Hermit

516 4 0
                                    

Sempena Tahun Baru Masehi dan Awal Muharam,MistisFiles berbesar hati menerbitkan temuramah khas bersama seorang panel penyelidik,sebagai menghargai sokongan anda semua sebagai Jiggers dan Jigsauces kami.Penyelidik tersebut bertugas di bahagian editor MistisFiles Paranormal.Beliau adalah pakar dalam subjek Socio-Political Conspiracy,Mindcontrol Research Subcategory Hallucination Mindcontrol,Ideology Research Subcategory Fasism & Racist,Egyptology,Sumerian Mystery Religion dan Paranormal Subcategory Anomaly Activities.

Beliau menggunakan codename 'Hermit'

Pandangan beliau dalam temuramah ini bukanlah mencerminkan pandangan keseluruhan MistisFiles dan Mistis Organization.

Selamat membaca.

Lokasi:Level -33,Secret Chamber
Area 13

Masa:3.00 am

Tarikh:Tidak diketahui (beberapa hari sebelum Tahun Baru)

S:Penemuramah H:'Hermit'

S:Selamat datang ke Secret Chamber.Dikesempatan yang terhad ini kami amat menghargai kesudian tuan meluangkan masa untuk ditemuramah.Pertama sekali kita mulakan dengan topik konspirasi dunia,mungkin inilah topik yang paling ditunggu-tunggu sebelum kita beralih kepada senario dunia hari ini.

H:Terima kasih.

Konspirasi adalah perkataan yang mempunyai banyak persepsi bergantung kepada siapa yang mendefinisikannya.Jika anda bercakap mengenai konspirasi,sesetengah orang akan berasa panik,sesetengah orang mula mendengar dan ada yang mencebikkan bibir mereka.Konspirasi?Sesetengah orang telah di'brainwash' minda mereka bahawa perkataan konspirasi bermaksud 'pembohongan','trivia' atau 'sensasi'.Konspirasi bagi mereka adalah sesuatu yang diada-adakan.Kita tidak boleh menyalahkan orang seperti ini apabila banyak teori konspirasi melibatkan pembohongan dan kekeliruan semata-mata.Maklumat 'multilayer' berada di mana-mana.Tetapi sebagai masyarakat yang hidup di era maklumat,kita tidak seharusnya hidup seperti di zaman Perang Dunia Kedua atau ketika Jepun tiba di negara kita.Kesan yang akan timbul jika kita masih berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung adalah sama seperti orang kampung yang beramai-ramai menyambut kedatangan tentera Jepun dahulu dan rakyat Iraq yang memberi bunga dan mencium tangan tentera Amerika semasa pencerobohan Iraq.Mereka tidak faham apa yang berlaku di dunia hari ini.Mereka tidak mahu belajar memahami dan tidak ambil kisah dengan perjalanan senario dunia hari ini.Apabila orang asing datang ke tempat mereka,mereka terpinga-pinga dan tertanya-tanya.Apabila bom singgah di ruang tamu mereka,barulah mereka melompat terkejut dan bertanya "bala apakah ini?"

Kita tidak mahu ia berlaku kepada kita.Lainlah jika kita hidup di zaman Pak Kaduk yang tidak mempunyai televisyen,internet mahupun radio.Kita adalah generasi di era maklumat.Pada zaman dahulu siapa yang berdarah bangsawan dan diraja adalah ORANG YANG BERKUASA di zamannya.Mereka boleh memerintah orang lain sesuka hati,memperhambakan orang lain,mengutip cukai dan sebagainya.Kemudian apabila masa beredar,ketika revolusi industri sampai ke kemuncaknya,orang yang mempunyai modal yang banyak adalah ORANG YANG BERKUASA.Mereka adalah peneraju industri dan memberi pekerjaan kepada beribu-ribu orang.Faktor wang masih menjadi sumber kuasa sehingga ke hari ini.Namun begitu sedar tak sedar ada segolongan manusia yang lebih berkuasa dari orang yang punya banyak wang dan harta.Orang-orang ini telah mengawal satu sumber kuasa yang hebat di mana jika seseorang memiliki sumber kuasa ini bukan sahaja orang yang banyak wang tadi tunduk di kakinya malah dia boleh memerintah dunia ini.Ia adalah MAKLUMAT.Di dalam masyarakat bermaklumat,PENGETAHUAN adalah kuasa penggerak.Hari ini,siapa yang dapat mengawal media,internet,radio dan tv,dialah raja yang berkuasa mencorakkan dunia.Kuasa lobi adalah hasil dari situasi ini.Di Amerika,siapa yang berhak duduk di atas kerusi presiden adalah ditentukan oleh kuasa lobi-melobi ini.Situasi ini juga berlaku di negara-negara Eropah dan tidak terkecuali negara-negara Arab.

RAHSIA & KONSPIRASI : DEUXWhere stories live. Discover now