3
"Kau okey ke ni Bella? Aku tengok kau pucat semacam je? Risau aku...." Soal salah seorang dari temannya, Nini, seorang gadis yang bertugas sebagai seorang graphic designer di ibu kota.
"Iyalah. Kau sakit ek? Dah ambik ubat ke ni?" Seorang lagi menyampuk. Deri, seorang lelaki metroseksual yang bertugas sebagai jurufoto di sebuah firma pengiklanan terkenal. Lebih kepoh dari gadis-gadis yang lainnya.
"Atau.... kau dah pregnant!" Teka Tisha, seorang gadis yang happy-go-lucky, seorang model sambilan yang selalu bikin huru-hara di dalam kumpulan mereka.
"Hishh... gila korang ni!" Bella terhibur dengan teman-temannya yang kini hanya boleh dihubungi dengan Skype sahaja.
Seperti biasa, dia hanya membuka Skype untuk bersiaran dengan kawan-kawan satu universitinya pada lewat malam. Itupun setelah suaminya tidur.
Mereka dari pelbagai negeri. Namun semuanya kini tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur.
"Manalah tahu... kot kau bunting pelamin...hahaha..." Usik Tisha lagi.
Bella terhibur dengan teman-temannya walaupun hanya beginilah caranya dia bertemu dengan mereka.
Suaminya menghadkan pergaulannya. Dia tidak dibenarkan untuk bertemu dengan teman-teman seangkatannya selepas mereka bernikah hari itu. Entahlah mengapa. Mungkin cemburu buta agaknya.
"Agaknyalah..." Bella kelihatan sedih. Cemburu? Bukannya dia tidak memperkenalkan teman-temannya pun di hari pernikahan mereka. Malah Deri sendiri terpukau dengan ketampanan dan kekacakan suaminya itu.
"Kau bertuah sebab dah kahwin. Macam kami ni ha... Boyfriend pun ada...Sedih kot..." Rungut Tisha lagi.
"Mak aii... kau makhluk cantik pun tak ada yang nak ke...Aku ni lainlah..." rungut Nini, gadis chubby tapi cantik yang hobinya suka makan ais krim itu. Tidak kiralah di mana sahaja, pasti mereka berempat terpaksa singgah di mana-mana outlet apabila mereka outing bersama.
"Kau tu kena stop makan aiskrim.. ikut aku pergi gym.. macam ni ha... aku ada 'body' kot...." Tunjuk Deri body six packs yang dibinanya sejak setengah tahun dulu. Asyik-asyik suka pakai baju singlet tidak berlengan saja untuk menayangkan six packsnya.
"Eewww.. tutuplah sikit. Aurat tuhhh.... " Sergah Tisha lagi. Sambil menutup mata.
Bella tertawa melihat aksi Deri. Tak padan dengan metroseksualnya tu. Terhibur seketika dengan gelagat teman-temannya. Memang dia rindukan teman-temannya itu.
"Guys... I see things now...." Kali ini Bella berterus-terang.
"What the-" Jerit Deri. Duduk kembali menayangkan mukanya di skrin lappynya. Terkejut.
"Really? Hantu ke?" Jerit Tisha pula. Menutup muka dengan bantal peluknya.
"OMG...." Nini pula menjerit terkejut. Menutup matanya.
"Kat manaaa....." Hampir serentak mereka bertiga bertanya.
YOU ARE READING
KASIH YANG KEMBALI
ParanormalCerita memgisahkan seorang wanita yg sentiasa ternampak bayang2 wajah seseorang yg sudah meninggal dunia namun tidak diketahui olehnya. Dia mengadu pada suaminya tentang hal itu namun suaminya menganggapnya gila. Siapakah lembaga itu? Apakah kena m...