang. Faham? " jelas Mak Su sambil memandang mereka berdua yang sedang tunduk.
"Faham Mak Su... " balas mereka berdua.
"Cepat peluk Mak Su."
Lalu mereka berdua terus laju memeluk Mak Su. Kini, mereka sudah tahu mengapa Mak Su bersikap tegas terhadap mereka berdua. Mak Su bukanlah tidak sayang dengan mereka berdua, cuma Mak Su terasa terbeban kerana Mak Su perlu menjaga mereka berdua ketika di bangku sekolah lagi. Mak Su juga hanya mempunyai abangnya sahaja untuk perbelanjaan sekolah kerana ibu dan bapanya juga telah meninggal dunia. Kerana itu, apa yang dirasakan oleh Mak Su perlu diajar kepada Nadia dan Nazhifah agar mereka tidak merasa hidup senang lenang dengan mudah. Kerana Mak Su juga merasa seperti apa yang dirasa oleh mereka berdua.
YOU ARE READING
DIA YANG AKU PERLU
RomanceKebahagiaan yang sudah lama dicari, akhirnya muncul di saat dia memerlukan. "Kau nak tahu? Dalam banyak-banyak benda yang aku paling menyesal dekat dalam dunia ni, aku menyesal bila aku kenal kau Nadia!" -Aidan "Kalau kau nak tahu pulak, bukan kau...