BAB 22 - Pertunangan Putera Mahkota.

32 3 2
                                    

Hani dan Taehyung berjalan lenggang untuk pulang.

Sedang mereka berjalan,mereka berdua terserempak dengan putera mahkota,Puteri Yun Ah dan Kim Sang Ri.

Terhenti langkah mereka berdua.Hani dan Taehyung menunduk hormat.

"Hai Hani."tegur Kim Sang Ri ramah.

Hani hanya diam.

Taehyung memandang Hani yang memalingkan wajah.

"Sang Ri ssi,kalau awak tegur dia,tak guna jugak.Dia tak akan jawab.Berlagak.Dahlah hanya tumpang aje kat sini."sindir Puteri Yun Ah.

Hani memandang tajam pada Puteri Yun Ah.

Taehyung merengus kasar.Geram.

"Maafkan saya tuan puteri.Memang betul kami tumpang aje kat sini,tapi kami tahu adab kami kat mana.Sekurang-kurangnya,kami ni belajar adab menghormati orang lain.Tapi,tuan puteri?Mana adab hormat tuan puteri pada kami?Selama ini saya hanya lihat dan diam sahaja melihat sikap kurang ajar tuan puteri pada kami semua.Tapi kali ni,tuan puteri betul-betul melampau.Saya tak akan berdiam diri lagi."marah Taehyung.

Naik turun dadanya menahan marah.

"KIM TAEHYUNG!!!!"tengking Yun Seong.

Taehyung memandang sinis pada wajah Yun Seong.

"Kenapa?Hyung nak bela kesalahan adik hyung?Tak serik lagi ke hyung sakitkan hati Hani dengan bela adik hyung?"sinis Taehyung.

"Taehyung-ah,geumanhae."pinta Hani sambil memegang lengan Taehyung.

Taehyung menepis tangan Hani.

"Biarkan aje noona.Biar diorang tahu rasa sakit hati.Selama ini kita diam,dia boleh pijak kepala kita.Kali ini biar tae pulak yang balas."sergah Taehyung geram.

Hani mengeluh perlahan.

"Hyung,tae tak tahu nak kata apa dengan hyung.Tapi,tae betul-betul kecewa dengan hyung.Tae dah tak ingin nak letakkan kepercayaan tae pada hyung lagi-lagi selepas apa yang hyung buat pada Hani noona.Bila masa kami sudah sampai untuk pulang,hyung jangan pernah nak datang cari Hani dan kami semua."ucap Taehyung.

Hani menunduk kepala menekur tanah.

Kim Sang Ri dan Yun Seong terkaku.

"Lagi satu,hyung boleh tipu kami semua tapi hyung tak boleh nak menipu hati hyung sendiri.Walau bagaimanapun hyung keraskan hati hyung untuk melupakan Hani noona,tapi perasaan itu sentiasa mengalahkan hyung.Dan,...bila Hani noona pergi...hyung akan menyesal.Melepaskan sesuatu yang disayangi tanpa kerelaan amat memedihkan,hyung."ucap Taehyung perlahan.

Seusai sahaja Taehyung berkata,dia menarik tangan Hani untuk berlalu.

Hani hanya menurut.

[DI DALAM ISTANA,BALAI PENGHADAPAN....]

"Ada apa ayahanda panggil anakanda ke mari?"tanya Yun Seong.

Raja berdehem kecil.

"Sebenarnya,ayahanda ingin kamu lakukan sesuatu untuk ayahanda."balas Raja.

"Boleh ayahanda."jawab Yun Seong.

"Ayahanda nak kamu berkahwin dengan anak gadis pembesar Kim.Dengan itu,ayahanda akan memudahkan proses perlantikan kamu sebagai Raja selepas pertarungan ini tamat."ucap Raja.

Yun Seong terkejut.

"Tapi,ayahanda...anakanda tak bersedia lagi untuk kahwin.Lagipun, anakanda tak kenal dengan gadis itu."bantah Yun Seong.

[COMPLETED]From Future to The past (EXID)Where stories live. Discover now