BAB 26 - Tell Me The Truth

24 2 0
                                    

Hani cuba untuk bangun dari baring setelah dia puas tidur.[P/S:Hani memang suka tidur melebihi 2 jam sehari.The Queen of Sleeping.hehe]

"Hani."panggil Solji.

Hani memandang Solji.Dia mengukirkan senyuman manis.

"Waeyo,eonni?"soal Hani.

Solji tersenyum kelat.Dia berjalan menghampiri Hani.

Tangan Hani dipegang lembut.

"Kalau eonni tanya Hani ni,Hani jawab dengan jujur.Hani...suka pada Yun Seong ke?"tanya Solji

Hani terdiam.

"Jadi betullah Hani ada perasaan pada Yun Seong."duga Solji.

Hani menghela nafas berat.

"Memang Hani sukakan Yun Seong tapi dia dah buang Hani.Jadi,Hani dengan dia dah kosong-kosong.Kitaorang dah tak ada apa-apa dah."balas Hani mendatar.

Solji mengeluh.Dia dapat rasakan yang Hani masih cuba menyembunyikan rasa hati sendiri.

Bahu Hani disentuh lembut.

"Hani...eonni tak tahu apa masalah Hani sekarang ni tapi bincanglah secara baik dengan dia.Jangan sampai dia dah dimiliki baru Hani nak menyesal."nasihat Solji.

Solji mula berdiri lalu berjalan keluar meninggalkan Hani yang terkaku di situ.

[DI KOLAM IKAN KOI...]

Hani menghirup udara segar di kolam ikan itu setelah dua hari dia terperap di dalam bilik akibat kecederaannya.

Terasa bahunya disentuh seseorang membuatkan Hani berpaling.

Kelihatan wajah Ah Ro yang tersenyum manis menyapa pandangan Hani.

"Hai,awak ni...wirawati kerajaan tu kan.Hani?"soal Ah Ro lembut.

Hani hanya mengangguk sahaja.Dia meneliti tubuh Ah Ro dari atas ke bawah.

Dahinya berkerut apabila wajah Ah Ro agak familiar di pandangannya.

"Maafkan saya.Awak ni siapa?"soal Hani semula.

Ah Ro tersenyum ramah.Tangan dihulurkan untuk bersalam.

"Saya ialah Ah Ro.Kim Ah Ro.Saya merupakan anak tunggal kepada pembesar Kim Yun Nam."jawab Ah Ro dengan senyuman.

Hani mengangguk faham.

"Jadi,ada apa awak nak jumpa saya ni?"tanya Hani kekok.

"Saya nak tahu pasal awak.Awak tak kisah kan?"balas Ah Ro.

Hani ternganga.

"Bolehkan,Hani?Saya nak berkawan dengan awak aje.Lagipun,saya selalu dengar pembesar dan Raja bercakap pasal awak."ucap Ah Ro.

Hani tersenyum kecil.

"Hmm...rasanya..bolehlah."akur Hani.

"Jom kita duduk di pondok itu.Kita boleh berbual panjang."ajak Ah Ro.

Hani hanya mengikut sahaja langkah Ah Ro tanpa menyedari Ah Ro merupakan pasangan hidup Yun Seong tak lama lagi.

"Awak sangat hebat,Hani.Awak berjaya hapuskan kuasa jahat ahli sihir itu berseorangan.Saya kagum."puji Ah Ro.

Hani hanya tersenyum malu.

"Awak tak payahlah asyik puji saya.Saya hanya membantu apa yang saya rasa merupakan tanggungjawab saya."tegah Hani malu.

Ah Ro tersenyum.

"Awak tahu tak?Waktu awak lambat pulang,semua orang risaukan awak.Awak cedera parah tahu tak.Tapi,awak masih menahan sakit tu.Kami semua cemas bila awak pengsan."cerita Ah Ro lagi.

[COMPLETED]From Future to The past (EXID)Where stories live. Discover now