Bab 4

9 0 0
                                    

Awan mendung berarak mengikut aturan pencipta-Nya.Langit terbentang luas membuktikan keagungan Ilahi.Cuaca petang ini sungguh damai sekali,namun tidak hati Elya.Suasana aman di pondok berhampiran makmal komputer yang mempamerkan pemandangan indah dari atas bukit itu dipilihnya untuk menenangkan sedikit perasaan gelisahnya.Hatinya berasa amat gelisah.Sehingga kini dia masih memikirkan punca sebenar kematian sahabatnya Nurul Iman.Malah dia semakin tertanya-tanya siapakah “mereka” yang dimaksudkan Nurul Iman.

“Hai Elya termenung jauh nampak,teringatkan buah hati pengarang jantung ke?”Satu suara tiba-tiba sahaja mengejutkan Elya dari lamunannya.

“Atirah,awak ni buat terkejut saja,kalau Elya ada sakit jantung,tak pasal-pasal nanti awak kena angkat saya pulak”

“Itulah Elya,siapa suruh termenung seorang diri,ni memang comfirm teringatkan buah hati ni”

“Eh, Azlina ada juga ke?Elya tak perasan pula”Elya terperanjat apabila Azlina tiba-tiba sahaja menepuk bahunya.

“Herm,ke cik Elya kita ni teringatkan si Amir…”Atirah mengusik.

“Eh,eh,..Atirah.,awak ni,saya dengan Amir Huzaifah tu cuma rakan sekelas sahajalah.”

“Haha,kesian Elya,menggelabah dibuatnya,saya main-main sahajalah Elya,sahaja nak menghiburkan awak,asyik muram dari tadi” Atirah menjawab.

“Elya,awak ada masalah ke?awak boleh berkongsi dengan kami kalau ada apa-apa”Azlina menyoal.

“Tak adalah,saya okey sahaja,saja ambil angin petang”Elya memberi alasan untuk menghilangkan kerisauan sahabatnya itu.

“Elya,awak ada apa-apa masalah ke?awak jangan risau,awak boleh berkongsi dengan kami.Selagi kami terdaya, kami akan bantu”Giliran Atirah pula bertanyakan permasalahan sahabatnya itu.

“Atirah terima kasih banyak-banyak kerana ambil berat akan saya,tapi,..saya baik-baik sahaja,janganlah risau”Elya tersenyum.

“Isy,isy, di sini rupanya awak Elya,penat saya dan Syatirah mencari,ingatkan di kelas,rupanya di sini bersama Azlina dan Atirah.”Zakiah yang juga merupakan rakan sekelasnya berkata sambil mencekak pinggang. Syatirah yang berada di sebelahnya turut menggeleng dan tersenyum.

“Huh,awak ni Elya,penat saya dan Zakiah mencari satu sekolah tau..”Syatirah berkata sambil memusing-musingkan jarinya.

“Iya ke?kesiannya sahabat Elya yang seorang ni,..Zakiah,Syatirah marilah duduk sekali,hilang sikit penat”Kamelya mempelawa sambil mengesot sedikit bagi memberi ruang kepada dua orang sahabatnya itu untuk duduk.

“Zakiah,Syatirah kenapa awak berdua mencari saya”

“Bukan saya yang nak cari awak,Elya.Zakiah ni yang beriya-iya nak cari awak,saya tolong sahaja”Syatirah menjawab sambil menongkat dagunya di atas meja.

“Ha,Zakiah,kenapa awak cari saya?”Kamelya menyoal.

“Eh,takkan nak jumpa sahabat yang tersayang ni pun tak boleh?”Zakiah menjawab sambil mencubit pipi sahabatnya itu.

“Elya,Zakiah,Syatirah,saya balik dahulu ye,.sekarang dah pukul 5.30 petang,kami nak bersiap-siap untuk makan malam nanti”. Atirah memohon keizinan.

“Eh,dah pukul 5.30 ke?kalau macam itu,saya dan syatirah balik sekali lah. Azlina dan Elya nak balik sekali ke?”. Zakiah menyoal.

“Tak apalah,kamu semua baliklah dulu,nanti saya dan Elya menyusul.”Azlina menjawab sambil mempamerkan senyuman.

“Baiklah,Assalammualaikum”

“Wa’alaikummussalam”Elya dan Azlina menjawab serentak.

“Huh,nyaman cuaca petang ini kan Zakiah..”Elya bersuara.

“Ya,nyaman sekali.”Azlina tersenyum.

“Elya,awak ada masalah ke?”giliran Azlina pula menyoal.

“Az, saya okey sahaja,awak janganlah risau,saya tak ada masalahla..”Elya menjawab. Dia masih berusaha memberi alasan kepada sahabatnya itu.

“Elya,awak boleh tipu orang lain,tapi tidak saya,..saya tahu dan pasti yang awak ada masalah yang merunsingkan hati awak,Elya,..kalau awak tak mahu beri tahu kesemuanya,sekurang-kurangnya kongsilah dengan saya sedikit daripada masalah awak tu,tolong..tolong izinkan saya ringankan sedikit beban di hati awak itu..” Azlina memegang bahu sahabatnya itu.Kata-kata Azlina membuatkan Elya tertunduk memandang ke tanah.

“Az,awak takkan pernah faham apa yang saya alami..awak takkan mampu bantu saya..”Elya masih memandang ke tanah.Kata-katanya ibarat orang yang tidak mempunyai harapan lagi dan sudah berputus asa.

“Elya,..Allah S.W.T tidak akan membebani hambanya melebihi keupayaan hambanya..awak boleh melaluinya,lagipun,jika awak tak beritahu masalah awak ke saya macam mana saya nak faham apa yang awak alami,macam mana saya nak bantu..”Azlina berkata lembut bagi membantu sahabatnya itu.Baginya,seorang sahabat mestilah membantu sahabatnya walau sebesar mana risiko yang bakal dihadapi kerana manusia ini lemah,begitu lemah,mereka memerlukan antara satu sama lain untuk terus kekal kuat atas izin-Nya.

“Baiklah,..sebenarnya…..”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nurul ImanWhere stories live. Discover now