Sunyi sepi. Kawasan sekolah yang sebelum ini dipenuhi murid-murid dan para guru menjadi sunyi apabila waktu persekolahan tamat. Elya meneruskan langkahnya kearah kantin sekolah untuk merehatkan diri di kerusi selepas seharian berperah otak menuntut ilmu. Elya merehatkan dirinya di kerusi kantin sambil merenung kearah jam yang tergantung di dinding kantin.
"Mana ayah ni, sudah hampir 3.30 petang tak datang ambil lagi.. semua orang dah balik..hurm.." Elya berbicara sendirian. Hatinya sedikit gusar sambil melihat sekeliling. Risau jika ada sesiapa yang ingin berbuat jahat kepadanya pada waktu yang agak lewat begini.
Matanya yang segar seketika tadi sudah semakin layu. Elya merebahkan kepalanya di atas meja kantin. Perasaan gusar yang hadir tadi kini hilang bak angin yang meniup dirinya pada petang itu.
"Elya!". Seseorang menyergahnya dari belakang.
"Allah!" Elya spontan menyebut kalimah Allah dek kerana terkejut dengan sergahan itu.
"Nurul Iman, jangan buat macam ini lagi, kalau Elya ada penyakit jantung macam mana" Elya membuntangkan matanya sambil mencengkak pinggang.
"Hehe, maaflah Elya. Nurul saja ja nak bergurau. Ingatkan Elya mengelamun ke mana tadi..hehe..maaf ya" Balas Nurul sambil tersengih.
"Isy, isy.. Nurul.. ye lah, tidak mengapa,. Apa yang Nurul buat di sini? Bukannya sekarang waktu prep di asrama? Tanya Elya kepada Nurul yang merupakan pelajar asrama di sekolah itu. Manakala Elya merupakan pelajar biasa yang tidak duduk di asrama. Sekolah Raja merupakan sekolah bukan asrama penuh. Tetapi pihak sekolah menyediakan asrama bagi pelajar yang sukar untuk berulang-alik ke sekolah.
"Ya, sekarang waktu prep.. Tetapi Nurul tertinggal buku Sejarah di kelas.. Jadi, Nurul keluar sekejap dari asrama. Elya tidak balik rumah lagi ka? Sudah hampir pukul 4 petang sekarang ni..". Nurul berkata sambil tersenyum manis kepada Elya.
"Oh, iyaka..ingatkan apa tadi.. Ayah Elya masih belum ambil.. mungkin sibuk di tempat kerja.." Balas Elya.
" Iyaka, tak megapa Elya, beberapa bulan saja lagi. Selepas itu awak dah tak perlu balik lewat lagi..iyalah, sudah pindah ke sekolah baharu..Habislah saya, dengan siapa saya nak bercerita lagi selepas ni.." Elya menundukkan kepalanya sambil pandang ke lantai.
" Nurul, walaupun saya pindah ke sekolah lain, tapi saya akan datang melawat awak nanti bila cuti sekolah. Masa tu, awak berceritalah pada saya, dari pagi sampai malam pun saya sanggup dengar tau." Elya merapatkan badannya pada Nurul sambil menggosokkan bahunya.
"Okay, jangan lupa ya Elya..hehe" Nurul tersengih sekali lagi
"Tapikan Elya, saya betul-betul tak sedap hatilah kebelakangan ini" Nurul memandang wajah Elya dengan serius. Senyuman sebentar tadi langsung pudar.
"Kenapa Nurul? Ini mesti pasal hal yang awak cerita pada saya hari tu kan? Percayalah Nurul, Semuanya perasaan awak saja. Tiada sesiapa di situ" Elya menegaskan nadanya.
"Tapi Elya.."
"Tak ada tapi-tapi..Percayalah saya ya" Elya membalas sebelum Nurul menyempurnakan percakapannya.
"Baiklah" Nurul membalas pendek.
"Ha.. itu ayah saya dah sampai. Elya balik dahulu ya Nurul.. Awak jangan fikirkan hal itu lagi ya..Assalammualaikum.." Elya bergegas kearah kereta Toyota Alphard milik ayahnya yang diparkir tepat dihadapan pagar sekolah.
"Waalaikumussalam.." Nurul menjawab salam sambil memerhatikan Elya yang kian jauh dari pandangannya.
YOU ARE READING
Nurul Iman
Mystery / ThrillerPersahabatan dan ukhuwah yang terjalin kerana Allah amat manis. Begitulah juga persahabatan antara Elya dan Nurul Iman. Di hari-hari terjalinnya persahabatan mereka berdua amat indah dan menenangkan. Namun, semuanya seakan berhenti tatkala Nurul Ima...