BAB 2
Tangan isterinya yang cantik itu dipegangnya. Mata mereka bertentangan lama.
"I don't believe it, okay.. So I hate people telling lies!" Tangan itu digenggamnya erat. Matanya terbeliak menggambarkan kesungguhan dia memberi amaran.
Bella hanya mampu mengalirkan air mata.
"Abang... Bella tak tipu. Bella kan isteri abang, pada siapa lagi Bella harus mengadu?"
"Pada abanglah tapi bukan macam ni! Mengerti? You are making me headaches already!" Jerkahnya lagi.
Bella menggeleng. Menyentap tangannya dari pegangan suaminya yang amat menyakitkan itu. Berlari keluar dari kamar mereka. Berlari keluar ke balkoni di tingkat atas. Di situ dia dapat melihat sejauh mata memandang. Keriuhan dan kesibukan kota yang baru sebulan ditinggalkannya. Walaupun ianya kelihatan sepi namun dia masih dapat membayangkan lagi betapa bunyi hon yang memekakkan bagaikan muzik di telinganya. Aneh kan hidup ini? Dahulu apabila kita melaluinya saban hari, kita akan benci namun terpaksa juga melaluinya. Namun apabila kita meninggalkan semua suasana itu, kita akan merinduinya pula.
Bukan senang mahu memahami orang asing yang dikahwininya sejak sebulan yang lalu. Selepas tamat universiti dan bekerja di firma ternama, dia disunting oleh anak kawan baik ibunya. Yang sebelum ini belum pernah dikenalinya langsung.
"Ibu... Bella tak nak kahwin lagilah. Bella nak kerja dulu..."
Tetapi ibunya memujuknya dengan bersungguh-sungguh.
"Bella... calon ni amat sempurna di mata ibu. Ibu tidak akan tersalah pilih untuk anaknya..." itulah kata-kata ibunya di saat memujuknya untuk menerima pinangan itu.
Zaril Dato' Razil. Anak ahli korporat ternama. Baru pulang dari luar negara. Juga mengikut sahaja kata kedua orang tuanya. Ibunya dan mama lelaki itu kebetulan kawan satu sekolah asrama penuh nun jauh di Utara.
Bukan mudah mahu mengenali orang asing yang selama ini tidak pernah hadir di dalam hidup kita. Namun itulah yang cuba dilakukannya sejak sebulan yang lalu. Dia diminta berhenti bekerja dan tinggal di rumah sahaja.
Putuslah hubungannya dengan dunia luar. Cuma sesekali kawan-kawan semasa satu universiti yang ada menghubunginya melalui video call ataupun Skype.

ANDA SEDANG MEMBACA
KASIH YANG KEMBALI
ParanormalCerita memgisahkan seorang wanita yg sentiasa ternampak bayang2 wajah seseorang yg sudah meninggal dunia namun tidak diketahui olehnya. Dia mengadu pada suaminya tentang hal itu namun suaminya menganggapnya gila. Siapakah lembaga itu? Apakah kena m...