BAB 1

503 10 0
                                    


  SUIS lampu ruang dapur ditutup sebelum Rina masuk tidur. Kakinyamelangkah perlahan untuk menuju ke bilik tidurnya sambil matanyamemerhatikan ruang tamu. Semuanya kelihatan seperti sediakala. Tiba-tibaRina terdengar seseorang sedang mengetuk pintu rumahnya. 

"Siapa pula yang datang malam-malam ni?" Rina tercegat di ruangtamu. 

Fikirannya ligat memikirkan sesuatu. Dia menggenggam kedua-duabelah tangannya yang terasa dingin. Bulu romanya mula meremang.Ketukan pintu itu semakin kuat. Tombol pintu juga seperti mahutercabut akibat dipulas dengan kuat. 

Rina berundur ke belakang sedikit. Diaterus berlari ke biliknya dan mengunci dirinya. Nafasnya berombak kencang.Matanya merayap memandang sekeliling biliknya. Terdengar bunyi cakarandi sana sini.Rina bersembunyi di penjuru katilnya sambil memeluk kedua-duabelah kakinya. Peluh yang mengalir dibiarkan mengalir membasahi wajahnya. 

Sedang Rina mencari dari mana datangnya bunyi itu, tidak semena-menamuncul dua tangan dari bawah katil dan menarik kedua-dua belah kakinya.Rina yang terkejut menjerit sekuat hati.Rina terjaga daripada tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap.Peluh yang membasahi wajahnya segera dilap dengan tangan. Jam sudahmenunjukkan tepat pukul 12.00 malam. Bahang yang dirasakan di seluruhbiliknya membuatkan Rina susah untuk tidur semula. Mimpi yang dialaminyaseakan benar-benar berlaku. Rina tidak dapat melelapkan matanya sehinggahari siang. 

"Rina, bangun! Kau tak kerja ke?" Teha mengetuk pintu Rinaberulang kali. 

Tiada tindak balas yang diberikan oleh Rina. Biliknya tetapditutup rapat, Teha cuba memulas tombol pintu bilik itu namun dikunci daridalam. Tiada tanda-tanda menunjukkan Rina mahu keluar dari biliknya. Tehaamat risau dengan keadaan Rina sekarang ini, dia sudah tidak seceria dulu.Dia juga sudah beberapa hari tidak pergi kerja, mungkin dia ada masalah.Sangka Teha. 

"Aku pergi kerja dulu. Kalau ada apa-apa, telefon aku." Teha beratmahu meninggalkan kawannya itu, tetapi tiada apa yang boleh dilakukan selainmenanti Rina bersedia untuk menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. 

Rina yang berkurung di dalam bilik hanya duduk bersandar dihadapan cermin. Matanya hanya menatap setiap inci wajahnya. Fikirannyamelayang jauh. Sepatah kata daripada Teha tidak didengar oleh Rina. Diaasyik di dalam dunianya. Sesekali dia tertawa kecil melihat wajahnya sendiridi dalam cermin. 

Di penjuru katil, kelihatan lembaga yang bertubuh besar sedangmemerhatikan gerak-geri Rina. Taringnya yang panjang bila-bila masa sahajaboleh menghisap darah mangsanya sekiranya permintaannya tidak ditunaikan.Sesekali terdengar hilai tawa lembaga itu bergema di seluruh bilik dan Rinajuga turut ketawa bersamanya. 

***

PAK DAUD mengambil segenggam nasi semalam yang berada di dalamperiuk lalu dialihkan ke dalam mangkuk yang berisi ikan yang sudah dipotonghalus. Nasi itu digaulkan bersama ikan tadi supaya sebati. Dia menjenguk keluar tingkap. Selalunya Tompok akan berada di kawasan belakang rumahmereka sambil berehat di atas teres yang disediakan oleh Pak Daud untukisterinya menyidai kain, tetapi hari ini Tompok tiada di situ. 

Pak Daud jadihairan. Selalunya pada waktu begini dia akan berada di rumah. Pak Daudterus mencarinya di dalam rumah pula.Kelihatan cucunya, Tasya sedang bermain anak patung di ruangtamu. Dia kelihatan amat gembira sekali. Patung itu dihiaskan cantik,rambutnya disisir rapi dan bajunya diganti baharu. 

"Tasya tolong cari kucing atuk, puas atuk cari tapi tak jumpa." PakDaud mengarahkan cucu tunggalnya itu. 

Tasya hanya mengangguk danmeninggalkan patungnya di situ. Dia berlari-lari anak keluar dari rumah untukmencari kucing kesayangan atuknya.Tasya terus menyarung seliparnya dan mencari di halaman rumah.Pak Daud membuka tingkap rumahnya yang berada di bahagian sisi. PakDaud menjenguk di situ, mungkin Tompok berada di sana. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu yang meremangkan bulu romanya. 

