"Kring!Kring".
Jam loceng Sarah berdering untuk membangunkan Sarah daripada tidurnya yang nyenyak .Beberapa deringan telah berlalu namun tiada sesiapa yang menutupnya.namun begitu, deringan tersebut akhirnya senyap apabila jeritan nyaring milik Puan Amirah mengejutkan pemilik jam loceng tersebut.Sarah yang masih mengantuk menutup jam loceng tersebut kerana berasa serabut dan tidur semula. Kepenatan yang dihadapinya sememangnya menyebabkan dirinya tidak dapat bangun. Tetapi ini semua salahnya juga. Siapa suruh tidur lambat malam semalam tengok cerita korea.
Setelah beberapa ketika, Sarah pun bangun dan menoleh ke jam yang berada di laci berdekatan dengan katilnya. Terbuntang luas mata Sarah apabila mendapati bahawa jarum pendek sudah menunjukkan jam 7 . Sarah yang masih terkejut terus ke tandas. Terkocoh-kocoh Sarah menyiapkan diri. Sarah tidak mahu lambat pada hari pertama persekolahnnya sebagai pelajar tingkatan 5 .Tahun terakhir persekolahannya ingin digunakan sebaik mungkin bagi mencipta kenangan yang terindah bersama rakannya . Dia tidak mahu merosakkan rancangannya itu dengan kelambatannya pada hari pertama persekolahan.
Setelah Sarah selesai menyiapkan diri dan peralatan sekolah, dia pun turun ke dapur untuk menemui ibunya yang sedang sibuk menyiapkan sarapan untuk keluarganya. Badan langsing Puan Amirah dapat dilihat oleh Sarah. Dia terus menuju ke Puan Amirah dan menghulurkan tangannya untuk bersalam.Walaupun dia tergesa-gesa untuk ke sekolah, dia tidak pernah lupa untuk menyalami tangan ibunya.
“Hai… baru bangun ke?Anak dara apa macam ni? Adik kamu semua dah pergi sekolah. Kamu seorang je yang tinggal. Tu lah.. ibu dah cakap dah tidur awal . Ni tidak, tidur lambat sebab tengok cerita kamu tu ha. Tengok dah lambat. Siapa suruh. Haih kamu ni” leter Puan Amirah kepada Sarah. Sarah yang sedang menghulurkan tangan itu hanya tersengih sahaja mendengar leteran ibunya. Sudah terbiasa dengan siap ibunya yang satu ini. Dia tahu ibunya amat menyayangi dirinya sehingga ibunya ini sanggup berleter walaupun sudah berkali-kali dia melakukan perkara yang sama.
“Sorry lah ibu. Aca memang nak tidur awal malam semalam tapi tak sedar. Syok sangat tengok cerita korea tu. Pelakon dia dah lah kacak, sasa. Haih ibu…. kalaulah Sarah dapat jumpa orang macam tu memang Sarah akan kajwin dengan dia. Memang dreamy sungguh muka dia ibu. Ibu tahu tak… ” Belum sempat Sarah menyambung coletehnya, dia sudah disergah oleh ibunya.
“Tak nak pergi sekolah ke? Dah pukul 7:30 dah ni. Aca ni kalau cerita takkan habis sampai esok. Dah- dah. Pergi cepat. Dah lambat pun masih banyak celotehnya ” marah Puan Amirah. Tangan yang dihulur oleh Sarah disambut dan diberikan jugak ciuman di pipi Sarah.
“Macam ni… Sarah memang dah lambat sangat. Aduhai! Okay lah ibu. Aca pergi dulu. Bye! Assalamualaikum! ”Sarah berkata dan melambai ke arah ibunya. Setelah itu, Sarah dengan pantasnya lari ke sekolah. Dia amat bersyukur kerana sekolah berada tidak jauh daripada sekolahnya.
Sebaik sahaja dia sampai di sekolah, dia dapat melihat ramai kawannya yang baru sampai. Sarah pun terus menuju ke arah rakannya. Nafasnya yang termengah-mengah dan jantungnya yang berdegup pantas cuba ditenteramkan sambil dia berjalan ke arah rakannya, Fatimah.
“Timah! Lajunya kau jalan. Tahulah kau lambat. Aku pun lambat jadi kita sama-sama lambat. Tak payah nak jalan laju sangat ” jerit Sarah yang masih termengah-mengah itu. Kepenatan yang dirasai sememangnya membuat percakapannya menjadi tersekat-sekat. Peluh juga sudah membasahi ke seluruh badannya menjadikan Sarah berasa tidak selesa.
