KASIH YANG KEMBALI- BAB 1

38 4 0
                                    


BAB 1

Usai selesai tugasannya di pejabat, Zaril terus pulang. Dia semakin risau kerana sejak kebelakangan ini isterinya mula mengadu perkara yang pelik-pelik terhadapnya.

"Bang, betul ni. I selalu nampak wajah pucat tu..."

"Kat mana?"

"Kat cermin bilik air kita..."

"Hushh.... You ni. Baik-baiklah sikit. Sebelum masuk rumah baru kita ni, kita dah buat majlis baca Yaasin, kan?" Geram juga dia dibuatnya mendengar aduan yang sama. Sudah dua minggu isterinya mengadu begitu.

"Abang tak nampak punlah. Mengarutlah you ni. Agak-agaklah nak takutkan I pun!" Kadang-kadang naik geram juga dia dibuatnya dengan sikap isterinya itu.

Baru sebulan mereka bernikah dan tinggal di rumah agam tiga tingkat ini. Memanglah rumah banglo sebesar ini dibina dua tahun dahulu di satu kawasan dusun buah-buahan yang jauh dari hiruk-pikuk kota. Namun itulah impiannya sejak dari dahulu lagi. Iaitu untuk tinggal jauh dari semua kebingitan kota dan tinggal di kawasan pedalaman seperti ini.

Tugasnya juga tidak membuatkan dia perlu berada di pejabat sepanjang masa kerana dia mempunyai syarikat grafik sendiri di kota Kuala Lumpur. Cuma sesekali sahaja dia akan bertemu dengan klien untuk menguruskan sebarang tugasan.

"Abang... please... buat apalah Bella nak ada-adakan cerita ni..." isterinya duduk di hujung katil mereka ketika itu dan dia pula sudah mula menangis apabila suaminya masih lagi tidak mahu mempercayai kata-katanya. Apa gunanya dia menjadi isterinya yang suaranya tidak diperdulikan oleh suami sendiri?

"Bang... please... Bella tak tipu..."

Dia memegang kedua-dua belah tangan suaminya yang kini berdiri mengadapnya. Air matanya berjuraian di tubir matanya. Membayangkan kesungguhannya.

Zaril merenung ke wajah isterinya yang baru sahaja sebulan dinikahinya itu. Ikatan pernikahan yang terikat dengan persetujuan dua belah keluarga membuatkan dia tidak begitu mengenali isterinya dengan sepenuh jiwanya. Dia cuba menerima isterinya seadanya. Cantik memang cantik. Tetapi di minggu awal perkahwinan mereka bahagia. Namun beberapa minggu selepas itu, isterinya mula merepek tidak tentu pasal tentang wajah di cermin bilik air mereka. Padahal dia tidak pernah pun nampak apa-apa pun di cermin mereka. Hanya biasan wajah mereka sahaja yang terpapar di situ.

Cantik sahaja tetapi tiada ketenangan untuknya langsung!


#kasihyangkembali

#bab1kasihyangkembali

#hasreeyatiramlikasihyangkembali


KASIH YANG KEMBALIWhere stories live. Discover now