Kepelbagaian ras agama dan kumpulan etnik telah membentuk populasi Iraq seramai 25 juta orang. 95 peratus beragama Islam, dan mereka mengalami penindasan, penderaan dan ketakutan selama bertahun-tahun. Faktor terpenting yang membawa kepada pembunuhan dan kemiskinan umat Islam adalah Saddam Hussein yang merupakan seorang diktator "fasis."
Saddam Hussein mula berkuasa pada tahun 1979, dan semenjak itu beliau enggan membenarkan sebarang kumpulan agama menceburkan diri dalam arena politik dan sosial Iraq. Saddam Hussein menjadi arkitek peristiwa pembunuhan beramai-ramai 5,000 umat Islam Kurdish dengan menggunakan senjata kimia di Halabja, mendera rakyatnya sendiri, memulakan perang Iran-Iraq, dan cuba untuk menawan Kuwait pada tahun 1990. Walaupun beliau kadang-kala bercakap hal-hal agama untuk memenangi hati umat Islam, namun ia hanyalah sebuah sandiwara.
Jika kita mengkaji secara ringkas sejarah Saddam Hussein, kita dapat memahami asas-asas rejim yang dibinanya.
Peristiwa yang membuatkan Saddam berkuasa di Iraq bermula dengan sebuah rampasan kuasa. Pada bulan Februari 1963, sekumpulan pegawai askar dan aktivis jalanan yang menggelarkan diri mereka sebagai Parti Baath (Parti Pemulihan) telah menyingkirkan Jeneral Abdul Karim Kassem yang berkuasa ketika itu. Di antara militan-militan tersebut, seorang ahli daripada enam orang yang bertanggungjawab membunuh Kassem, mendapat perhatian: Saddam Hussein al-Takriti, dengan kata lain beliau ialah Saddam Hussein dari Takrit. Walaupun Saddam bukanlah seorang askar, namun beliau sering dilihat berpakaian uniform dan serta-merta selepas berlakunya rampasan kuasa, beliau telah dimasukkan ke dalam rejim Baath dan ditugaskan untuk melakukan keganasan dan pembunuhan. Tindakan pertamanya adalah mencipta kaedah baru penderaan yang lebih efektif semasa menyoal-siasat mereka yang menentang sewaktu rampasan kuasa. Pemerintahan Baath yang bermula dengan rampasan kuasa istana berakhir pada bulan November tahun yang sama. Pusat penderaan Saddam kemudian menjadi lebih ringan, penuh dengan peralatan-peralatan menyakitkan yang direkanya sendiri.PERANG IRAN-IRAQ
Sejuta dari 17 juta penduduk Iraq sama ada telah dibunuh atau cedera berikutan peperangan dengan Iran yang dimulakan oleh rejim fasis Saddam. 1 juta yang lain dipaksa meninggalkan negara itu disebabkan faktor-faktor ekonomi dan politik. Perang yang hampir sedekad lamanya telah menjahanamkan Iraq.
Pentadbiran Baath yang berusia kurang 10 bulan juga berakhir dengan sebuah rampasan kuasa. Walau bagaimanapun, parti itu kemudiannya melancarkan lagi rampasan kuasa pada 17 Julai 1968, dan kali ini adalah yang terakhir. Naib pemimpin rampasan kuasa kedua ini tidak lain adalah pakar pendera Saddam Hussein sendiri. Dengan melantik saudara-mara terdekatnya menjawat jawatan-jawatan penting dan menyingkirkan musuh-musuh politiknya, beliau kemudiannya berjaya menguasai kekuatan politik yang diidam-idamkan olehnya. Pendera yang tidak berperikemanusiaan itu kemudiannya menjadi diktator Iraq.Di sebalik kekejaman dan kebuasannya itu, salah satu faktor yang menjadikan beliau terus berkuasa ialah sokongan yang diterimanya dari luar. Saddam telah membentuk sekutu-sekutu untuk menjadikannya terus berkuasa. Mossad, iaitu sebuah kumpulan gelap paling pintar di dunia milik Israel mendahului sekutu-sekutu yang dibentuk oleh Saddam. Mossad menganggap Saddam sebagai buah catur penting strategi Israel di Timur Tengah, dan kadang-kala menggunakan Saddam untuk menghalang perkara-perkara yang mungkin membahayakan kepentingan Israel.
Dalam bukunya yang kedua, ditulis selepas Perang Teluk, Victor Ostrovsky yang merupakan bekas ejen Mossad menulis perkara yang menarik tentang Saddam dari kaca mata Israel. Israel berharap agar diktator Iraq itu terus berkuasa kerana beliau betul-betul kurang rasional dalam polisi antarabangsa dan mungkin melakukan kebodohan yang boleh dipergunakan oleh Israel.
Ini menjelaskan kepada kita maklumat penting tentang wajah sebenar Saddam Hussein. Saddam tidak pernah mewujudkan polisi yang membawa kebaikan kepada umat Islam dan tidak juga pernah mempertahankan kepentingan rakyatnya. Kesemua tindakan yang dilakukan olehnya sehingga hari ini, yang diarahkan oleh beberapa buah kumpulan yang anti-agama, bermatlamat untuk menghancurkan Islam dan rakyat Iraq. Sebenarnya sepanjang Saddam berkuasa, nyawa penduduk Iraq dipenuhi dengan peperangan dan konflik. Hakikat bahawa semua itu dilancarkan terhadap negara-negara Islam membuktikan kepada kita bahawa terdapat kumpulan-kumpulan yang tidak mahu Islam wujud di muka bumi ini.
Setelah berjaya mengukuhkan kekuasaan, Saddam sering mewujudkan peperangan dan konflik. Pada tahun 1980, Saddam dengan sengaja menceroboh Iran tanpa sebab, dengan itu mencetuskan peperangan selama 8 tahun yang menyaksikan kematian ratusan ribu rakyat Iraq dan Iran. Dua tahun selepas peperangan tersebut berakhir, Saddam kemudian menyerang Kuwait tanpa sebab dan seterusnya membawa Perang Teluk pada 1991. Namun, kezaliman Saddam tidak terhad kepada negara-negara jiran, malah kepada rakyatnya juga. Sepanjang beliau berkuasa, mereka yang dilihat sebagai penentang dari kalangan rejim, kepelbagaian parti politik dan kumpulan etnik telah dikenakan pelbagai jenis azab. Pada tahun 1990, Newsweek telah membawa kisah tentang karekter fasis Saddam:
Para pengkritik memanggilnya raja zalim yang dahagakan darah - Penyembelih Baghdad. Saddam Hussein memerintah Iraq dengan sarung tangan besi, dibantu oleh pasukan askar yang berjuta-juta orang dan legion sebagai penyampai maklumat, pembunuh upahan, dan pendera. Saddam yang dikenali di seluruh Timur Tengah, sesungguhnya sangat kejam dalam usahanya mengejar kemasyhuran untuk dirinya dan juga negaranya. Beliau tidak teragak-agak untuk menggunakan gas beracun terhadap musuh dalaman dan luar.56
YOU ARE READING
RAHSIA & KONSPIRASI : DEUX
Fiksi SejarahContinued to the next chapter ahead. Let's decode it. Shall we ?