03

35 7 6
                                    

Hoodie hitam disarungkan pada tubuh sasanya lalu kaki dibawa kearah cermin.

Rambut disikat rapi sebelum tangan memulas tombol pintu biliknya.

Satu persatu,anak tangga dituruni.

Dia bertembung dengan papanya ketika menapak pada anak tangga yang terakhir.Berkerut dahinya melihat pakaian yang dipakai oleh papanya.

"Papa dari mana ni?mana Angah?"anak matanya menikam tepat kedalam anak mata papanya.

"Papa ada urusan tadi dengan kawan.Angah kamu masih dekat klinik tu,ada appointment dengan pesakit katanya"

Kepala diangukkan sejurus mendengar jawapan papanya.Memang tidak dapat dinafikan,Angahnya itu sentiasa sibuk.

Sangat jarang dia dapat melihat Angah duduk dirumah,masa dihabiskan sepenuhnya di klinik.

"Achik nak pergi mana ni?"giliran papanya pula menyoal,dia memandang anaknya itu atas bawah.

"Nak jumpa kawan jap,lepastu nak jenguk Angah dekat klinik" kunci kereta ditarik daripada poket seluarnya.

"Yelah,eloklah tu" ringkas sahaja jawapan daripada papanya.

Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan papanya.Mereka saling berbalas salam sebelum Adam berlalu pergi.

"Elok-elok pandu kereta tu Achik.Jangan balik lewat sangat" Puan Tiara tiba-tiba muncul dari arah dapur,dia melangkah kearah pintu rumah.

"Jangan risaulah ma,Adam balik sebelum jam sebelas" kini tangan mamanya pula dicapai,disalamnya penuh hormat.

Dia berlalu kearah kereta vious putihnya.Beberapa minit kemudian,kereta tersebut meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut.

Puan Tiara tersenyum sambil memerhati kereta itu berlalu pergi.Sayu hatinya,dia teringatkan arwah Adin Farhan.

Lama dia termenung disitu sebelum pintu ditutup.Dia takut jika tidak mampu mengawal emosinya,cepat-cepat diusir memori silam itu.

***

Mama minta maaf Hawa.Mama tak mampu bantu hawa,mama menyesal.

Mama menyesal sebab khawin dengan papa kamu,kalau mama tahu semua ini dari awal.

Mama bersumpah yang mama tak akan sesekali terima lamaran itu.Mama lebih rela mati,ampunkan mama Hawa.

Ampunkan mama

Dakapan erat mamanya tidak dilepaskan,dia menangis semahunya pada bahu wanita tua itu.

Tangan mengusap perlahan ubun-ubun anaknya,pelukan dieratkan lagi.

Hawa sayang

Mama nak kamu tahu yang mama sangat sayangkan kamu.

Mama tak dapat maafkan diri mama atas apa yang dah berlaku.Mama minta maaf Hawa.

Anak mama,

Dengar baik-baik,mama tetap ada untuk kamu.Mama sentiasa tunggu Hawa untuk pulang,mama rindu sangat dengan Hawa.

~

Tabahkanlah dirimu wahai Hawa sayang,kelak kebahagiaan menunggumu dihujung kisah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 24, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Syurga Buat DiaWhere stories live. Discover now