RAZAK menyapu peluh yang mengalir di pipinya. Terasamatahari yang terpacak betul-betul di atas kepalamembuatkan tekaknya kering. Botol air yang berisi airputih diteguk perlahan. Matanya meliar di kawasan hutanyang dijaga elok oleh pihak hotel untuk pengunjungnyamerasai pengalaman berada di hutan sambil mencari hartakarun yang tersimpan di Pulau Penantian itu.
"Kau dah jumpa apa-apa tak?" tanya Hilmi, rakansepasukan yang turut serta.
"Belum," jawabnya ringkas.
Razak sedikit kecewa. Jam di tangan menunjukkanpukul 12.00 tengah hari. Razak memacakkan parangpendek kepunyaannya ke tanah. Rasa geram yangmembuak-buak.
"Kita cari dia sampai dapat," arah Razak.
Mereka sudah tiada masa lagi. Sebuah bot akanmengambil mereka untuk pulang ke hotel pada esok hari.Sekiranya mereka gagal, maka sia-sia sahaja usaha merekaselama tiga hari di Pulau Penantian ini.Pulau Penantian itu digelarkan juga sebagai Pulauharta karun. Setiap pengunjung yang berkunjung ke hotelini boleh merasai sendiri pengalaman mencari harta karundi pulau buatan itu. Hadiah lumayan berupa wang sejumlahRM5000 akan diberikan kepada mereka yang berjaya.
"Kalau kita sertai mereka mencari harta karun nidapat jugak duit," ujar Hilmi memberikan cadangan.
"Kau jangan nak mengarut! benda yang kita cari nilebih besar nilainya," balas Razak mula naik angin.
Kepalanya sudah mendidih apabila mendengar katakataHilmi. Dia mahukan haknya semula. Hilmi hanyadiam. Tidak mahu membantah lagi kerana dia akan tahuakan akibatnya.
"Mana kita nak cari dia ni?" Hilmi mula berasa curiga.
"Kita cari lagi, masih ada satu hari lagi sebelum botsampai," ujar Razak.Dia pasti orang yang dicari berada di dalam hutan ini.Ke mana lagi dia mahu lari. Razak tidak akan berputus asa.
"Kita balik khemah dulu, nanti kita sambung lagi,"cadang Razak.Hilmi hanya Razak hanya memandang sekilas, tidak berminat.
Helmi memberitahu dia ada terbaca, yang pokok ini adalagendanya tersendiri. Mereka yang menjumpainya bolehmeminta apa sahaja hajat yang mereka mahu, tidak semuayang bertuah dapat menjumpai pokok ini.Razak hanya mendengarnya sambil lewa. Dialangsung tidak berminat. Matanya meliar memandangkawasan taman bunga itu yang dipenuhi bunga yang sama.
"Jadi apa hajat kau?" tanya Razak spontan.
Hilmi hanya tersenyum. Dia membiarkan sahajasoalan itu tergantung dan mula mengambil beberapakeping gambar lagi.Razak yang berjalan-jalan melihat kawasan sekitarterpaku kepada sesuatu. Dia memicingkan matanya kepadasesuatu yang tergantung di atas pokok. Razak memandangsekeliling, tiada sesiapa pun yang kelihatan. Dia melangkahperlahan menuju ke arah pokok rendang itu.
"Siapa punya ni?" soal Razak ternampak sebuahkamera video yang masih lagi elok.
Dia terus membuka kamera video itu dan terusmenekan butang play. Razak membesarkan matanya. Tidakmenyangka dengan apa yang dilihatnya. Nafasnya turunnaik. Tiba-tiba matanya tertacap pada sesuatu. Diamenekan butang review dan kemudian play semula.
"Bunga tu!" jerit Razak segera menoleh ke arahtempat Hilmi berdiri tadi. Dia terkejut apabila melihatHilmi sudah tiada di situ.
"Ke mana dia pergi ni?" Razak mula panik.
Mereka berdua tidak sepatutnya menghampiri danmenyentuh bunga itu. Razak berlari ke arah bunga yangberkembang mekar di dalam hutan itu. Bunga itu samadengan bunga yang berada di dalam video ini. Tidakmungkin Hilmi juga menjadi mangsa. Razak tidak dapatberfikiran dengan waras lagi. Dia takut ditinggalkansendirian di dalam hutan ini.
"Hilmi!" jerit Razak sekuat hati.
Dia mencari di kawasan sekeliling. Mungkin Hilmitidak jauh dari situ. Razak mula hilang arah, kelibat Hilmilangsung tidak dijumpai. Suaranya juga tidak kedengaran.Razak mula mengorak langkah mencari temannya.Segalanya diredah tanpa memikirkan apa-apa. Razak hanyamemikirkan cara untuk keluar. Ada sesuatu yang tinggal dipulau ini. Pulau Penantian ini bukan pulau sebarangan.Otaknya ligat berfikir bagaimana dia boleh keluar segeradari pulau ini sebelum dirinya pula menjadi mangsa. Tidakkira walau cara apa sekalipun.
"Krak!"Bunyi ranting itu memeranjatkannya.
Razak menelanair liurnya sendiri. Dia seperti menahan nafasnya, ditakutikehadirannya dapat dikesan. Mujur ada pokok besarmenghalang dia daripada dilihat. Setelah terasa agak lamadia bersembunyi. Razak memberanikan dirinya melihat apayang berada di sebalik pokok itu. Kelihatan Hilmi sedangtegak berdiri.Razak mula menarik nafas lega. Dia mahu keluardaripada persembunyiannya tetapi ada yang menganggufikirannya. Langkahnya dimatikan segera. Keadaan Hilmitidak seperti biasa. Wajahnya kelihatan pucat seperti mayatdan matanya yang terbelalak tanpa berkelip membuatkandia curiga.
"Benarkah itu Hilmi atau imaginasi aku aje?"Razak melangkah perlahan.
Dia memberanikan diridengan berdiri betul-betul di hadapan Hilmi. Mata Hilmitidak berubah, sama seperti tadi. Razak cuba untukmenegur. Dengan tergagap, dia memanggil nama Hilmidan menyentuh bahunya.Tanpa diduga Hilmi yang memegang sebilah parang ditangan kirinya mengayunkan parang itu ke arah Razak.
Hutan yang sunyi sepi itu hanya mampu menyaksikansahaja pembunuhan kejam itu. Darah pekat yang memercikpada batang pokok dan daun-daunan segera hilang. Tiadatanda atau bukti dapat dikesan. Hutan itu kembali sunyi dan burung pun berkicau seperti tiada apa-apa pun berlakusebelumnya.
Prang!
Sedas tembakan kedengaran, salah seorang darimereka rebah ke bumi. Tanpa diduga. Sepasang mata yangdalam ketakutan sedang menyaksikan kejadian itu ditempat persembunyiannya. Tiada apa yang mampudilakukan, hanya berdoa dia akan keluar daripada tempatini dengan selamat!
YOU ARE READING
Projek Seram Pokok - Makkar
Horror"Jika percaya kata-katanya, maut padahnya." Azuna , Fieza dan Nadia tiga sahabat yang sentiasa mahukan kebebasan didalam hidup mereka. Lagenda yang dibaca oleh Azuna mengenai pokok hajat di Internet telah menarik perhatiannya untuk pergi bercuti di...