Achik?
serta-merta kepala ditoleh kearah empunya suara.
Segaris senyuman diukir tatkala anak mata menangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya.
"Ya ma,marilah join achik duduk kat sini" ditepuk perlahan kerusi kayu disebelahnya.
Kaki melangkah perlahan menuju kearah anaknya sambil tangan memegang kemas secawan kopi susu.
Perlahan-lahan cawan tersebut diletakkan diatas meja kayu didepan Adam,dia mengambil tempat duduk disebelah anaknya itu.
"Thanks ma" Adam mencapai cawan tersebut lalu dihirupnya perlahan-lahan sebelum diletakkan semula.
"Welcome,Achik buat apa dekat sini sorang-sorang?.Kenapa tak ikut papa pergi klinik?" Kaki disilangkan sambil mata memerhati kolam ikan yang dibina khas oleh suaminya.
"Just want to take some fresh air.Malas lah ma,Achik ni bukannya doktor macam papa"pantas saja dia menjawab.
"Bukannya minggu depan Achik dah start kerja dekat klinik?" Dahinya dikerutkan.
"Sebab minggu depan start kerjalah Achik nak berehat dulu.Kalau dah kerja nanti mana ada masa nak santai macam ni" bibirnya dimuncungkan,ingin untuk bermanja dengan mamanya.
"Kesian anak mama ni.Takpe,nanti mama suruh papa bagi kamu kerja yang senang-senang" diusap lembut bahu anaknya dengan penuh kasih.
"Takpelah ma,Achik kerja ni pun sebab nak ringankan beban papa.Kesian Achik tengok papa tu,sepatutnya dia duduk dekat rumah dengan mama" diukir senyuman nakal,kening dijongketkan.
Pap!
Satu tamparan lembut singgah pada bahu si anak.Ada sahaja kerenah untuk mengenakannya.
"Sakitlah ma" tangan menggosok perlahan bahu sasanya,bibir dimuncungkan sedepa.
Dalam hati dia mengucapkan syukur. Akhirnya,mama yang dahulu telah kembali.Sungguh,dia amat merindui tawa dan gurau senda milik wanita itu.
"Lain kali buatlah lagi,nanti mama belanja sepit ketam.Nak?" mata dijulingkan,geram dengan perangai anak bongsunya itu.
"Ok tak buat lagi" pantas dia membidas.Jangan main-main dengan sepit ketam mama,boleh koyak kulitnya nanti.
"Dahlah,mama nak masuk dulu.Kamu tu jangan lama-lama kat luar,dah nak maghrib ni" pantas kaki beredar masuk kedalam rumah,dibiarkan si anak terunanya bersendirian.
"Ok ma!" nada suaranya separuh berteriak,dia memerhati setiap langkah kaki mamanya sehinggalah hilang disebalik pintu.
***
Tangan pantas mendail satu nombor sambil kaki melangkah perlahan menuju kearah meja kerjanya.
Beberapa saat kemudian,terdengar suara seorang wanita dihujung talian.
"Hello,you dekat mana ni?dah buat apa yang I suruh?" tegas nada suaranya.
"Hey baby,relax ok.I dekat rumah ni,you rindu I ke?.Pasal tu you jangan risaulah,i dah settlekan semuanya" suaranya sengaja dimanjakan.
"Ok good.Mestilah I rindu,malam ni jumpa tempat biasa.I nak bagi reward dekat you" bisiknya perlahan,sengaja dia ingin menggoda wanita itu.
"Sure,i'll wait.Don't be late"tidak ingin kalah,wanita itu turut mengikut rentak
si jejaka.Talian diputuskan sebaik sahaja perbualan mereka tamat.
Senyuman sinis menghiasi wajah lelaki yang berusia awal 40-an itu,dicium perlahan screen telefonnya.
"Tak lama lagi,kau akan jadi milik aku!" gumamnya dalam hati sambil ketawa berdekah-dekah.
***
Angin malam menampar lembut pipi gebu milik Hawa.Tidak diendahkannya bahkan dia lebih menyukainya.
Setitik demi setitik,mutiara jernih merembes keluar daripada kelopak matanya.Dia gagal lagi.
Kepala di dongakkan kearah langit,mengharapkan si bintang datang menemaninya malam ini.
Hampa.
Langit seperti mengejek dirinya,tiada satu pun bintang yang dapat dilihatnya.
Dipejamkan matanya erat-erat,cuba menangkis bisikan halus yang tiba-tiba datang menggoda.
"Hawa,kau dengar sini.Kau dah tak suci lagi dan kau dah takde maruah.Lihat sekeliling kau,takde sorang pun yang ambil peduli pasal kau.Diorang dah tak perlukan kau sebab kau jijik!"
"Takde guna kau hidup lagi Hawa.Kau patutnya mati!"
Dia meraung sambil menarik kasar rambutnya.Bisikan tersebut semakin lama semakin kuat membuatkan Hawa menjadi lebih agresif.
Kepala dipukulnya sambil kaki dihentak kasar.
Tangisannya pecah untuk kesekian kali,raungannya semakin menggila.
Bisikan tersebut telah berjaya menguasai diri Hawa sehingga dia tidak mampu mengawal dirinya.
"Bukan aku yang nak kan benda ni!bukan aku!bukan salah aku!" Dia sudah tidak mampu menghalang bisikan itu.
kepala dihentak kasar pada lantai biliknya,dia bagaikan dirasuk syaitan.
"Ya Allah!Hawa kenapa ni?" Pantas dia menarik kepala Hawa daripada terus dihentak.
Dia tergamam melihat cecair merah likat yang mengalir keluar daripada kepala Hawa.Tangannya terketar-ketar ketika menyentuh cairan tersebut.
"Ya Allah darah!" pantas dia memangku kepala Hawa dan meletakkannya diatas pahanya.
Dia cemas.Tangan menyeluk kedalam beg tangannya,cuba mencapai telefon miliknya.
Pantas jari-jemari mendail satu nombor,telefon dilekapkan pada telinganya.
"Sa..ya perlu bantuan segera.Ka..wan saya cedera,tolong ce..pat!"tergagap-gagap dia bercakap,nafasnya pendek.
"Hawa tolong bertahan,sekejap lagi ambulans datang" digenggam erat tangan kawannya itu.
Meskipun mereka baru sahaja berkenalan namun dia sudah menganggap Hawa seperti adik kandungnya sendiri.
Dia tahu semua tentang Hawa dan dia sangat faham perasaan gadis itu.Dia juga simpati dengan apa yang terjadi pada diri gadis itu namun apa yang mampu dia lakukan?
Wajah Hawa yang pucat lesi dipandang penuh sayu,dia tidak mahu kehilangan Hawa.