“Eh! Aca…. kau pun lambat. Kau bukannya selalu datang awal ke? Yang lambat ni kenapa pulak? Kalau aku ni memang dah selalu lambat. Kalau kau lambat…. macam ada something happen je. Yang nafas kau termengah-mengah ni apahal? Kau ada asma ke? Kalau ada... ”celoteh Fatimah yang membuatkan Sarah pening segera dipintas.
“Kau ni cakap madam train. Tak sempat aku nak cakap kau potong. Sabarlah. Aku memang lambat hari ni. Tak pelik tau. Aku tengok cerita korea kau suruh aku tengok tu lah. Tajuk cerita dia yang Emergency Couple tu “ kata Sarah kepada Fatimah. Fatimah mendengar kata- kata Sarah terus mengalihkan pandangannya kepada Sarah. Jeritan kegembiraan dapat terpantul daripada mulut Fatimah.
“Kau dah tengok?! Best kan? Lelaki dia tu.. Ya Allah. Memang kacak sungguh. Dengan mukanya, rambut dia. Lagi- lagi badan dia yang berketak. Memang cair lah aku tengok dia” Fatimah berceloteh dengan teruja.
"Tahu pun. Song Ji Hyo tu memang sesuai sungguh dengan lelaki tu. Memang aku ship lah diorang berdua tu. Walaupun mula- mula aku macam tak nak je tengok cerita tu sebab Song Ji Hyo berlakon dengan orang lain tapi bila dah masuk episode yang dia jadi intern dekat hospital tu aku macam dah tertarik tau nak tengok. Di tambah lagi dengan pelakon- pelakon dia yang memang cantik dan kacak tu…aku memang dah jadi cair macam ais krim " kata Sarah yang bercerita dengan rancaknya kepada Fatimah. Sepanjang perjalanan ke kelas, itulah yang diceritakan oleh mereka berdua.
Sesampainya mereka di kelas, mereka berjalan menuju ke meja yang sudah menjadi milik mereka sejak dahulu lagi. Namun begitu, niat mereka untuk duduk di tempat itu tergendala apabila Sarah mendapati musuh ketatnya sedang duduk di tempatnya dengan senyuman sinis yang bermain di bibirnya. Keningnya diangkat seolah-olah mencabar Sarah.
“Apa kau buat dekat sini? Dekat tempat aku ni hah?! “ jerit Sarah dengan nyaringnya. Mukanya yang tadinya ceria bertukar menjadi marah. Kulitnya yang putin menjadi merah dan matanya yang sudah sedia bundar menjadi terbeliak menunjukkan kemarahan yang sedang dialami. Fatimah yang berada di samping Sarah perlahan-lahan mengundurkan diri. Dia semamangnya tidak mahu mendekati Sarah apabila dia sedang marah. Siapa tidak tahu di kelas itu malah di sekolah itu tenag sikap Sarah apabila dia sedang dalam keadaan marahnya. Semangnya menakutkan.
“ Nampaknya memang something happen lah” kata Fatimah dengan perlahan. Jeritan milik Sarah ini telah menyebabkan kelas 5 Amanah senyap. Segala percakapan dan perbuatan murid-murid di kelas itu bagai terhenti. Mereka semua ke belakang kelas dan berbaris kerana mereka tahu apabila pergaduhan di antara Sarah dan musuhnya itu akan menyebabkan kelas huru-hara . Mereka hanya bersedia di belakang seandainya perkara yang tidak diingini berlaku.
“This will end really bad “ kata salah seorang murid di kelas itu dengan penyapu di tangannya. Bersedia bagi menghadapi sesuatu yang dahsyat bak taufan melanda.
..........................................................................................
So... hye. Saya baru dekat sini. Hope so korang suka cerita saya. Kalau ada apa-apa komen just leave at the space comment below. Asslamualaikum. Peace!
YOU ARE READING
Kau Tercipta Untukku
Teen FictionSarah dan Danial. Dua personaliti yang berlainan. Kalau berjumpa, perang dunia ketiga pastinya akan tercetus diantara. Mereka ini bagaikan anjing dengan kucing. Bagai langit dengan bumi. Memang tak serasi. Asal jumpa memang bergaduh . Namun begitu...