Srikandi

391 3 0
                                    

Kami berkesempatan menemubual Srikandi empat hari sebelum sambutan Hari Raya yang lalu.Temubual kali ini bercorak bebas dan tidak ditetapkan tema.Temubual ringkas ini yang mengandungi subjek-subjek yang berlainan,sebahagian besarnya berkisar tentang situasi di Nusantara selain dunia dan sosio-politik.Dalam temuramah kali ini,Srikandi telah mendedahkan satu rahsia dalam Diari Lodgekeeper.Srikandi sememangnya seorang 'follower' Lodgekeeper yang tegar.

Bertempat di bilik Srikandi sendiri di bangunan Hal Ehwal Akademik di sebuah universiti tempatan (?),kami bawakan kepada anda Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi.

Semoga terhibur dan mendapat pelajaran dari temubual ini.

S:Penemubual J:Srikandi

S:Apa khabar Srikandi?

J:Baik-baik saja

S:Boleh saya mulakan temubual kita pada hari ini?

J:Silakan

S:Apakah pandangan Srikandi tentang Nasionalisme?

J:Nasionalisme adalah semangat cintakan bangsa dan tanahair sendiri.Ia adalah ideologi yang biasa pada semua negara,lebih-lebih lagi negara-negara yang pernah berada di bawah Imperialisme.

S:Adakah ia sebuah ideologi yang benar-benar berguna?

J:Berguna yang macam mana itu?

S:Baik untuk bangsa dan negara,khususnya kepada situasi umat Islam?

J:Awak nak pancing saya untuk bercerita tentang Nasionalisme,bukan?(Srikandi tersenyum)

Baiklah.Adakah ia baik untuk bangsa dan negara,ia bergantung kepada pemahaman masyarakat kepada tujuan nasionalisme diwujudkan.Nasionalisme jika ditelusuri adalah sikap yang biasa berada pada sesuatu kaum,bangsa atau sesebuah negara.Jika kita hendak katakan nasionalisme pada sebuah kumpulan punkers juga,ia boleh dijelaskan secara mudah;budak-budak punk yang begitu bangga dengan 'attitude' mereka dan berani mempertahankan port tempat melepak mereka jika sebuah kumpulan gothic berani menyibuk 'bersidai' di situ.Itu nasionalisme sebuah kelompok punkers.Nasionalisme,ya terbit dari kata 'Nation' adalah semangat kebangsaan pada amnya,namun ia juga menerangkan semangat sesuatu kelompok yang punya idea atau citarasa yang sama.'Nation' adalah cuma panduan sahaja,namun sebenarnya tidak kira ia melibatkan apa jua jenis kelompok,nasionalisme adalah semangat bersifat psiko-sosial.JIka ada seribu Srikandi,saya juga akan merasa semangat nasionalisme saya.Melayu ada nasionalisme mereka,begitu juga India dan Cina.Bangsa Malaysia?Ya,jika ada...boleh juga dikatakan nasionalisme juga.

S:Jadi apa motif di sebalik kenyataan saudari berkenaan nasionalisme ini?

J:Saya ingin kaitkan dengan frasa "Umat Islam" tadi.Jika saya katakan psiko-sosial satu kelompok,umat Islam juga mesti ada semangat nasionalismenya sendiri,kerana umat Islam boleh dikategorikan satu kelompok.Dalam Islam kita tahu bahawa perbezaan antara kaum atau bangsa tidak ada.Jika ada,inilah yang dinamakan 'asobiyah',iaitu semangat kesukuan atau perkauman dan istilah ini adalah sisi gelap bagi nasionalisme.Anda tahu siapakah yang me'rebranded'kan kembali nasionalisme mengikut acuan yang begitu sempit?Jean-Jacques Rousseau dalam karyanya Du Contract Sociale,ada menyatakan nasionalisme sesebuah negara.Inilah antara mahakarya awal yang bercakap tentang demokrasi.Kontrak Sosial,anda pernah mendengarnya bukan?Tetapi ini adalah istilah untuk sebuah negara demokrasi,dari rakyat kepada rakyat.Para pemimpin politik bertindak berdasarkan kehendak rakyat.Aduh,sungguh indah utopia demokrasi.Seperti juga Komunis.Apa dia slogan popular mereka?MEMILIKNEGARAKAN KEKAYAAN UMUM.Hebat,memang hebat.Sungguh mulia cita-cita mereka (Srikandi tersenyum sinis).

Johann Gottfried von Herder,menyempitkan lagi nasionalisme kepada Nasionalisme berasaskan etnik iaitu etnik yang menjadi dominan kepada sesebuah negara.'Volk' adaah istilah asal di dalam bahasa Jerman,mempunyai julat yang lembut seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita yang menjadikan budaya dan bahasa Melayu sebagai tunjang kebudayaan kebangsaan kita sehingga aksi-aksi yang lebih keras seperti di Indonesia dan Thailand yang 'mewajibkan' budaya dan bahasa mereka kepada semua rakyat sehingga ke tahap sadis seperti di China yang sanggup menyeksa dan membunuh etnik lain yang dicurigai mereka.

RAHSIA & KONSPIRASI : DEUXWhere stories live. Discover now