Isnin. Hari persekolahan bermula selepas bercuti di hujung minggu. Perhimpunan mingguan berjalan seperti biasa. Pengetua sekolah berucap menyampaikan kata-kata amanat dan motivasi kepada para pelajar terutamanya kepada yang akan menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini. Tepat jam 7.50, perhimpunan bersurai dan pada 8 pagi sesi pembelajaran bermula.
"Perhatian, kelas pagi ini dibatalkan. Cikgu Hafizah ada kursus selama dua hari di Selangor. Pelajar diminta untuk menggunakan waktu dengan mengulang kaji ya" Cikgu Roslina muncul di muka pintu kelas 4 Arabi dan berlalu pergi selepas menyampaikan berita tersebut.
"Yay, cikgu tak ada" Sorak beberapa pelajar kelas tersebut. Sebahagian pelajar langsung membuka buku untuk mengulang kaji manakala beberapa pelajar yang lain tidak mengendahkan arahan Cikgu Roslina malah ada yang keluar dari kelas dan ada yang menyambung tidur.
"Woi, korang nak kemana? Cikgu kan pesan untuk ulang kaji, bukannya ponteng kelas" Amir selaku ketua kelas memarahi rakan-rakannya yang tidak mematuhi arahan Cikgu Roslina.
"Lantak aku lah!" Balas beberapa pelajar lelaki tersebut lantas keluar meninggalkan kelas.
Amir menggelengkan kepala menyaksikan perangai rakan-rakannya itu.
"Ha, yang lain sila ulangkaji ya. Jangan nak tidur, gossip la..Faham!" Amir memberi arahan dengan nada yang marah lantas duduk kembali di kerusinya.
"Garang betul Amir ni kan," Nurul membisik kepada Elya. Suaranya diperlahankan untuk mengelakkan ketua kelas itu mendengarinya.
"Biasalah Nurul. Dia kan ketua kelas. Sudah, sambung ulang kaji. Nanti kita pulak dimarahinya." Elya membalas dengan nada perlahan.
"Kringg..." Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi para pelajar.
"Yes, rehat. Jom makan Elya. Lapar sangat dah ni" Nurul berkata sambil menggosok-gosokkan perutnya.
"Iyalah, iyalah..jom.." Elya membalas sambil menutup bukunya.
"Wah..ada nasi ayam la harini. Makcik, nasi ayam dua ya" Nurul memesan makanan kepada makcik kantin dengan ceria.
"Nurul, Nurul.. kalau pasal makanan, semangat sungguh" Elya berceloteh sambil menyaksikan gelagat sahabatnya itu.
"Elya, awak lagi 3 minggu kan nak pindah sekolah baharu? Nanti saya dah tak ada kawan nak teman saya makan selepas ini..hurm.." Nurul memandang wajah Elya dengan sayu.
"Janganlah sedih Nurul, nanti awak makanlah dengan liza ka.. Takpun dengan Hanim.." Elya membalas dengan senyuman demi mengurangkan kesedihan sahabatnya itu.
YOU ARE READING
Nurul Iman
Mystery / ThrillerPersahabatan dan ukhuwah yang terjalin kerana Allah amat manis. Begitulah juga persahabatan antara Elya dan Nurul Iman. Di hari-hari terjalinnya persahabatan mereka berdua amat indah dan menenangkan. Namun, semuanya seakan berhenti tatkala Nurul Ima...