Keluhan berat dilepaskan sambil telapak tangan meraup wajah.Kepala yang terasa berat disandarkan pada kerusi sambil jari jemari memicit dahinya.
"Kalau kamu taknak sambung belajar dekat U.K.,boleh.Tapi papa nak kamu kerja dekat klinik dengan Angah,no excuse!"
Masih terngiang-ngiang kata papanya semalam,setiap butir bicaranya seperti pita yang sentiasa berputar pada kotak mindanya.
Sejak semalam dia tidak dapat tidur dengan lena kerana asyik memikirkan hal tersebut.
Otaknya serabut memikirkan pilihan terbaik yang perlu dipilihnya.Jika dia menyambung pelajarannya di U.K.,sudah tentu dia perlu meninggalkan tanah air dan juga keluarga tercinta.
Dia bukan jenis 'homesick',dirinya lebih kepada seseorang yang suka mencuba perkara yang baharu.
Namun,dia tidak sanggup meninggalkan keluarganya apatah lagi dalam keadaan mamanya yang tidak sihat.
Ya,dia tahu yang papanya itu juga seorang doktor dan tiada masalah jika dia meninggalkan mamanya.Dia cuma takut jika mama sedih kerana hanya dia satu-satunya anak lelaki yang tinggal dalam kalangan adik beradiknya.
Sebenarnya,dia mempunyai seorang abang yang lebih mesra dikenalinya sebagai Along Adin.Dulu Along pernah melanjutkan pembelajarannya disalah sebuah universiti terkenal di Amerika Syarikat.
Namun,malang tidak berbau.Allah itu maha kuasa dan nampaknya lebih menyayangi Along Adin.
Ketika itu,penerbangan terakhir Along untuk pulang ke tanah air.Kapal terbang yang dinaiki olehnya terhempas dan masih belum dikesan keberadaannya sehinggalah kini.
Kejadian itu meninggalkan memori hitam dan parut kesedihan pada diri mamanya.Sejak peristiwa tersebut,dia jarang tersenyum apatah lagi tertawa.
Perkara itulah yang sering dipertimbangkan olehnya setiap kali mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran.Dia takut,takut jika ibunda tersayang terluka buat kali kedua.
***
"Sayang,buka pintu ni!"
Ketukan bertalu-talu pada pintu biliknya tidak diendahkan.Ditutup kedua-dua cuping telinganya sambil mata dipejam erat.Seluruh tubuh terasa sejuk,bibirnya mula memucat.
"Sayang buka pintu ni,sebelum I sendiri yang buka!"nada suara yang tadinya lembut kini naik seoktaf.
"Jangan ganggu aku!pergi kau,pergi!"Tempelaknya dengan suara yang terketar-ketar,selimut ditarik sehingga melitupi seluruh tubuhnya.
"Oh kau nak main tarik tali dengan aku,tunggu kau!"Derapan kaki yang tadinya jelas kini menghilang disebalik pintu.Keadaan senyap semula.
Nafasnya turun naik menahan tangis yang sedari tadi ingin meletus.Bahagian dada bajunya digenggam erat,peluh sejuk yang membasahi tubuh dibiarkan tidak berlap.
Mulutnya kumat-kamit membaca doa,cuba menenangkan hati yang bergelojak hebat.
Tidak mampu diungkapkan perasaan yang dirasai kini,hanya doa dipanjatkan agar ada insan yang mampu membantunya.
"Sayang marilah sini,janganlah malu dengan abang.Mari sayang"
Getaran yang tadinya beransur perlahan kini mencapai tahap maksimumnya,darah menyirap keseluruh wajahnya yang pucat lesi.
"Ayah tolonglah,apa salah Hawa sampai ayah kena buat semua ni?bagitau Hawa ayah,insyallah Hawa akan betulkan!"
Deras air matanya mengalir dikedua belah pipinya,tidak terdaya dia untuk menghalang empangan itu daripada pecah.
Dia melompat turun daripada katilnya,cuba melarikan diri daripada orang tua yang dianggap seperti ayah kandungnya itu.
"Tak sayang,kau cuma terlalu indah buat lelaki lain dan aku bencikan itu.Aku tak mahu lelaki lain sentuh kau,kau anak aku.Aku saja yang berhak,mari ke dakapanku sayang!" didepakan tangannya sambil langkah kaki diatur kearah Hawa.
"Ayah,kalau ayah sayang Hawa bukan ini caranya.Hawa janji yang Hawa tak akan menyayangi lelaki lain lebih daripada ayah,ayah tolonglah jangan buat macamni!"
Menangis air mata darah sekalipun tidak mampu memadam bahang nafsu harimau tua itu,pujuklah seberapa kali yang mampu tetap tidak mampu mengubah apa-apa.
Ditangkapnya tubuh Hawa lalu didakap erat,tolakan dan pukulan gadis tersebut tidak memberi sebarang kesan terhadap tubuh tuanya itu.
Nafsunya semakin menggila tatkala mendengar tangisan gadis tersebut,dicium penuh rakus leher jinjang milik Hawa.
"Ayah lepaskan hawa,ayah tolonglah.Hawa merayu,ayah!"
Semakin dia cuba memberontak,
semakin hilang tenaganya.Tangisan yang tadinya perlahan kini pecah memenuhi segenap ruang bilik itu.Puas dia menolak dan cuba menggigit lengan ayahnya tetapi,tetap tidak mampu melawan tenaga tua itu.Dia meronta-ronta,berharap ibunya atau sesiapa mendengarnya.
Sungguh bijak orang tua itu,dia sudah merancang masa yang tepat untuk menikmati tubuh anaknya itu.Apabila isterinya meminta kebenaran untuk keluar,dia hanya mengiakan.Gembira dengan peluang keemasan yang tidak akan disia-siakan olehnya.
"Ayah!"
Habis seluruh barangnya dilempar keseluruh bilik.Bilik yang baru sahaja dihuninya kira-kira dua bulan yang lalu.Syukur,orang tua itu belum pernah menjejakkan kakinya kedalam bilik tersebut.
Dia telah membawa diri dengan harapan mampu melupakan sejarah hitam yang pernah terjadi padanya.
Perkara yang tidak pernah disangka akan berlaku kepada dirinya apatah lagi dia amat kenal dengan si pelakunya.
Tubuh yang tidak bermaya itu terduduk lemah diatas lantai bersama tangisan yang semakin sayup.
Akhirnya,tubuh itu terbaring lemah dengan nafas yang tidak teratur.Terlena kerana penat menghabiskan waktu dengan air mata yang tidak serik-serik membanjiri kelopak matanya.
Penat untuk lari daripada realiti,realiti yang dia sendiri tidak mampu akui.