JIWA

72 2 0
                                    


Satu kalam menjadi bukti,

Hati itu terus mati,

Bukan lambang sebuah negeri,

Membuat insan terus sakti.


Kalam menyatu membawa makna,

Cekatan bicara sebuah pena,

Pena menyelusuri sebuah pelayaran,

Menjadi manusia pulang kegembiraan.


Ukhwah dibina atas landasan,

Berjuta makna dalam penyekatan,

Syariah sebuah lambang penyatuan,

Umat tidak berlaku pepecahan.

بسم الله الرحمان الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

WATIKAH NUSANTARA

Ku dengarkan akan teliti akan ia demi amanah dipikul demi matlamat akhirat.

Kang (yang tua yang membaca) sesungguhnya ini tersurat kata-kata yang akan menghapus segala dosa mendengar akan ,mengata akan,mengamal akan,mengikut akan sahabat yang mulia.Baginda memerintahkan berpandu akan ia.Baginda setahu-tahunya susulan apa yang diwasiatkan oleh baginda.

Kang (pada yang membaca) tugas memikul tugas mu.Kang Ku tujukan pada mereka yang akan dimaki,akan dihamun,akan dihenyak,akan disembelih dan akan di salibkan.Ini usul cerita bermula dari hal dunia yang hina.Hina kerana tidak beragama.Hina kerana menjadi hamba pada mereka yang bermaharaja lela.Tidak terputus rahmat kuasa berdalilkan Al-Quran yang mulia yakni ilmu sudah dikira mendapat restu maha diraja,Sultan direstu,Sultan mulia agar dapat semua beragama.

Kang (abang) tidak ada apa-apa yang aku rasa.Kitab ini harta hanya layak pada yang empunya.Aku serah pada empunya terkandung dalam semua rahsia..................jalan menuju pada yang jaya.

Kang (si pembaca) restu mu bukanlah yang aku dambakan,tapi keredhoaan-Nya aq pohon.Hamba memohon restu pada empunya empayar,agar tidak terus melampaui batas.Saratan sasanakala telah menjadi paradoks masa bagi tiap pemilik masa.Pemilik Negara.Pemilik lembayungnya.Sebatan demi sebatan aku terima............lekukan demi lekukan aku hadapi..........tiada yang menjadikan manusia mengingini.Manusia tidak boleh membatasi hukom karma pada diri sendiri.

Kang (tertua) warkah perbatasan suatu kemuncak.Peralihan masa suatu penentuan.Bukan niat mencari permasalahan,tetapi gurauan dari perantauan.Masa yang tidak banyak aku ingin luangkan,bersama dewata mulia raya untuk meneguhkan agama bangsa.Jenayah bukan hanya dengan perbuatan,kata, dan mata.....hati merupakan penjenayah utama dalam hidup insan.Ahad terus berjalan meninggal sabtu,untuk terus bertemu isnin.Sikap hamba yang ingin terus memberontak,agar diberi ganjaran yang tidak mampu dikecapi.

Kang (paling tua) maruah ini terus tercalar,dek kerana seorang wanita yang terus mendambakan kasih dan sayang.Aku sebagai adik sering meratapi setiap gelaran yang diberikan.Apakah aku adalah manusia yang tidak layak mendapat gelaran?.Aku manusia yang terus melakukan dosa dan inginkan perubahan.Kang aku hanya mahu muasalku terus terplihara dan terus terjaga.Gelaran kiai hanya disandarkan pada keturunan ku.Aku adalah pewaris dari keturunan wali tersebut.

Ibu (insan paling aku cintai) tidak bermakna alam ini tanpa rahim mu.Alam ini tidak akan jejak tanpa sebarang noktah yang terus berlayar.Insan berjasa atas kuasa mulia.Terus berjalan untuk dapatkan hikmah sakti dari terusan kuasa. tiada bahasa seinndah syurga..yang menjadi kalam terus berbicara,ibu ini wasiat penamat tapi bukann terakhir.Hati ini terus dirobek atas nama muasal cinta yang tak akan habis.

Ibu (pencita) apakah benar masih wujud muasal cinta?...apakah benar masih wujud hayatan cinta?...apakah bernyawa manusia yang bercinta?.Sayugianya telus cinta masih mekar dalam benak hati manusia.Etika ini terus di alpakan kerana inginkan dunia yang akan terus basah dengan keringat manusia.Tidak bernyawa dalah pilihan dari mergas tertua dalam alam.Mereka melihat selepas Adam diturunkan bumi ditarah seperti tiada muncul hari esok.Serakah manusia itu lebih buruk dari anjing gila kelaparan.

Pada mula alam dicipta pada qalam Allah berkata taat aku tiada hingga engkau jangan engkau beraku dusta.Ilmu nyata pada mata yang ada takhta.Salinan dibuat dimerata hanya satu akan berkata.Lihat pada diri bukan pada kiri.Lihat pada masa lahir sudah ada apa pada jiwa?.Tangisan yang menggegarkan rahim ibu menanggung kesakitan.Pikul akan segala rahsia tetapkan hati pada si Dia.Nanti akan berjumpa kita dijalan usul terletak rahsia.


Nujum seberang diulik kayangan,

Pepatih bersatu sangat menyeksakan

Helang menjadi raja keamanan,

Alam mendidik tarbiyah Al-Quran.


Gambar menyimpan segala kenangan,

Terus berbicara dewi kayangan,

Gegaran tanah beri peringatan,

Mengapa terus akal disimpan?.


Usul dicari kerana warisan,

Tujuh baris menjadi keramat,

Pinta petunjuk segala kenimatan,

Agar manusia tidak tersesat.


Resah bumi kerana manusia,

Manusia menangis hasil kesah,

Sakit jiwa mengatahui cerita,

Menangis alam sehingga basah.

Nukilan isi hatiWhere stories live. Discover now