Bab 2

17 0 0
                                    


Sudah sebulan sejak pemergian Nurul Iman, namun hatinya masih sukar untuk menerima kenyataan atas kehilangan sahabatnya itu. Namun, dia bertekad untuk memulakan kehidupannya di sekolah baharunya kini. Meskipun hatinya begitu sedih, dia tidak menunjukkan kesedihannya itu kepada sahabat-sahabat barunya. Malah, Elya bersikap tenang dan ceria untuk menyembunyikan kepedihan hatinya.

"Elya, ingat tau, nanti bila awak dah pindah sekolah nanti, awak jangan serius dan bermuka masam macam kat sini ya. Awak kena ceria dan menggembirakan orang lain. InsyaAllah,besar pahalanya apabila awak menggembirakan orang lain. Itu sebabnya senyum itu sedekah." Kata-kata Nurul Iman terngiang-ngiang di telinganya. Elya bersiap-siap mengemas diri untuk hari pertama persekolahan di sekolah baharunya.

Dingin sekali.Sinar si suria masih samar-samar menandakan waktu masih awal lagi.Nafas Elya turun naik.Anak tangga yang dikiranya itu melebihi angka 20.Anak tangga inilah yang sering diperkatakan oleh rakan-rakannya di sekolah lama dahulu.Keadaan geografi sekolah ini yang terletak di atas bukit dan permukaan tanah yang tidak rata menyebabkan perjalanan ke sekolah mengambil masa .

"Huh,tinggi juga ye tangga ni Zakiah,semput saya..awak okey ke.."Tanya Elya kepada Zakiah dengan tercungap-cungap ibarat ikan ketiadaan air.

"Saya semput juga,tapi InsyaAllah lama-lama kita akan biasa dengan tangga ni.."Zakiah menjawab.Dia kelihatan tenang sekali dan bijak dalam mengawal pernafasan kembali normal walaupun dia turut semput sebentar tadi.Wajahnya terus menerus mempamerkan senyuman.

"Saya masuk kelas dulu ya,selamat belajar".Zakiah melambai ke arah Elya apabila sampai di hadapan pintu kelas 4 Farabi.

"Baiklah,awak juga ya".Elya membalas dengan nada yang sedikit tinggi berikutan jarak mereka berdua yang agak jauh.Elya melangkah masuk ke dalam kelasnya.Kelihatan kelas 4 Khawarizmi agak ramai pelajarnya.Hampir keseluruhan kelas itu memandang ke arahnya tatkala dia masuk sebentar tadi.

"Meja ini kosongkah?Boleh saya duduk di sini?"Elya bersuara kepada seorang pelajar perempuan yang baru sahaja meletakkan beg berhampirannya.

"Mana tau,kau tanyalah orang lain,kacau saja".Pelajar perempuan itu membalas dengan kasar.Renungan matanya tajam memandang ke arah Elya seolah-olah dendam api kesumat membara dalam dirinya.

"Huh,garangya,aku salah cakap ke tadi..mungkin anginnya tak elok hari ini..tak apalah lebih baik aku tanyakan kepada orang lain..".Hati Elya berbicara sendirian.Dia amat terkejut dengan sikap pelajar itu seperti dia ada melakukan kesalahan yang besar kepada pelajar itu.

"Assalammualaikum,err awak,meja ini ada orangkah?Boleh saya duduk di sini? Elya bertanya kepada seorang lagi pelajar perempuan di hadapannya.Kali ini bicaranya lebih lembut dan teratur sekali kerana bimbang akan disergah atau ditengking sekali lagi.

"Wa'alaikummussalam,meja ini tiada orang,boleh sahaja kalau awak mahu duduk."Pelajar perempuan itu membalas dengan lembut.

"Awak ini pelajar baru ye,nama awak apa?".Dia menyoal dengan penuh sopan.

"Ya,saya pelajar baru nama saya Nur Elya,saya dari SMK Raja. Panggil saja Elya." Elya memberitahu dengan lebih lanjut lagi.

"Ooh,Elya,.saya Shahirah,panggil saja Eira ye..".Giliran pelajar itu pula untuk memperkenalkan diri.

"Bangun,Assalammualaikum cikgu".Seorang lelaki berdiri memberi salam kepada seorang guru perempuan yang baru sahaja masuk ke kelas.

"Wa'alaikummussalam,sila duduk.Hari ini kita akan belajar tajuk minggu lepas iaitu function.Tapi sebelum itu,saya nampak beberapa orang pelajar baru dalam kelas ini,jadi silakan berdiri untuk memperkenalkan diri."Guru itu mengarah dengan wajah yang agak tegas.Beberapa orang pelajar berdiri termasuk Elya dan pelajar perempuan yang berkasar dengannya sebentar tadi.

"Ooh,pelajar baru juga ke,patutlah garang semacam,.."getus Elya sendirian sambil memandang ke arah pelajar perempuan itu.Riak wajahnya masih tidak berubah,malah semakin tampak bengis.

"Baiklah sila mulakan dengan awak,"Guru itu berkata sambil jari telunjuknya lurus ke arah Elya.

"Assalammualaikum,nama saya Nur Kamelya,saya dari SMK Raja. Panggil saya Elya sahaja".Elya lantas memperkenalkan diri apabila disuruh. Hatinya merungut sedikit kerana sudah beberapa kali diminta dan disoal tentang dirinya,Namun dia akur kerana dia seorang pelajar baru,mesti ramai yang ingin mangenalinya.

"Baiklah,awak Elya,..awak pula,"guru itu terus menyoal pelajar yang lain pula.

"Err,na,.na,.ma saya Mohd Fareez,panggil saya Fareez..err.,da..,da,..dari SMK Sultan Yussuf,Batu Gajah"Seorang pelajar lelaki yang selang sebaris dari aku memperkenalkan diri dengan sedikit gagap.Mungkin kerana dia gementar di hadapan pelajar-pelajar lain.

"Ha,awak yang terakhir,sila perkenalkan diri."Guru itu memandang ke arah pelajar perempuan yang telah berkasar dengan Elya sebentar tadi.

"Huh,nama saya Syareiza.Dari SMK Melati."Pelajar itu menjawab dengan kasar lantas duduk tanpa disuruh.

"Baiklah,silakan duduk semua,terima kasih kerana sudi memperkenalkan diri kamu.Kepada pelajar-pelajar baru,saya ialah cikgu Saliza mengajar subjek Matematik Tambahan.Baik,kita sambung pelajaran kita sekarang,sila buka buku teks muka surat 15."Guru tersebut terus melaksanakan tugasnya dengan mengajar.

Nurul ImanWhere stories live. Discover now