KASIH YANG KEMBALI 4

36 2 3
                                    

4

"I can't tell you but things have gone too far. Aku ingat aku mengigau ke.. mimpi ke... tapi it happens again..." Bella mengadu pada teman-temannya.

Suasana sunyi seketika.

"Eh... kau ada kat mana ni, Bell? Sunyi ja..Mana laki kau?" Deri berasa bagai ada sesuatu yang tidak kena.

"Ada kat bilik.. dia dah tidur. Aku gaduh dengan dialah ni. This is my nest." Jika dia bergaduh, mesti dia akan membawa diri di atas loteng ini. Di tingkat tiga rumah yang amat besar ini. Di sinilah dia akan 'bertapa' dan mengasingkan diri apabila dia mahu ber'Skype' dengan teman-temannya.

"Napa? Kau juga dah bosan berkawan dengan aku ke...Kalo kau dah bosan. Ok bai." Merajuk pula dia.


"Allahh... mulutt.... Kau nilah! Gedikss la sangat!" Jerit Deri lagi sambil memuncungkan bibirnya.

"Eeee... stop itlah, Deri. Geli aku tengok!"

Teman-teman lain tergelak dengan perangai Deri yang lebih mengada dari mereka. Badan sahaja sado. Tapi jiwa mengalahkan perempuan sejati.

Deri dengan selamba menjelirkan lidahnya sambil menjeling di lappynya menurunkan singlet putih melepasi perutnya semula. Kemudian kembali meniarap seperti yang lainnya.

"So, kita nak buat macamana ni?" Soal Nini lagi. Menyuapkan ais krim ke dalam mulutnya.

"Pasal hantu macam ni aku mana reti. Kena panggil bomohlah. Kita bayar upah. Bagi dia halau untuk kita. Ha... macamana, bernas tak idea aku?" Tisha kemudiannya tersengih.

"Kau ni.... terlalu banyak tengok siri Hantu Kak Limah agaknya. Kita belum tahu lagi, benda tu apa sebenarnya. Hantu ke, jin ke..haa..." tingkah Deri lagi.

"Dah tu, kalau muncul tiba-tiba aje lepas tu hilang, kau ingat apa? Chipsmore?" Tergelak juga Bella akhirnya dengan telatah teman-temannya itu.

"Haaa.. dah, dah... aku yang ada masalah, korang semua bertengkar ni kenapa, ha?"

Masing-masing terdiam.

"Nini, terima kasih sebab bagi cadangan nak pakai bomoh tu. Tapi frankly speakinglah. Aku memang tak percaya bomoh-bomoh ni. Semua tu perabih duit kita aje."

Bella sudah banyak membaca dari akhbar tempatan dan di innternet tentang hal penipuan itu. Namun masih ramai lagi yang tertipu dengan semua itu.

"Hmmm.... itu aku tau. Tapi tak semua kan macam tu. Mesti ada yang betul..." Nini masih lagi membela golongan bomoh yang jujur seperti itu.

Bella tersenyum.

"Ha, aku pulak cadangkan kita cari ustaz ke ustazah ke... Amacam?" Tisha pula melontarkan ideanya setelah lama berfikir agaknya. Kerana dia yang lama menunggu gilirannya.

"What? Ustaz? Ustazah? Huii... kau ni... yang bagi ceramah dalam t.v. tu ke....Eeww.... lagilah aku tak caya!" Gedik betul Deri dengan ayat 'eeewww'nya itu.

"Hoi, Deri! Banyaklah kau punya ustaz ustazah kt t.v. Itu aje yang kau terfikir ke....Ramai lagi tau spesis diorang ni yang guna ayat-ayat Quran ni ha...Tapi kena cari juga la..." Tisha menjuihkan bibirnya.

"Hey, minah, Tak usah buat mulut macam tulah. Hodoh. Kau tu model. Nanti orang tak nak bagi job kat kau pulak. Cuba buat gaya comel...Haa...." Deri menggayakan muka comel dengan tangan berbentuk love di atas kepalanya.

"Heee..menyampahlah aku! Seriuslah sikit. Kau tengok Bell tu. Dia termenung pulak tu..." Tisha perasan tentang perubahan riak wajah Bella ketika itu.

"Bell..."

"Hmm... ya?"

"Kau dah fikir ke, cara terbaik untuk kau nak selesaikan masalah kau ni?"

Bella termenung seketika.

"What if kita cari ghostbusters..." Deri tiba-tiba memberikan idea gila itu.

Mereka yang lain saling ternganga.

KASIH YANG KEMBALITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang