Detail Of Story

91 22 9
                                    

CINTA DARI SYURGA
[Sesungguhnya takdir Allah yang menemukanku denganmu wahai syurga terindah]

Hawa Raihana,seorang gadis yang mengalami "trauma" akibat beberapa kali pernah menjadi mangsa ayah tirinya untuk melampiaskan nafsu.

Sejak kejadian itu,Hawa membawa dirinya jauh.Jauh daripada realiti yang sangat kejam dan penuh dengan onak duri.

Walau dimana dia berada,ada saja bayangan ayah tirinya datang menggangu.

"Jangan bagitau sesiapa pasal ni terutamanya mama.Kalau dia tahu,habis kau aku kerjakan!"

"Tak sayang,kau cuma terlalu indah buat lelaki lain dan aku bencikan itu.Aku tak mahu lelaki lain sentuh kau,kau anak aku.Aku saja yang berhak,mari ke dakapanku sayang!"

Manusia bertopengkan syaitan.Dasar orang tua tak sedar diri,sungguh dia amat benci akan dirinya kini.Kesucian diri yang dijaga selama bertahun-tahun akhirnya diragut oleh ayah tirinya sendiri.

Adam Firdaus,seorang doktor psikologi yang baru saja masuk bekerja disebuah hospital.Pertemuan tanpa sengaja dia dengan Hawa Raihana telah mengubah hidupnya 360 darjah.


Sangat susah untuk mengawal emosi gadis tersebut.Sekejap menangis, sekejap terdiam dan selebihnya seperti biasa.Nak dikata gila tapi setiap apa yang dilakukannya seperti seorang yang normal.

Dia mencuba sedaya upaya untuk menyingkap kisah disebalik hidup gadis itu.Dari pandangan mata kasarnya,gadis itu seperti menyimpan sesuatu.

Anak mata gadis tersebut jelas memancarkan kesedihan yang terlalu dalam.Sungguh dia ingin tahu.

Sebelum bertemu dengan gadis tersebut dia tidak pernah untuk cuba mendalami dan mengetahui latar belakang pesakitnya.Bagi dirinya semua pesakit sama,mereka sakit dan perlukan pertolongan.

Dia pasti dan sangat pasti bahawa hadirnya Hawa Raihana dalam kamus hidupnya membawa satu hikmah.Sebuah hikmah yang dia sendiri tidak mampu ungkapkan.

Apabila sebuah kebenaran terungkai,mampukah sekeping hati yang kering bertahan?

Mampukah Adam Firdaus menerima kenyataan bahawa ayah yang sangat disanjungi adalah orang yang pernah meragut kesucian isterinya?

Antara kasih ayah dengan maruah isteri.Siapakah yang perlu dia singkirkan dan siapa pula yang perlu dia pertahankan?

"Hawa dengar sini,abang nak Hawa tahu yang abang sayangkan Hawa lebih daripada nyawa abang sendiri.Tolonglah jangan macamni Hawa,abang terseksa Hawa.Dalam ni sakit sangat"

"Tiadakah sinar kebahagiaan buatku,mengapa tidak kau ambil saja nyawa ini Ya Allah.Sungguh aku benar-benar mencintai dia,dialah syurga terindah buatku"

***
Coming soon !

Syurga Buat DiaWhere stories live. Discover now