Syakila P. O. V
Aku berlari teruja. Andai boleh terbang, mahu sahaja aku terus terbang ke bilik. Hendak berjumpa dengan buah hati di bilik. Pasti dia dah habis kelas kerana sekarang sudah pun 10.30 malam.
Aku ada berita gembira yang mesti aku kongsi dengan dia. Perkara yang aku sendiri tak sangka akan berlaku kepada aku. Setelah setahun... Penantian aku setelah setahun akhirnya~
Bam!
Pintu bilik aku tertolak sedikit kasar kerana terlalu teruja. Tetapi...
Mata aku terbuntang. Hati aku terus berkecai umpama kaca. Adegan yang terbentang di dalam bilik ini terus sahaja mematikan keterujaan aku.
"Khai!!!" teriak aku lantang.
Terhenti perbuatan dua orang yang sedang asyik bercumbuan di atas katil. Terkejut dengan jeritan aku. Mereka berdua serta merta berpaling ke arah aku.
Aku lebih terkejut apabila memandang pasangan Khai itu.
Elly?
Khai dengan Elly bercumbu? Di atas katil kami.
"Khai, apa awak buat ni?" soal aku. Masih tidak mahu percaya dengan perkara yang aku lihat tadi.
Diam.
"Khai, answer me!" Arah aku. Mulai menapak menghampiri mereka. Wajah mereka yang sudah pun berdiri aku pandang silih berganti.
Wajah Elly nampak takut, resah dan pucat. Pastinya terkejut dengan kehadiran aku.
Tetapi wajah Khai? Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Sedikit pun tidak. Sekadar memandang aku dengan wajah kosong. Tidak takut ataupun terkejut.
"Answer me, Khai!?" Jerkah aku tepat-tepat di hadapan Khai. Dia membalas dengan senyuman sinis.
"Kissing." Selamba dan ringkas balasannya.
Aku tersentak. Aku mengharapkan dia menidakkan perbuatannya tadi tapi dia malah dengan bangganya menyatakan perkara itu. Perlahan-lahan airmata aku mula mengalir.
Tidak percaya.
Rasa dikhianati.
Geram.
Marah.
Semuanya bercampur baur di hati. Pecah berderai hati aku kini.
"Since when?" Soal aku perlahan, sudah seperti berbisik. Terasa lemah jiwa ini.
"Sya, ini bukan..." Suara Elly terhenti apabila Khai mula menggenggam tangannya. Erat.
"Last week." Potong Khai. Masih menggenggam tangan Elly.
Aku pandang tangan mereka yang bersatu.
No! Cuma aku yang boleh genggam tangan Khai seperti itu. Cuma aku yang boleh peluk Khai macam selalu. Cuma aku yang Khai boleh cintakan. No one else!
"You get out." arah aku sambil menjeling Elly.
"Sya~" panggil Elly, mungkin hendak memujuk.
"I said get out!" Suara aku berubah nyaring, menghalau Elly. Dia sedikit tersentak dan terus sahaja mencicit keluar daripada bilik. Meninggalkan kami berdua.
Sepi diantara kami berdua.
Tidak mengendahkan aku, Khai terus bergerak ke meja belajar miliknya dan mengambil telefon yang sedang dicas.
"Sejak bila Khai dengan..." Tidak sanggup aku mahu menghabiskan ayat tersebut.
"Minggu lepas." Balas dia masih selamba seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan. Matanya memandang skrin telefon pintar miliknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}
Dragoste"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...