BAB 3

58 2 1
                                    

"Nadia, makcik nak empat bungkus nasi lemak ye. " kata salah seorang pelanggan di warung Mak Su nya.

"Baik makcik. " balas Nadia.

"Nadia, order makcik ni biar Mak Su buat. Nadia pergi ambik order dekat meja hujung tu ya.  Ramai sangat orang tu. Mak Su segan.  Tengok macam produksi produksi lakonan je. " kata Mak Su sambil menjenguk ke arah meja hujung yang diduduki lebih kurang 20 orang.

Nadia hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Lalu Nadia mencapai sebuah buku kecil serta pen dan pergi ke arah meja mereka.

"Assalamualaikum, nak order apa ye? " soal Nadia sambil memegang sebuah buku kecil untuk mengambil order mereka.

Salam Nadia,  dibalas oleh mereka semua.

"Sini ada apa ya? " soal Aidan sambil membuka kaca hitamnya.

"Kami ni warung kecil je. Ada nasi lemak dengan kuih-muih. Tapi nasi lemak kami, ada macam-macam lauk. Ada ayam masak merah, sambal sotong, sambal udang dan daging masak kicap untuk harini. " kata Nadia dengan nada yang lembut.

"Okey, kalau macamtu bagi kami Nasi Lemak dengan semua lauk yang ada. Saya nak satu pinggan tu ada empat-empat lauk yang awak cakap tu untuk 20 orang." balas Aidan sambil melihat wajah Nadia yang cantik itu.

"Okey, baik! " balas Nadia dengan nada gembira. Maklumlah, harini warung Mak Su nya laku keras dengan kehadiran mereka.

"Adik, tolong kira terus ya." balas Aidan lagi.

Nadia menganggukkan kepalanya lagi.

"It's a wrap for today!" jerit pengarah.
Para pelakon dan pihak produksi bertepuk tangan tanda gembira. Mana tidaknya, daripada jam 10pagi sehingga 5:30pagi cuba untuk menghabiskan scene untuk hari ini. Mata mereka sudah tidak tahan lagi untuk ditanggung. Di minda mereka, mereka sudah nampak katil yang empuk serta suhu yang sejuk di bilik mereka. Mereka tidak sabar ingin balik ke bilik masing-masing. Pada hari esok, masih ada berbaki lagi 15 scene yang perlu dihabiskan sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Kini, masa untuk berehat seketika sebelum memulakan kerja pada jam 11pagi nanti.

Jam menunjukkan pukul 8:45 pagi, Aidan mula rasa lapar. Aidan bangun daripada katilnya dan melihat di ruang meja adakah ada makanan yang boleh dimakan di pagi ini. Aidan menyelongkar barang-barang yang ada di atas meja itu.  Malangnya,  tiada satu makanan pun yang boleh dimakan. Tanpa berfikir panjang, Aidan mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aidan sempat bernyanyi sambil mandi. Udara yang sejuk akibat penghawa dingin dan kemudiannya mandi dengan menggunakan water-heater bersuhu agak suam, merupakan gabungan yang amat sempurna! Setelah siap mandi, Aidan memilih baju t-shirt kemeja putih jenama Polo serta seluar jeans berwarna biru gelap untuk Outfit Of The Day nya. Setelah siap,  Aidan mencapai kunci keretanya dan terus keluar daripada biliknya untuk keluar sarapan pagi. Kali ini, Aidan hanya berseorangan kerana Melly masih dibuai mimpi indah. Aidan membawa kereta dengan kelajuan yang sederhana kerana lokasi yang ingin ditujunya merupakan kampung di tepi laut. Lokasi yang dituju adalah warung Mak Su. Aidan tidak boleh move on dengan nasi lemak Mak Su.  Sangat sedap dan berlemak! Sebaik sahaja Aidan meletakkan kenderaannya, Aidan terus masuk ke warung kecil itu dan duduk di meja kosong.

"Ya, nak order apa? " Aidan disapa oleh Nadia.

" Harini nasi lemak, lauk apa? " soal Aidan.

"Haa,  nasib baik encik datang harini. Harini lauk special kita,  kita ada daging blackpepper dannnnnnnnnnnnnn ikan pari bakar. Ikan pari ni, saya masak tau. Rugi sangat kalau encik tak cuba. " kata Nadia lagi dengan nada gembira.

"Okey, saya nak dua-dua lauk tu. Nasi tambah. Milo ais tabur satu. " balas Aidan sambil membelek telefon bimbitnya.

"Okey encik! Order diterima! " balas Nadia. Lalu Nadia terus ke ruangan belakang untuk menyiapkan pesanan lelaki tersebut.

Setelah, pesanan Aidan disiapkan, tanpa membuang masa, Aidan membaca doa makan lalu terus menyuap satu persatu nasi lemak yang sangat enak itu.

" Mr. Aidan! Where are you going?!" soal Melly yang sedang menunggu di lobi hotel. Hampir dua jam Melly menunggu Aidan di lobi itu sehingga beberapa ahli produksi menanyakan mengenai Aidan.

" Eh Melly, you buat apa dekat sini? Why you duduk dkt lobi ni?" soal Aidan dengan muka kehairan.

" I call you, you tak angkat. What do you expect? Encik Harun dah marah tau sebab you lambat. Kita ada last scene pukul 10 tadi. Now dah pukul berapa? You pergi mana?" soal Melly dengan nada agak marah kepada Aidan. Walaupun Melly hanya pembantu Aidan, dia amat menitikberatkan soal waktu kerja Aidan.

" I pergi breakfast dekat kedai nasi lemak yang kita makan semalam tu. Ni, I ada tapau untuk you. You whatsapp production, you cakap kita lewat sikit. Now, you pergi makan okey... " balas Aidan. Lalu, Aidan terus menghulurkan sebungkus nasi lemak kepada Melly. Melly menyambut bungkusan daripada Aidan itu dengan muka agak geram. Nasib baik, aroma bau nasi lemak itu sungguh menusuk kalbu! Hilang terus kemarahan di hati Melly.

Lalu, Aidan terus menuju ke pintu lif untuk naik ke biliknya di tingkat 5.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DIA YANG AKU PERLUWhere stories live. Discover now