KAWASAN perumahan Bandar Mega sunyi sepi pada pagiitu. Cuaca yang mendung menyebabkan Zulkifli mahubertolak awal ke tempat kerja. Isterinya Haryati sejak awallagi sudah menyiapkan nasi goreng untuk sarapan merekasekeluarga.
"Saya pergi kerja dulu," laung Zulkifli dari ruangtamu.
Haryati yang mendengarnya terus menuju ke ruanghadapan untuk bertemu suaminya. Dia juga sudahmenyiapkan bekalan nasi goreng dan air kopi panaskegemaran suaminya di dalam termos.
"Terima kasih sayang," ujar Zulkifli tersenyum nakalkepada isterinya.
Haryati hanya tersenyum manis. Sudah dua puluhtahun mereka mendirikan rumah tangga, rasa sayangmereka tidak pernah luntur, lebih-lebih lagi dengankehadiran dua orang cahaya mata mereka Azuna danKhalif .
"Hati-hati abang," pesan Haryati.Zulkifli memanjangkan lehernya melihat di ruangandapur dan di meja makan. Tidak kelihatan Azuna danKhalif pada pagi itu.
"Khalif sudah pergi ke sekolah, Azuna masih belumbangun lagi," beritahu Haryati.
Suaminya hanya menggeleng. Sudah lima bulan Azunamenamatkan pengajiannya di dalam bidang senibina namun dia masih lagi goyang kaki di rumah tanpamelakukan apa-apa. Puas Haryati menyuruhnya untukmencari pekerjaan namun tidak diendahkan oleh Azuna.Dia lebih suka duduk di rumah dan jika dia bosan duarakan karibnya sewaktu di zaman kolej Fieza dan Nadiaada menemani.
"Budak tu dah melampau," ujar Zulkifli sambilmerengus kasar.
Tiada apa yang mampu dilakukan. Azuna anak yangbijak, mungkin dia ada rancangan masa depannya sendiri.Haryati hanya mengangguk setuju. Mereka sudahmemberikan cukup didikan dan pelajaran, kini terpulangkepada Azuna untuk menentukan masa depan sendiri.
"Awak nasihatkanlah dia, jangan dia bergaul denganbudak-budak yang tak berfaedah sudahlah," pesan Zulkifliyang sudah siap menyarung kasutnya.
Haryati hanya mengangguk faham. Jam di tangantepat menunjukkan pukul 7.30 pagi. Zulkifli terusmengambil bekalan yang disediakan oleh isterinya dansegera pergi ke tempat kerja. Dia tidak mahu lambat ketempat kerja hari ini kerana ada masyuarat yang pentingperlu dihadirinya.
"Abang pergi dulu, ingat pesan abang," pesan Zulkiflimengingatkan isterinya berulang kali.
Sudah tebal cuping telinga Haryati mendengarnya.Bukan dia tidak menasihati anaknya itu tetapi kedegilanAzuna menyebabkan Haryati tidak dapat berbuat apa-apa.Hanya doa dipanjatkan kepada TUHAN supaya anakanaknyamenjadi orang yang berguna di dunia dan juga diakhirat.Haryati mengiringi suaminya dengan ekor matanyasehinggalah kereta yang dipandu oleh Zulkifli hilang daripandangan.
Semasa Haryati mahu mengunci pintupagarnya dia terlihat sebuah lori sedang yang berisi perabotdan alat kelengkapan rumah berhenti betul-betul dihadapan rumah sebelahnya. da orang nak masuk barangkali. Detik hati Haryati.Dia hanya memandang sekilas dan terus masuk ke dalamrumah. Langkahnya diatur laju. Kelihatan hujan renyaimasih belum berhenti.
"Nampaknya tak keringlah baju aku hari ni," rungutHaryati sambil menggeleng.Cuaca yang tidak menentu sejak seminggu inimenyebabkan Haryati membebel sendiri. Rumah juga perludikemas sebelum dia ke pasar untuk membeli barangandapur. Tugasan di rumah tidak pernah diabaikan olehHaryati, sejak dia berkahwin dengan Zulkifli semuanyadisiapkan dengan teratur.
BUK! BUK! BUK!
Terdengar bunyi dentuman dan hentaman yang kuatmenyebabkan Azuna tidak nyenyak tidur.
"Bunyi apa tu?" soal Azuna sambil merengus kasar.
Matanya yang kabur digonyoh.Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 9.00 pagi.Hujan di luar masih belum reda. Azuna yang berasaterganggu terus bangkit dari katil dan menjengah keluarrumah melalui tingkap biliknya yang terletak ditingkat atas.
"Ada orang baru pindah!" ujar Azuna, keras.Dia terus mencuci mukanya dan menuruni anaktangga menuju ke bawah.
"Siapa yang pindah sebelah rumah kita ni? Bisingpagi-pagi!" ujar Azuna melauhkan rasa tidak puas hatinyakepada ibunya.
Haryati baru selesai mengemas ruang tamu rumahnyadan mahu menikmati sarapan pagi. Azuna terus duduk dihadapan ibunya lalu mencapai pinggan kosong.
"Manalah mak tahu. Biarkanlah," balas Haryati tidakmahu membesarkan perkara ini."Bising aje orang nak tidur!" rungut Azuna sambilmenyenduk nasi goreng ke dalam pinggannya.
Haryati hanya melihat sahaja gelagat anaknya tanpaberkata apa-apa.
"Sekejap lagi Zuna nak keluar sekejap dengan Fiezadan Nadia," beritahu Azuna sambil menyuapkan sesudunasi goreng ke dalam mulutnya.
"Nak pergi mana?" tanya Haryati dengan dahi yangberkerut.Baru sahaja dia ingin menyuruh anaknyamenemaninya pergi ke pasar raya hari ini.
Azuna hanyadiam tidak menjawab. Telefon bimbit yang berada di atasmeja makan ditatap lama. Haryati hanya menggeleng.Kecewa dengan sikap anaknya yang tidak acuh.Nampaknya terpaksalah dia pergi ke pasar raya sendirianhari ini.
YOU ARE READING
Projek Seram Pokok - Makkar
Horror"Jika percaya kata-katanya, maut padahnya." Azuna , Fieza dan Nadia tiga sahabat yang sentiasa mahukan kebebasan didalam hidup mereka. Lagenda yang dibaca oleh Azuna mengenai pokok hajat di Internet telah menarik perhatiannya untuk pergi bercuti di...