BAB 3

205 2 0
                                    


  RINA melihat wajahnya di dalam cermin. Kulitnya kelihatan agak kusamdan pucat. Rina mencapai bedak asas lalu menyolek mukannya. Dia terusmencapai telefon bimbitnya dan terus selfie. Dia terus upload ke laman sosialnya.Walaupun tidak ramai pengikutnya di laman sosial itu yang menekan butanglike tetapi Rina tidak mempedulikannya. Dia suka meletakkan gambarnya disitu. Adakalanya ada kawan-kawan rapat yang akan meninggalkan komenmereka. 

"Buat apa tu?" Rina disergah dari belakang. Kak Munah hanyatersenyum melihat Rina yang terkocoh-kocoh menyimpan cermin di dalambegnya. 

"Tak ada apa Kak Munah, saja menenangkan fikiran." Rinatersenyum manis. Kak Munah melangkah masuk ke dalam biliknya danmengambil sampah yang penuh di dalam tong sampah. 

"Kakak tengok Rina macam tak bermaya aje." Langkahnya diaturmendekati meja Rina. Rina meraba-raba wajahnya dengan kedua-dua belahtapak tangan. 

"Mungkin penat, banyak kerja, kan?" Rina berdalih. Dia jugaperasan akan perubahan wajahnya yang semakin pucat. Mungkin kerja yangbertimbun menyebabkan wajahnya kelihatan lesu. 

"Kalau Rina mahu akak tolong, ada kawan akak yang boleh tolong,dia tu handal." Kak Munah bersungguh-sungguh. 

Kali ini kelihatan matanyabenar-benar mahu menolong. Rina hanya menolak lembut. Padanya diabukannya sakit yang perlu diubati. Dia hanya penat dan perlukan rehat yangcukup. Kak Munah tidak mendesak, dia cuma berpesan sekiranya Rinaperlukan pertolongan, dia ada untuk membantu.Rina kerja sehingga lewat malam. 

Jam sudah pun menunjukkanpukul 11.00 malam. Rina perlu menyiapkan kerjanya hari ini juga kerana adapembentangan pada esok hari. Rina bangkit dari kerusinya. Terasa lenguhduduk seharian di atas kerusi. Dia mula melakukan regangan dan melangkahke jendela untuk mengambil angin malam. Sedang Rina leka melihatpemandanagn luar, tiba-tiba dia terdengar sesuatu di luar biliknya. Rina mularisau. 

"Ada aje yang mengacau aku ni!" Mata Rina mula tertancap ke pintubiliknya. Seperti ada yang mahu menjenguknya di dalam bilik. Jantungnyasemakin berdegup laju. 

"Siapa?" Rina menjerit, dia sengaja berbuat begitu supaya dirinyaberasa lebih berani sedikit. 

Langkah Rina mula diatur kemas ke muka pintu.Dia menjenguk kepalanya keluar, tiada sesiapa pun yang kelihatan. Rinamenghela nafas lega.Rina mengambil keputusan untuk menyambung kerjanya di rumah.Dia mengemas mejanya dan terus pulang. Sewaktu Rina mahu melangkahkeluar pejabat dia ternampak kelibat seorang wanita di hadapan pantri sedangmembelakanginya. 

"Kak Munah." Rina kenal susuk tubuh itu. 

Rina melangkahmenghampirinya dan memanggil nama Kak Munah.Kak Munah hanya kaku tidak menoleh. Rina memegang bahunyadan terkejut apabila Kak Munah tiba-tiba menoleh. Muka Kak Munah tidakberwajah. Rina menjerit sekuat hati lalu pitam. 

"Argh!"Rina yang rebah ke lantai terjaga seketika, seluruh tubuhnya terasaberat. 

Mata yang terbuka juga tidak dapat melihat dengan jelas. Telinganyaterdengar satu suara samar-samar sedang menyeru sesuatu. Ayat yang tidakdapat dihadam oleh Rina ketika itu dan dia pitam semula.Terdengar suara Teha memanggil namanya. Rina yang barumembuka matanya terasa pening, seperti kepalanya diketuk oleh sesuatu. 

"Aku kat mana ni?" Rina melihat sekeliling. Dia terkejut melihat Tehaberada di situ. Dinding putih sekeliling bilik itu sangat asing bagi Rina. 

"Bertenang, kau di hospital sekarang." Teha menerangkan. Dia membantu Rina untuk duduk. Rina yang baru sedar seperti hilang ingatan.Dia cuba mengingati sesuatu tetapi tidak berjaya. 

"Tak apa, kau rehat dulu." Teha tidak mahu Rina susah hati. Pihakpejabatnya juga telah menghubungi polis untuk menyiasat apa yang berlaku.Mereka menganggap ada kecurian di pejabatnya dan Rina menjadi mangsa.  

Kisah Seram Malam Jumaat - SelfieWhere stories live. Discover now