Lonecryer II

1.5K 21 2
                                    

Satu temubual ringkas telah dijalankan di @r3@1E sempena menyambut tahun baru Hijrah.Di satu ruangan yang digelar sebagai The 4cast,temubual dijalankan bersama 'Lonecryer' yang telah diperkenalkan pada temubual yang lalu.Lonecryer akan ditemubual mengenai permulaan era baru dunia,kitaran bumi,avatar-avatar yang bakal muncul dan propaganda The Elite.

Kita sedang melangkah ke era yang penuh drama.Hari demi hari semakin berkurang dan mendekatkan 'The Universe' kepada 'The Judgment Day'.Anda boleh memilih sama ada menjadi zombie dan goyyim atau minda yang penuh kesedaran.Tidak kira sama ada anda Muslim atau non-muslim,'religious' atau 'secular',akhir kepada semua cerita ini pasti akan tiba kerana hari ini bukan sahaja dalam ramalan agama malah sains membuktikan,suatu hari nanti...alam semesta ini akan musnah.

The Endgame.

Pandangan Lonecryer tidak semestinya mencerminkan keseluruhan pandangan MistisFiles dan Mistis Organization.




Notice: All information and data for this work were obtained
through various sources in the public domain.

This interview is a CONFIDENTIAL work that is intended for review by
the serious researcher,and assumes a basic familiarity with the general
subject matter in the field.It was not produced specifically for the
general public.

However,for educational reason,it considered to release.So,use it under your responsibility.

S:MistisFiles J:Lonecryer

S:Boleh kita mulakan?
J:Ya,mulakan saja.
S:Kini kita melangkah ke tahun baru Hijrah,bermula 1 Januari kelak,tahun baru Masehi pula akan tiba.Ini sudah pasti akan menyaksikan sesuatu yang menarik memandangkan terdapat petunjuk-petunjuk baru yang sudah keluar.Soalannya,apakah yang sedang dunia raikan?

J:Apa yang sedang dunia raikan?(Lonecryer tersenyum mengekek)
Dunia sedang meraikan saat-saat kematiannya.

S:Saat-saat kematian?Boleh anda jelaskan lebih lanjut?

J:JIka kita melihat kepada kitab-kitab agama,khasnya tiga agama ini atau dalam istilah Barat,Abrahamic Religion iaitu Yahudi,Kristian dan Islam telah dinyatakan bahawa dunia ini tidak kekal,dan satu masa nanti ia akan musnah.Di dalam terminologi Islam terutamanya gambaran yang dilihat nabi Muhammad s.a.w ketika peristiwa Isra' Mi'raj,dunia digambarkan sebagai perempuan tua yang menggoda.Jika ketika itu,di mana baru melangkah 600 tahun lebih selepas Masehi,dunia sudah digambarkan sudah tua,maka apakah gambaran dunia kini?Mari kita semak apa dalam Bible tentang Day of Judgment.

Di dalam Malachi 4:1 contohnya,kita baca:

"For, behold, the day cometh, that shall burn as an oven; and all the proud, yea, and all that do wickedly, shall be stubble: and the day that cometh shall burn them up, saith the LORD of hosts, that it shall leave them neither root nor branch"

Ayat ini menjelaskan bahawa pada hari itu yang disiapkan Tuhan,akan datang seperti api yang membakar seperti di dalam ketuhar dan setiap orang akan panik;orang-orang yang berbuat dosa pula akan seperti jerami keadaannya dan terbakar dan Tuhan tidak meninggalkan mereka walaupun akar dan cabang.

JIka kita semak dalam AlQuran pula,ada dijelaskan dalam surah At Takwir:

1. Apabila matahari digulung,

2. dan apabila bintang-bintang berjatuhan,

3. dan apabila gunung-gunung dihancurkan,

4. dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan)

5. dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan,

6. dan apabila lautan dijadikan meluap

Ini adalah kepercayaan asas di dalam agama-agama ini.Semua agama ini meramalkan Hari Yang Disiapkan itu.Nabi Muhammad juga bertegas bahawa Hari Kiamat ini amat dekat seperti dekatnya jari tengah dan jari telunjuk.

RAHSIA & KONSPIRASI : DEUXWhere stories live. Discover now