BAB 2

247 3 0
                                    


  Sebulan sebelum...

RINA membiarkan sahaja fail-fail kerjanya bersepah di atas meja, kepalanyasedikit berdenyut. Dia memicit kepalanya perlahan-lahan. Terasa beratkepalanya saat ini. Tanpa disedari seseorang telah mengetuk pintu biliknya. 

"Siapa?" Rina membuka matanya perlahan. Seorang wanita agakberusia sedang tercegat di muka pintu yang terbuka luas dengan senyuman.Rina terus menyuruhnya masuk. 

"Maaf cik, saya tukang cuci yang baru kerja di sini." Rina hanyamengangguk, dia membiarkan sahaja wanita itu mengambil sampah didalam biliknya. 

Rina terus menyambung kerjanya yang terbengkalai tanpamempedulikan wanita itu.Sedang Rina leka menyambung tugasnya, tiba-tiba telefon berdering.Rina segera mencapai telefon dan menjawab lemah. 

"Assalamualaikum Rina, mak ni." Suara serak di hujung talianmemberi salam. 

"Waalaikumussalam mak, sihat ke?" Rina membalas. Pen yangberada di tangan terus mencoretkan sesuatu di atas kertas kerja. 

"Sihat, cuma ayah sekarang ni kurang sihat. Mak nak bawa dia kehospital, tapi..." Ayat itu hanya mati di situ. 

Rina hanya mendengus kasar. Penyang berada di tangan dicampak di atas meja. Wanita yang sedang mengemasbilik itu juga terperanjat dengan kelakuan Rina.

 "Rina tak ada duit sekarang ni mak. Nanti bila dah gaji Rina hantarpada mak." Rina tahu apa yang mahu dikatakan oleh ibunya. 

Rina terusmematikan talian dan bersandar pada kerusi. Kepalanya semakin berdenyut.Wanita yang berada di dalam bilik itu hanya memerhati. Setelahselesai kerjanya di dalam bilik itu dia terus beredar dan meneruskan kerjapembersihan di luar.Rina terus menyambung kerja sehingga lewat malam. Jam di dindingsudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Rina yang khusyuk menghadapkomputer riba tidak sedar masa berlalu. 

"Buk!" Rina yang leka melakukan kerjanya tersentak. 

Matanyamelilau mencari bunyi yang dirasakan sangat hampir dengannya. Dia mulamelangkah meninggalkan meja kerjanya dan menjengah keluar, tetapi tiadasesiapa pun yang kelihatan. Pekerja yang lain semua sudah pulang ke rumah,hanya Rina sahaja yang sedang bekerja sekarang ini. 

Ring! Ring! 

Bunyi telefon di meja pejabat tiba-tiba berbunyi memecahsunyi pada malam itu. Rina membesarkan matanya. Air liurnya ditelan. Peluhtiba-tiba menitik di dahi. Kakinya melangkah mendekati telefon itu. Sebaiksahaja tangannya mahu mencapai telefon itu, talian mati. Rina menghembusnafas lega. Dia melihat sekitar, tiada sesiapa yang kelihatan.Baik aku balik sahaja, detik hati Rina. Rina melangkah laju kebiliknya, tiba-tiba sahaja sesuatu telah mengejutkannya menyebabkan diasedikit menjerit. 

Ring! Ring! 

Talian telefon bimbitnya yang berdering. Rina sekalilagi mengurut dadanya yang berombak kencang. Tertera nama Teha di skrintelefon. Dia terus menyambut panggilan itu. 

"Helo Rina, kau di mana sekarang?" Teha menyergah di hujungtalian. Suaranya jelas kedengaran amat risau. 

"Aku di tempat kerja, dah nak gerak dah." Rina lega mendengar suaraTeha. 

Tangannya ligat menutup suis komputer dan mengemas meja kerjanya.Rina terus melangkah laju untuk pulang ke rumah. Dia berasa hairan dengansuasana pejabatnya, tidak seperti sebelum ini. Sesekali terasa seperti ada yangmemerhati. Bila difikirkan terasa bulu romanya meremang.RINA membuka matanya perlahan-lahan. Terasa sakit-sakit badannya, sepertitidak sihat. Ketukan kuat di pintu membuatkan Rina menguatkan diri untukbangun dari katil. 

"Rina! Kau dah bangun ke?" Suara Teha memecah sunyi pagi itu. Rina memulas tombol pintu perlahan dan membiarkan Teha masuk ke dalambiliknya. 

"Kau sihat tak? Aku tengok muka kau pucat." Teha menyentuh dahiRina lembut. Rina hanya diam membisu. Rasa lemah satu badan sepertimahu demam. 

"Aku bawa kau ke hospital." Teha menawarkan tetapi dihalang olehRina. Dia bangkit lalu mencapai tualanya untuk mandi. 

"Aku okey, kerja kat pejabat berlambak kena siapkan." Rinamelangkah ke bilik air. 

Otaknya risau memikirkan kerjanya yang terbengkalai.Mungkin hari ini dia akan pulang lewat lagi. Teha hanya menggeleng. Diatahu Rina degil.Rina bersiap ala kadar sahaja ke pejabat hari ini. Rambutnya diikatdan mukanya hanya ditampal bedak asas. Rina terus meluncur ke tempat kerja. 

Teha yang awal lagi telah pergi ke tempat kerja. Dia hanya meninggalkanpesanan supaya jika ada apa-apa masalah terus hubunginya. Rina hanyamengangguk faham.Rina melangkah perlahan memasuki pejabatnya, wanita yang bekerjasebagai tukang cuci sedang mengelap cermin perasan akan kehadiran Rina. Diahanya memerhatikan Rina tanpa berkelip. 

Rina terus masuk ke biliknya danmemulakan kerjanya seperti biasa. Sedang Rina asyik menyiapkan kerjanya,tiba-tiba sahaja biliknya diketuk seseorang. Rina mengangkat wajahnya danhanya tersenyum apabila melihat susuk tubuh yang berada di muka pintu. 

"Ya kak." Rina mengangguk tanda menjemput wanita itu masuk. Ditangannya terdapat secawan teh O dan sepiring biskut. 

"Selamat pagi Cik Rina, ini saya bawakan sarapan pagi." Wanita itumeletakkannya di atas meja. 

"Buat susah aje kak, kakak baru kerja sini ke?" Rina menguntumsenyum. Dia mengamati wajah wanita itu. Rasanya baru dua kali diamenemuinya. Semalam sewaktu dia mengemaskan bilik dan pagi ini. 

"Ya Cik Rina, panggil aje Kak Munah. Saya lihat Cik Rina macamtak berapa sihat." Wanita itu bersuara. Wajahnya nampak risau. Rina hanyamenggeleng. 

"Mungkin banyak kerja agaknya." Rina makan sedikit demi sedikitbiskut di hadapannya. 

"Cik Rina makanlah dulu, saya sambung kerja saya semula."Kak Munah terus beredar, takut dikatakan curi tulang pula. 

Rina hanyamengangguk faham. Dia terus menyambung kerjanya semula setelah sarapan.Rakan pejabat yang lain hanya memerhati, ada yang berbisik sesamamereka. Rina hanya memandang kosong.Biasalah manusia, kalau tak sibuk hal orang tak sah! Getus hati Rina.  

Kisah Seram Malam Jumaat - SelfieWhere stories live. Discover now