BAB 7 - Kemunculan Blackworld@Blackpink!

54 8 0
                                    

Min Yoon Jun mencengkam cadar hitam itu dengan kuat menandakan dirinya sedang menahan sakit.Dia mengetap bibir.

Tabib yang sedang membalut luka pada dada bidang Min Yoon Jun akibat terkena kuasa Hani itu menelan liur apabila mata Min Yoon Jun memandangnya tajam.

Min Yoon Jun cuba untuk bangun sambil memegang lukanya yang sudah dibalut.

"Tuanku,patik rasa baik tuanku berehat.Luka tuanku masih belum pulih sepenuhnya lagi."ujar tabib tersebut.Dia menahan bahu Min Yoon Jun yang terkial-kial untuk bangun.

Min Yoon Jun menjeling tajam.

"Kau diam!"jerkah Min Yoon Jun kuat.

Tabib itu terus senyap sambil kepala ditundukkan ke bawah.Takut punya pasal.

"Jeneral Lim!Ke mari ke sini!"panggil Min Yoon Jun.Dia berdecit perlahan apabila kesakitan di dadanya semakin terasa.

Jeneral Lim pantas menghadap masuk ke bilik istirahat Min Yoon Jun.Dia melutut sedangkan tanggannya memegang pedang diangkat.

"Ampun tuanku.Ada apa tuanku memanggil patik?"tanya Jeneral Lim.

Min Yoon Jun memandang Jeneral Lim.

"Bagaimana dengan askar-askar hamba beta?"soal Min Yoon Jun.

Jeneral Lim mengetap bibir rapat.Dia memikirkan jawapan yang harus diberikan kepada Min Yoon Jun.

"Jeneral Lim,beta sedang bertanya pada kamu.Jawab soalan beta."tengking Min Yoon Jun tegas.

Jeneral Lim menunduk seketika.

"Maafkan patik,tuanku.Tetapi askar-askar hamba tuanku masih lagi dirawat kerana kebanyakan mereka telah dapat ditewaskan dan cedera parah akibat daripada kuasa-kuasa Bangtan Boys dan tempiasan kuasa Hani."jawab Jeneral Lim dalam senafas.

Min Yoon Jun terdiam seketika.Dia menyentuh balutan luka di dadanya.

Dia menarik nafas panjang dan dihela kasar.

"Sudah tiba masanya untuk kita gunakan mereka."ucap Min Yoon Jun perlahan.

Jeneral Lim memandang Min Yoon Jun.

"Mereka?Tuanku jangan cakap yang tuanku nak gunakan 4 ahli sihir terkuat tu."teka Jeneral Lim.

Min Yoon Jun tersengih sinis.

"Betul,beta akan gunakan kuasa mereka untuk merampas kuasa suci itu dan kerajaan abang beta.Beta akan takluki semuanya."ucap Min Yoon Jun.Dia ketawa lantang.Dia membayangkan saat kuasa-kuasa terkuat Solji dan kerajaan abangnya jatuh dalam tangannya.

Jeneral Lim terdiam.

"Sudah,jangan kau berdiri di sini lagi.Pergi panggil 4 ahli sihir itu menghadap beta segera.Beta ingin berjumpa ahli sihir itu.Cepat!"arah Min Yoon Jun.

Jeneral Lim mengangguk dan berlalu pergi.

Min Yoon Jun tersengih jahat.Dia mengenggam selimut hitam erat dengan nafas naik turun menahan rasa marah.

"Hani.Bersiap sedia.Aku datang pada kau dengan kuasa baru.Aku akan rampas semua kuasa suci Solji yang diberikan pada kau.Nantikan aku,Hani.Hahaha..."dia menumbuk selimut itu dengan selangan tawa.

Hani tersentak.Dia memandang belakangnya.Tiada orang.Dipandang ke kiri dan kanan juga tiada orang.Hanya dirinya sahaja.Dia memegang tengkuknya dan diusap perlahan.

"Kenapa ni noona?"soal Taehyung.

Hani mengeleng.

"Muka noona dah hampir pucat.Baik noona cakap kat taetae sekarang.Noona ada rasa perasaan yang tak elok kan?"teka Taehyung.

[COMPLETED]From Future to The past (EXID)Where stories live. Discover now