Kalam kedua permulaan sejarah,
Sejarah dicipta atas takwa,
Hidup ini bukan mengarah,
Menggerakkan saratan sasanakala.
Percantuman jiwa dalam penyatuan,
Hati disatukan kerana ukhwah,
Jalan asal sebuah pembuktian,
Jangan sampai turun kawah.
Perkataan dalam pipitan burung,
Manusia tidak perlu terkurung,
Dalam sangkar kian murung,
Terus berusaha untuk bertarung.
بسم الله الرحمان الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبكاته
WARKAH PERBATASAN
Tiap kalimah dimulakan dengan deraian yang basah menakkulkan jiwa.
Melankolik sebuah drama diteruskan dengan penceritaan yang terus menderitakan jiwa dalamnya tersirat amanah yang berat,yang besar,yang penuh akan penilitian tiap susulan jiwa.Mandalika menggerakkan jiwa dengan arahan yang akan terus berakhir dengan henyakan.Mandalika maha mengetahui segala yang diperlakukan.
Fajar yang terbit tidak menjanjikan sebarang kebahgiaaan,inikan cinta yang sering diakhiri pendustaan.Apa ada pada bulan tidak berharga kerana itu manusia diangkat martabat.Mandalika ingin akan muasal kembali pada fitrah,kerana padanya terdapat fikrah.Bencana bukan diuji atas dasar maksiat semata,tapi sebagai penghapus dosa yang sementara.
Bunga janji sebuah kecantikan yang tidak dpat manusia duga,andai dipetik maka tidak dapat melihat rahisanya.Budi bicara itu bukan kerana Tuah mati.Tuah hilang kerana malu pada diri sendiri.Tuah menghukum diri dek kerana terusan itu di tangisi.Sejarah mengajar sebuah penceritaan yang akan terus mekar dalam sanubari.Noktah aku bukanlah tuhan tetapi dia adalah pemilik segala kehancuran.
Meditasi terus berjalan dalam ruang masa yang kian panjang.Atas satu kalimah manusia terus perjuang agar tidak ketinggalan dalam mengejar paradigm dunia.Bunga yang mekar akan layu juga andai tidak dijaga.Irama puitis terus menyanyi dalam setiap bait yang menjanjikan perkara ghaib terus bersinar.Bukan maksum.Bukan suci.Bukan luhur.Segalanya kerana beradaban yang terus mencelah agar manusia tidak tertekan.Nakhoda terus bergerak tanpa kapal,kerana itu hanya sebuah gelaran bagi pemandu kapal.
Operandi yang memiliki perbendaharaan yang sangat besar.Bukan hanya meditasi yang terus ditelan zaman hasil kebejatan alam.Pupus ihsan manusia kerana kekejaman alam yang terus disanjung dalam babak novel kesedihan.Tangisan itu milik kanak-kanak yang dizalimi oleh dunia yang kian maju hasil tangan manusia.Kusangka makin maju makin berjaya,malah makin maju makin teraniaya.Jangan bersedih alam atas dunia yang kian kejam.
Ritma terhapus dari tangan manusia yang terus menangis dalam kegembiraan.Baki yang tidak akan dapat diberi oleh manusia biasa yang ingin kepuasan nafsu yang kian buas.Tarikh yang kian menarik tafsir alam agar merasai jiwa yang terus terbang meninggalkan alam yang sayu.Mulia jangan pernah tinggalkan hina dalam kesesatan dalam melupakan Mulia.Seni warisan yang kian pudar menjadikan aku lelah dalam menjaga warisan ini.Berkat ayat itu aku terus tegak mengejar cinta ini bir tersemat dalam diri.
Tiap muka surat berhelai,
Sekeping hati yang lemah,
Usaha ini bukan terbengkalai,
Agar manusia pumyai arah.
Luahan hati kunci semua,
Jangan biar alam meratapi,
Aku bukanlah yang tertua,
Cuma inginkn semangat santabi.
-A.Afiq-