"Mummy, boleh tak suruh Daddy jangan masuk campur hal Aidan? Aidan ni dah besar lah Mummy. Aidan tahu apa yang Aidan nak dalam dunia ni. " kata Aidan sambil membuka televisyen di ruang tamu rumahnya.
"Mummy nak kata macam mana lagi dekat Aidan? Daddy yang nak sangat Aidan berhenti daripada menjadi seorang pelakon. Daddy provoke Mummy suruh jugak Aidan berhenti. " balas Latifah sambil mengusap-usap bahu anaknya itu.
"Mummy, Aidan taknak kerja dengan Daddy. Ni bidang Aidan. Aidan pilih jalan ni. Aidan pilih nak jadi seorang pelakon. Alhamdulillah, Aidan ada wang yang cukup. Bulan-bulan bagi Mummy Daddy walaupun Daddy dah kaya. Aidan ada rumah sendiri. Aidan ada kereta sendiri. Semua Aidan ada. Aidan mampu nak sara hidup Aidan dengan menjadi seorang pelakon. Hina sangat ke pekerjaan ni dekat mata Daddy? " ulas Aidan sambil tangannya menunjuk ke arah rumah, kereta dan segalanya yang dia ada.
"Aidan, Mummy and Daddy taknak pun duit Aidan tu semua. Mummy cuma nak Aidan dengar kata Mummy, kerja dengan Daddy. Kalau taknak fikir untuk Daddy. Buat untuk Mummy. " balas Latifah sambil memegang kedua-dua belah tangan anaknya itu.
Aidan terdiam.
"Aidan, apa jadi lagi petang tadi? Aku dengar Mummy datang rumah bagi nasihat dekat kau? " soal abangnya itu iaitu Azree Zamree sambil membuka jam tangannya dan diletakkan di atas meja. Azree Zamree merupakan abang kepada Aidan Naufal. Berusia 28 tahun dan bekerja sebagai Pengurus Kewangan di syarikat bapanya iaitu HL Holding. HL holding merupakan syarikat besar yang mempunyai banyak anak syarikat yang bekerjasama dengannya.
"Hmm. Macam biasalah. Pujuk aku kerja dengan Daddy. Kau tahu kan, aku suka bidang yang aku kerja sekarang." balas Aidan.
"Aku tahu. Tapi apa salahnya kau buat demi nak balas jasa baik diorang. Diorang dah membesarkan kau. " balas Azree lagi.
"Bang, Aidan ni bukan otak geliga macam kau yang boleh kira akaun yang entah berapa banyak kena kira tu. Ni bidang yang aku mampu. Kalau aku masuk company Daddy. Kalau bankrupt macam mana? " balas Aidan lagi. Mukanya sudah mula runsing.
"Aku taksuruh kau jadi accountant macam aku. Banyak lagi kerja lain yang kau boleh buat dekat company Daddy tu." balas Azree sambil membuka tali lehernya pula.
"Dah lah. Rimas aku dengan topik ni. Petang tadi, Mummy bebel. Malam pulak, aku kena dengar kau membebel. Arghh, rimass! " balas Aidan. Lalu Aidan terus menaiki tangga dan masuk ke biliknya. Pintunya dihempas tanda marah.
Azree hanya menggelengkan sahaja kepalanya.
"Good morning Aidan Naufal, awal you datang harini. So today kita ada sepuluh scene dekat rumah ni and then, we need to move to another place dekat Ipoh." balas Pembantu Peribadi Aidan iaitu Melly atau nama sebenarnya Nur Mellisa. Melly merupakan PA yang sangat funny tetapi tegas apabila melibatkan kerjaya majikannya.
"We need to go to Ipoh by today?" soal Aidan.
"Yes! Exactly! By today after you finish all your scenes today. " balas Melly sambil menghadiakan senyuman kepada Aidan.
"Okay, thank you Melly. Now, please help me. Get all my stuffs in the car, okay? " balas Aidan lagi sambil memberikan kunci keretanya ke Melly.
"Okay big boss! " balas Melly. Sebaik sahaja, Aidan menghulurkan kunci keretanya, Melly terus menuju ke arah kereta milik majikannya untuk mengambil barang untuk pengembaraan pada hari ini.
"Melly, kau drive lah kereta aku harini. Aku penat lah nak drive. Lagi-lagi nak ke Ipoh. Boleh? " soal Aidan sambil membuka jaket bajunya.
"Emm, sure. Why not? But fulus tambah okey? " kata Melly sambil ibu jari dan jari telunjuknya digesel (tanda duit).
"Itupun kau nak berkira kan? Aku sekeh kau satgi kang. Macam lah aku tak pernah bagi kau extra. " balas Aidan sambil mengbaling kunci keretanya ke arah Melly.
Melly hanya menjelirkan lidah dan lalu gelak sendirian.
Sedar tak sedar, masa telah menunjukkan jam 10 malam. Akhirnya mereka sudah sampai ke destinasi. Melly melihat Aidan masih tidur di tempat duduk penumpang sebelahnya. Melly keluar daripada kereta untuk berjumpa dengan ahli produksi yang lain untuk mengambil kunci hotel. Pihak produksi telah menyediakan dua bilik untuk mereka berdua. Lalu Melly menuju ke arah kereta Aidan untuk mengejutnya.
"Aidan, bangun. Kita dah sampai. " kejut Melly dengan sopan.
Aidan menggeliatkan badannya.
"Dah sampai? " balas Aidan sambil menggosok matanya.
"Dah. Ni kunci bilik kau. Nombor 911. Bilik aku nombor 910. If you want anything, just roger roger okay? " balas Melly.
Aidan mengangguk sahaja.
"Dah jom, aku angkat beg kau. " balas Melly lagi sambil mengambil beg-beg di bonet kereta belakang.
Lalu mereka pun masuk ke lobi hotel bersama-sama ahli produksi yang lain. Mereka akan menginap di hotel itu selama tiga hari kerana mereka mempunyai pengembaraan di kawasan Ipoh sekitar tiga hari.
YOU ARE READING
DIA YANG AKU PERLU
RomanceKebahagiaan yang sudah lama dicari, akhirnya muncul di saat dia memerlukan. "Kau nak tahu? Dalam banyak-banyak benda yang aku paling menyesal dekat dalam dunia ni, aku menyesal bila aku kenal kau Nadia!" -Aidan "Kalau kau nak tahu pulak, bukan kau...