"Astaghfirullahalazim." Pak Daud beristighfar. 

Ada seorang wanitayang sedang memerhatikan Pak Daud dari tingkap rumahnya. Matanya yangmerenung tajam ke arah Pak Daud seolah-olah memberikan satu amaran. PakDaud terus mengurut dadanya dan menutup kembali tingkap itu. Dia tahuada sesuatu yang tidak kena. Dia terus beredar dari situ dan mencari segeracucunya, Tasya. 

 "Argh!" Suara Tasya memeranjatkan Pak Daud. 

Apa yang berlakudi luar rumah. Pak Daud bergegas menuju ke arah suara itu. Dia tidak mahuapa-apa berlaku kepada cucunya.Pak Daud tercegat di muka pintu. Matanya meliar mencari susuktubuh cucu tunggalnya. Keadaan laman yang sunyi sepi itu membuatkan hatiPak Daud lebih gusar. Dia segera menyarung selipar dan bergegas mencari disekitar rumah. 

"Tasya!" Pak Daud menjerit, tetapi tiada sahutan daripada cucunya.Pak Daud terus melangkah laju ke luar rumah, takut terjadi apa-apa kepadacucunya. 

"Tasya!" Pak Daud melaung lagi. Dia ternampak Tasya yang sedangtercegat berdiri di tepi rumahnya. Dia menangis teresak-esak. Pak Daud terusmenerkam cucunya dan memeluknya erat, terasa tubuh Tasya menggigilketakutan. 

"Astaghfirullahalazim." Pak Daud terkejut apabila melihat Tompokyang terkulai di dalam longkang rumahnya dan berlumuran darah. 

KeadaannyaTompok amat dahsyat. Siapa manusia yang tidak bertanggungjawabmelakukan perkara terkutuk ini? Pak Daud menggenggam penumbuknya. Diaberasa amat sedih dan bercampur marah. Perkara ini tidak akan dibiarkanbegitu sahaja.Peluh mengalir membasahi baju Pak Daud. 

Matahari yang semakinmeninggi menyebabkan bahang yang dirasakan membakar permukaan kulit.Pak Daud terus menggali lubang di belakang rumahnya untuk menanambangkai kucing kesayangannya. Bahang yang dirasakan betul-betul di ataskepala tidak sama dengan bahang yang dirasakan di dalam hati. Dia tidakakan berpuas hati selagi tidak mengetahui siapa yang berani melakukanpekerjaan terkutuk itu. 

"Tompok..." Suara Tasya semakin serak kerana tidak berhentimenangis. 

Kucing kesayangannya sudah tiada lagi.Pak Daud tidak dapat tidur pada malam itu. Matanya susah untuklelap. Hatinya resah memikirkan cucunya, Tasya. Tasya asyik menangis dantidak mahu makan. Sudah dipujuk tetapi Tasya masih degil. 

Pak Daud terusbangkit dari katilnya dan mahu menjenguk cucunya di dalam bilik yang beradadi bahagian hujung biliknya.Pak Daud melangkah perlahan. Dia mahu memulas tombol pintubilik Tasya. Namum tiba-tiba, dia terdengar suara cucunya yang berada ditingkat bawah. Pak Daud terus menjenguk di bawah, tetapi tiada apa yangkelihatan. Dia memberanikan dirinya untuk turun ke tingkat bawah. 

"Tasya..." Pak Daud memanggil. Tetapi suara yang didengartadi sudah tiada. 

Ruang tamu rumahnya kosong. Pak Daud cuba untukmenjengah di kawasan dapur pula tetapi Tasya tidak dapat dijejaki. Mungkinhanya khayalannya sahaja kerana terlalu memikirkan cucunya. Pak Daudmenghembus nafas berat. Niatnya mahu balik semula ke biliknya tetapi diaterperanjat apabila melihat Tasya tercegat di belakangnya. 

"Atuk... Tasya lapar." Tasya menggonyohkan biji matanya. Pak Daudyang terkejut hanya mengurut dadanya. Seperti mahu luruh jantungnyadiperlakukan sebegitu. 

"Tasya baru bangun ke? Nanti atuk masakkan nasi goreng." Pak Daudterus mencapai kuali dan menyiapkan bahan untuk memasak nasi goreng.Tasya hanya mengangguk lemah. Perutnya yang berkeroncong membuatkandia terjaga dari tidurnya.    

Kisah Seram Malam Jumaat - SelfieWhere stories live. Discover now