BAB 9-Akhirnya,Buku Bertemu Ruas!

58 9 0
                                    


Hani melangkah masuk Dongjun.Dia meliarkan anak matanya mencari kelibat seseorang.

Kelihatan dari jauh susuk tubuh Yun Seong sedang membaca di bawah tangga perpustakaannya.

Hani membetulkan sedikit rambutnya yang dilepaskan dan Hanbeok yang dipakainya.

Dia tersenyum.Kakinya diorak menghampiri ke Yun Seong.

"Ehem..."

Yun Seong yang khusyuk membaca mengangkat wajah.

"Erm...boleh saya duduk kat sini?"tanya Hani lembut.

Yun Seong masih menjawab apa-apa hanya memandang sahaja wajah Hani.

Mana taknya.Ini kali pertama dia melihat Hani memakai hanbeok.Sangat padan hanbeok berwarna pink cair dengan kulit Hani yang putih itu.Wajah Hani cuma ditempek dengan bedak dan gincu sahaja.

Wajah Hani cuma ditempek dengan bedak dan gincu sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini Hanbeok yang Hani pakai.Warna rambut tu haruslah diabaikan...hehe..:)


"Hurmm...hai.Dah sampai mana dah tu?"tegur Hani.

Dia menahan tawa melihat wajah Yun Seong yang terkebil-kebil.

Yun Seong tersentak.

"Oh,awak Hani.Apa..apa yang awak tanya tadi?"soal Yun Seong semula.

Terletus tawa Hani mendengar balasan Yun Seong.Dia tak pekalah tu bila Hani tanya.

"Saya cakap,boleh.tak.saya.nak.duduk.sini?"jawab Hani satu persatu.

Yun Seong tersengih malu.

Dia mengangguk seraya menganjak ke tepi untuk memberi Hani duduk.

Hani tersenyum lalu melabuhkan duduknya di sebelah Yun Seong.

"Ada apa awak datang ke sini,Hani?"tanya Yun Seong.

Hani tersenyum lagi.

Dia mengeluarkan seutas gelang tangan berwarna pink lalu ditunjukkan pada Yun Seong.

Yun Seong hanya melihat gelang itu.

"Sebenarnya,saya dah fikirkan hal ni masak-masak."

Yun Seong mengangkat wajah memandang wajah Hani.

"Ja..jadi awak dah buat keputusan ke?"soal Yun Seong gagap.

Hani menganggukkan kepala dengan senyuman penuh makna.

"Ya,saya dah buat keputusan.Saya akan...."

Belum sempat Hani menghabiskan ayatnya,kedengaran bunyi letupan yang agak membingitkan dan disertakan dengan satu cahaya merah dari luar istana.

Hani dan Yun Seong tersentak.

Mereka segera bangun dan berlari anak menuju ke luar Dongjung.Kelihatan ramai askar yang tergesa-gesa menuju ke luar pintu istana.

[COMPLETED]From Future to The past (EXID)Where stories live. Discover now